Tuesday, November 24, 2009

Masa untuk 'Menembak'

Saya baru sahaja selesai dari shooting PSA. Kali ni bukan jadi PM, Conty, Wardrobe atau Talent Coordinator. Saya menjaga VTR. Tiap-tiap hari saya akan membawa kotak besi yang sangat berat. Saya rasa saya dah ada muscle. Selalunya, ramai yang akan menolong saya. Diorang kata kalau angkat berat-berat, nanti takut terjejas sistem peranakan saya nanti. Baik sungguh hati mereka.









Friday, November 20, 2009

“Behind every successful man is a surprised woman"

Beberapa hari ni aku banyak dengar lelaki bercerita dengan aku tentang lelaki & wanita. Selalunya aku akan argue, tapi kali ni aku tak tahu kenapa aku malas nak argue.

1. Lelaki kata semua lelaki dekat dunia ni sama saja. Kalau ada teman wanita, apa yang mereka hendak cuma satu. Seks. Jadi, wanita perlu menjaga diri takut kalau-kalau ter’mengandung’. Kerana apa yang ada pada minda lelaki hanyalah kepuasan nafsu.

2. Lelaki kata kalau teman lelaki kita dekat sangat dengan kita, nanti kalau kita dah tak ada apa-apa hubungan, akan mendatangkan masalah. Contohnya, kita tak mahu ke kelas takut terserempak dengan teman lelaki kita, prestasi belajar akan turun dan akan menyusahkan kawan-kawan lain. Kerana lelaki lebih suka memilih perkara yang memudahkan mereka daripada yang menyukarkan.

3. Lelaki kata zaman muda tak perlu lah main cinta. Fikir tentang masa depan dan tidak perlu menghabiskan masa muda dengan bercinta. Kerana lelaki lebih mementingkan keseronokan zaman muda daripada memberi komitmen.

4. Lelaki kata perempuan hanya tahu membaca majalah-majalah tentang gosip sahaja. Jika lelaki menanyakan isi di dalam majalah tersebut, wanita akan kata; bacalah sendiri. Kerana lelaki tidak suka pada wanita yang terlalu obses pada dunia-dunia gosip dan lebih suka pada wanita yang membaca buku-buku berilmiah.

5. Lelaki kata wanita yang tidak memakai alat solek tidak memikat. Setiap masa wanita perlu memakai alat solek walaupun berkerja di panas terikan matahari. Kerana lelaki berpendapat apabila wanita itu mengenakan alat solek, mereka dapat membantu kaum lelaki berkerja dengan lebih tenang.

Itu apa yang lelaki kata. Tetapi apa yang aku hendak kata sangat berbeza sekali dengan apa yang lelaki kata.

Pertamanya, aku mungkin membela semua kaum-kaum lelaki di dunia. Tidak semua lelaki yang mencintai seseorang wanita kerana seks bukan? Tidak semua lelaki menerima seorang wanita seada-adanya kerana keadaan fizikal. Dan tidak semua lelaki menerima seseorang wanita itu kerana kelakuannya. Antara sebab aku malas nak argue mungkin kerana aku tidak menilai semua lelaki itu sama dan aku tahu masih ramai wanita yang menjaga hal-hal dalaman dalam diri mereka.

Keduanya, tak kisah kalau kita dekat atau kita jauh. Jauh pun boleh berpisah. Dekat pun boleh berpisah. Sama juga dengan dekat pun boleh bersama sehingga kahwin. Jauh pun boleh bersama sehingga kahwin. Selalunya aku akan jadi rasional dalam perkara-perkara yang melibatkan perpisahan antara dua belah pihak. Aku pernah jatuh cinta tetapi aku masih mampu maintain dalam pelajaran dan kehidupan. Dan selalunya terpulang pada diri masing-masing. Mungkin aku tidak argue kerana aku sedar ada golongan wanita sebegitu tetapi tidak ada jauh beza dengan kaum lelaki juga kan?

Ketiganya, faktor umur menyebabkan seseorang lelaki menimbulkan perkara ini. Tidak kisah kalau kita hendak bercinta pada umur kita berapa. Tak semestinya kalau bercinta kita tidak mendapat keseronokan. Ada orang akan kata zaman muda seronok kerana ada teman yang sentiasa memberi sokongan dan cinta tetapi ada juga yang akan kata zaman muda seronok kerana tidak perlu memikirkan tentang komitmen dan boleh pergi kemana-mana sahaja tanpa ada kongkongan. Aku tidak argue kerana itu semua terpulang pada diri seseorang individu.

Keempatnya, naluri seorang perempuan selalunya lebih ke arah itu. Hal-hal rumah, hiburan, gosip, fesyen, kecantikan, etc. Lelaki perlu menerima dan sesetengah perkara wanita merasakan tidak perlu bercerita kepada lelaki kerana lelaki tidak perlu untuk tahu. Sama juga dengan wanita. Wanita jarang ambil tahu tentang bola sepak, enjin kereta, etc. Aku tidak argue kerana aku tahu ada sesetengah perkara lelaki dan wanita tidak perlu berkongsi bersama.

Kelimanya, setiap wanita menginginkan diri mereka cantik. Tetapi perlu bersesuaian dengan keadaan. Takkan lah ke majlis pengebumian kita ada masa untuk bersolek? Dan sepatutnya, kalau lelaki sudah memilih wanita itu seada-adanya mereka, persoalan tentang wanita itu perlu bersolek mahupun tidak sepatutnya tidak boleh ditimbulkan. Sebenarnya perkara ini yang aku ingin sangat untuk argue tetapi aku tidak juga argue. Sama lah macam kalau kita tonton drama. Babak tengah sembahyang, tapi pelakon pakai make up macam nak pergi beli belah. Jadi kelakar kan? Selalunya aku akan cakap; kalau muka dah cantik, tak payah make up pun dah memang cantik.

Aku tak rimas dengan perkara-perkara ini. Aku sendiri rasa lelaki kadangkala teliti terhadap perempuan dalam sesetengah perkara. Kontradiksi antara lelaki dan perempuan boleh membuatkan sesebuah hubungan itu lebih bermakna. Tetapi hubungan cinta bukan sesuatu perkara yang rumit. Kalau kita berpisah, mungkin satu hari kita nanti akan bertemu dengan seseorang yang lebih bagus dari yang sebelumnya. Begitu juga jika kita terus bersama, tak semestinya kita akan berpisah. Apa yang penting, sentiasa positif dan belajar daripada kesilapan.
I love men, not because they are men, but because they are not women.

Wednesday, November 11, 2009

Saya nak awak ada 4 orang anak








Tips mengorat Fazleena Hishamuddin untuk lelaki2 di luar sana.


1. Kalau nak ajak dia dating, mesti pakai perfume & deodorant. Dia tak suka lelaki ketiak busuk.


2. Kalau drive dan dia dekat sebelah, jangan sesat.


3. Jangan cerita pasal bola sepak dengan dia. Dia tak minat langsung.


4. Jangan sekali-kali tunjuk pandai. (ex; i lah yang paling HEBAT, i lah SUPERHERO)


5. Pastikan tak terlewat walau seminit. Dia tak suka orang yang suka datang lambat.


6. Jadilah diri anda sendiri. Jangan tiba-tiba jadi pemuisi atau pengarah semata-mata untuk mengorat dia.


7. Kalau adik dia (Fariza Hishamuddin) reject mana-mana lelaki yang dia suka, maka nya minta maaf lah buat lelaki2 tu. (hebat kan pengaruh saya?)


8. Kalau kaki anda berbau, sila basuh dengan segera.


9. Jika nafas anda berbau, sila cakap dalam jarak yang jauh dengan dia. (Senang cerita, segala bau-bauan harus diperiksa awal2 sebelum jumpa dia)


10. Jangan ajak dia buat perkara yang dia tak suka buat. (ex; dinner di majlis2 korporat)


Dia kata pada saya, umur 30 tahun dia akan kahwin.
Kepada semua lelaki-lelaki, Selamat Mencuba.Don't try to hard.
dear Fazleena,
Happy Birthday.
Love u so Much.




Saturday, November 7, 2009

I Call Him ‘Sweet Black Guy’

Semalam.
Setelah beberapa lama tidak duduk bersama.
Semalam terasa berbeza dari biasa.
Dia nampak sangat ‘manis’.
Jarang sekali dia bercerita tentang kehidupan, cinta dan perkara-perkara lucu.
Dia kata perkara paling terakhir yang dia akan buat dalam hidup adalah menari belly dancer.
Aku cabar dia.
Aku kata kalau menari perkara terakhir, aku mahu dia menyanyi.
Dia kata, kalau menyanyi dia tidak pernah kisah, malah dia mahu ada live band kerana dia seorang yang ‘demand’ pada nyanyian.
Biar suara tak sedap asalkan dapat menyanyi live.

Dalam kelas, dia selalu ajar tentang dunia Bazin, Einstein, Pudovkin, Yasmin Ahmad, Freud.
Dia kata aku gangster.
Dia kata dia paranoid bila lihat semua orang buat kerja sambil lewa.
Tapi semalam dia berlainan sekali.
Dia bercerita tentang melancong, pakaian dan semua perkara yang lari daripada diri nya.

Dia kata masa berlalu dengan cepat sekali.
Dia terasa sayang untuk tinggalkan semuanya.
Dia kata pada aku, ini adalah alasan kenapa dia tidak suka jalinkan hubungan.
Dia tidak suka pada perpisahan dan lebih selesa untuk membujang.
Aku kata, itu hanya lah satu alasan.
Dan aku berdoa agar suatu hari terbuka pintu hatinya untuk mendirikan rumahtangga.
Dia kata, itu semua kerja Tuhan.
Kalau ada yang sudi, dengan segera dia berkahwin.

Pertama kali kami berbicara soal hati.
Dia mahu pergi.
Pergi jauh demi masa depan nya sendiri.
Dia kata, masa terlalu cemburu dengan dia.
Dia akan pergi.
Dan dia tak sanggup untuk berpisah dengan yang lain.
Kata nya, dia sangat sebak.
Aku pandang dia.
Aku kata dia tak pergi jauh.
Kalau ada duit, aku pergi melawatnya.

Kami senyap seketika.
Aku tahu dia sedih.
Dan aku juga turut sedih.

Ini untuk lecturer saya.

"Life without love is like a tree without blossoms or fruit"