Korang pernah dengar tak pasal Multiple Personality Disorder? Pedulikan sekejap tajuk depan yang aku tambah pada entry kali ni sebab aku rasa penyakit ni macam “fucking”. Dan bila kawan akucerita tentang penyakit ni pada aku, aku rasa takut pon ada juga. Actually, Multiple Personality Disorder ini adalah penyakit yang terdapat pada diri individu yang mana mereka boleh berubah-ubah personaliti menjadi orang lain tetapi dalam jasad yang sama. For me, mungkin ini bukannya satu penyakit, tetapi lebih kepada masalah dalaman dalam diri atau lebih dikenali sebagai psiko.
Contohnya, diri sebenar adalah Ajun. Ajun memiliki karakter seorang gadis yang lemah lembut serta suka memendam diri. Dalam masa yang sama, Ajun memiliki karakter lain di dalam badan nya iaitu Mimi. Mimi merupakan seorang gadis yang manja dan senang untuk dipengaruhi oleh sesiapa. Dalam pada masa yang sama juga, Ajun mempunyai karakter bernama Julia. Julia lebih berkelakuan seperti gadis yang suka flirt dengan mana-mana lelaki dan suka membalas dendam terhadap kaum lelaki. Jadi, Ajun mempunyai 3 karakter lain di dalam dirinya dan karakter-karakter tersebut boleh ditukar bila-bila masa sahaja yang disukai olehnya.
Cerita ni bukan cerita yang aku reka-reka atau aku sengaja nak buat. Tapi cerita ini jadi kat kawan aku sendiri. Mulanya aku agak tak percaya dan meremang juga lah bulu roma aku bila dengar. Dalam kepala aku ni asyik terfikir, adakah kawan aku sekarang ni tengah reka-reka cerita atau kawan dia yang mempunyai penyakit ini yang sedang me”reka” cerita kat dia semata-mata untuk menarik perhatian. Tapi, daripada apa yang kawan aku cerita, aku tak rasa pula yang dia sedang menipu sebab aku sendiri pun kenal dengan perempuan yang dimaksudkan.
Yang bestnya, kawan aku siap tunjuk semua mesej-mesej minah ni dengan karakter-karakter berbeza dia. Tu takde lah takut sangat. Yang lebih menggerunkan bila kawan aku cerita, perempuan tu boleh bertukar-tukar karakter bila kawan aku ni minta nak karakter mana yang keluar. Nak yang manja ke, yang suka flirt ke atau nak jadi diri nya sebenar. Sampaikan kawan aku ni dah expert lah tentang semua karakter-karakter ni. Aku tanya juga kawan aku, kenapa sampai perempuan ni boleh jadi macamni. Aku suruh kawan aku tanya kalau dia memang ada masalah dalaman diri dari kecil sampaikan dia boleh jadi macam ni. Aku dapat result dari kawan aku, memang perempuan yang dia kenal ni ada masalah dalaman juga. Sering disihkan, selalu kena buli dan selalu tidak yakin dengan diri sendiri.
Aku tanya kawan aku, dia tak penat ke bila dia ada banyak karakter dan dia perlu layan semua karakter-karakter dalam satu jasad je. Kawan aku cakap, kadang-kadang perempuan ni akan bercakap dengan semua karakter-karakter lain. Dan yang lebih merumitkan bila kawan aku ni nak berkomunikasi dengan dia, kawan aku perlu menempuh karakter-karakter yang lain. Macam games pulakkan? Lama-lama aku rasa kawan aku ni yang boleh jadi gila kot.
Kadang-kadang aku terasa macam perempuan ni tengah create satu cerita supaya kawan aku ini boleh terima dia seada-adanya dan percaya dengan penyakit yang dia ada. So, kalau setiap kali diorang bergaduh atau kawan aku ini buat hal ke, kawan aku tak boleh nak marah sebab perempuan ni terlalu banyak karakter.. Kadang-kadang karakter yang satunya akan mengiyakan, kadang-kadang karakter lain akan menidakkan. Penatkan jadi perempuan ni. Aku nak juga tanya dia, dia tak penat ke create banyak-banyak karakter dalam badan sendiri sebab bagi aku kalau kau gila kau akan buat perkara macam ni. Kalau kau betul-betul normal dan tiada masalah jiwa, kau takkan sekali-kali lakukan perkara begini. Melainkan memang kau sengaja create untuk menarik perhatian atau kau sebenarnya sedang mengalami masalah dalaman diri.
Kawan aku cakap kalau nak ambik dia berlakon short film ke, ambik lah dia.. sebab dia ada 3 karakter dan dia boleh switch mana-mana karakter yang pengarah nak bila-bila masa sahaja. Bagus juga idea kawan aku tu. Kesimpulan yang aku dapat cakap kat kawan aku tu, senang je. Kalau tak nak keadaan semakin complicated dengan manusia yang complicated macam perempuan tu, better blah awal-awal dalam hidup dia sebab orang macam tu kena tolong diri dia sendiri dulu before dia nak ada hubungan dengan orang lain.
Kawan aku kata, perempuan ni dah ada bf. At the same time dia nak juga kat kawan aku ni. Dan katanya, bf dia pon tahu tentang penyakit yang dia alami sekarang. Katanya, dia tak boleh tinggalkan lelaki ni sebab ada karakter dalam badan dia yang sangat sayangkan lelaki ni. Dan dalam masa yang sama, ada juga karakter dalam badan perempuan ni juga yang sukakan kawan aku. Sangat complicated kan? Nasib lah kawan aku tu tersedar awal dan tak ambil risiko panjang untuk teruskan dengan perempuan tu. Takde orang yang boleh tolong dia kalau dia tak tolong diri sendiri. Sampaikan kawan aku ni pun boleh terjebak.
Aku pernah tanya kawan aku, kalau semua karakter-karakter tu dah takde dalam badan perempuan tu, dia rasa lain tak. Dia kata, dia akan rasa pelik sebab dia dah biasa bersama dengan karakter-karakter yang ada. Kalau boleh, dia dah tak nak karakter sebenar perempuan tu, tapi dia lebih suka karakter perempuan tu bila berubah jadi manja. Aku cakap kat dia, kalau macam tu aku pon boleh buat. Bila-bila masa je nak suruh aku jadi manja, aku sanggup buat untuk dia! Hehe.
Tadi aku mesej dia, aku tanya dia apa nama penyakit yang perempuan tu ada. Aku terlupa namanya. Dia jawab, Fuckin Multiple Personality Disorder!