Wednesday, November 11, 2009

Saya nak awak ada 4 orang anak








Tips mengorat Fazleena Hishamuddin untuk lelaki2 di luar sana.


1. Kalau nak ajak dia dating, mesti pakai perfume & deodorant. Dia tak suka lelaki ketiak busuk.


2. Kalau drive dan dia dekat sebelah, jangan sesat.


3. Jangan cerita pasal bola sepak dengan dia. Dia tak minat langsung.


4. Jangan sekali-kali tunjuk pandai. (ex; i lah yang paling HEBAT, i lah SUPERHERO)


5. Pastikan tak terlewat walau seminit. Dia tak suka orang yang suka datang lambat.


6. Jadilah diri anda sendiri. Jangan tiba-tiba jadi pemuisi atau pengarah semata-mata untuk mengorat dia.


7. Kalau adik dia (Fariza Hishamuddin) reject mana-mana lelaki yang dia suka, maka nya minta maaf lah buat lelaki2 tu. (hebat kan pengaruh saya?)


8. Kalau kaki anda berbau, sila basuh dengan segera.


9. Jika nafas anda berbau, sila cakap dalam jarak yang jauh dengan dia. (Senang cerita, segala bau-bauan harus diperiksa awal2 sebelum jumpa dia)


10. Jangan ajak dia buat perkara yang dia tak suka buat. (ex; dinner di majlis2 korporat)


Dia kata pada saya, umur 30 tahun dia akan kahwin.
Kepada semua lelaki-lelaki, Selamat Mencuba.Don't try to hard.
dear Fazleena,
Happy Birthday.
Love u so Much.




Saturday, November 7, 2009

I Call Him ‘Sweet Black Guy’

Semalam.
Setelah beberapa lama tidak duduk bersama.
Semalam terasa berbeza dari biasa.
Dia nampak sangat ‘manis’.
Jarang sekali dia bercerita tentang kehidupan, cinta dan perkara-perkara lucu.
Dia kata perkara paling terakhir yang dia akan buat dalam hidup adalah menari belly dancer.
Aku cabar dia.
Aku kata kalau menari perkara terakhir, aku mahu dia menyanyi.
Dia kata, kalau menyanyi dia tidak pernah kisah, malah dia mahu ada live band kerana dia seorang yang ‘demand’ pada nyanyian.
Biar suara tak sedap asalkan dapat menyanyi live.

Dalam kelas, dia selalu ajar tentang dunia Bazin, Einstein, Pudovkin, Yasmin Ahmad, Freud.
Dia kata aku gangster.
Dia kata dia paranoid bila lihat semua orang buat kerja sambil lewa.
Tapi semalam dia berlainan sekali.
Dia bercerita tentang melancong, pakaian dan semua perkara yang lari daripada diri nya.

Dia kata masa berlalu dengan cepat sekali.
Dia terasa sayang untuk tinggalkan semuanya.
Dia kata pada aku, ini adalah alasan kenapa dia tidak suka jalinkan hubungan.
Dia tidak suka pada perpisahan dan lebih selesa untuk membujang.
Aku kata, itu hanya lah satu alasan.
Dan aku berdoa agar suatu hari terbuka pintu hatinya untuk mendirikan rumahtangga.
Dia kata, itu semua kerja Tuhan.
Kalau ada yang sudi, dengan segera dia berkahwin.

Pertama kali kami berbicara soal hati.
Dia mahu pergi.
Pergi jauh demi masa depan nya sendiri.
Dia kata, masa terlalu cemburu dengan dia.
Dia akan pergi.
Dan dia tak sanggup untuk berpisah dengan yang lain.
Kata nya, dia sangat sebak.
Aku pandang dia.
Aku kata dia tak pergi jauh.
Kalau ada duit, aku pergi melawatnya.

Kami senyap seketika.
Aku tahu dia sedih.
Dan aku juga turut sedih.

Ini untuk lecturer saya.

"Life without love is like a tree without blossoms or fruit"

Tuesday, November 3, 2009

Happiness Moment in My Life (2009)

Aku rasa sangat excited bila along kata dia nak bertunang. Aku pesan kat along; berhenti main games, nanti takut wife dia cepat bosan. Kumpul duit banyak-banyak dari sekarang dan cepat kahwin. Nanti cepat aku dapat anak buah.

Dan ini pesan aku pada angah; lepas along kahwin, cepat lah sikit u menyusul pulak. U akan jadi mama yang HOT sentiasa. Percayalah!
Finally, KALUT sudahpun ke tayangan perdana. Untuk segala penat lelah dan hasil usaha kami, aku secara jujurnya sangat berbangga dengan final product filem ini. Beberapa kali gaduh dengan team production & pengarah; beberapa kali aku sesak nafas; beberapa kali gastrik datang menyerang tapi semuanya berbaloi bila aku tonton final product.

Berdoa kalau-kalau ada produser yang berminat untuk tayangkan Kalut di stesen TV atau di panggung.

Coliseum : 2 kata sahaja.
KLASIK & NOSTALGIK
Thank you en Norman.

Angah selalu kata; aku selalu kecewa dan aku selalu senang jatuh cinta. Selalunya tak sampai setahun, aku dah ada pengganti. Tapi, kali ni ada ‘aura” yang buatkan aku bertahan. Untuk kekasih hati saya; terima kasih kerana selalu menghantar saya ke rumah, buatkan saya air, tolong tenangkan hati angah kalau dia sesat, belikan mak hadiah, bagi rokok pada abang-abang saya, tolong teman bila saya buat homework, teman abah borak bila saya tengah bersiap, menyanyi bila saya rasa bosan dan marah sekiranya saya buat salah.