Tuesday, February 24, 2009

Homesick!

Perkara-perkara menarik untuk semester ini.

1. Aku dah berlakon balik. Dah lama sangat aku tinggalkan dunia teater dan lakonan, tp aku diminta oleh Mamu untuk berlakon di dalam filem 3 BUdak Melayu. Bila orang tanya, aku selalu kata aku berlakon macam haram. =)

2. Aku akan mengarah semester ni.5 minit sahaja tetapi ada 16 orang pengarah.Maksudnya, akan menjadi satu feature film.Agak nervous bila nak mengarah.

3. Aku sangat sibuk dengan assignment-assignment, hari weekend aku pon akan aku habiskan untuk shooting dan aku sangat jarang balik ke rumah. Jadi, aku agak homesick!




Tuesday, February 17, 2009

3 budak Melayu

Epol, Nana, Zurin
Skrip 3 Budak Melayu
V.O EPOL
Aku perlu sebut Melayu kerana sekarang ni macam-macam perkara timbul tentang budak Melayu: budak Melayu malas, budak Melayu lembab, budak Melayu tak cerdik dan macam-macam lagi.

Aku, Nana dan Zurin masih pelajar tahun akhir. Kami ingin melakukan sesuatu. Bukanlah nak mengubah dunia! Tapi, kami tak senang dengan segala tuduhan dan tohmahan tentang budak Melayu.

V.O EPOL
Kami selalu cari peluang makan free. Orang Melayu suka buat kenduri, bila kenduri mesti ada jamuan. Anak bersunat pun kenduri, cukur jambul pun kenduri, bertunang kenduri, nikah kahwin kenduri, bila bercerai je yang tak ada kenduri!

V.O EPOL
Aku tak sangka, kadang-kadang dalam kamar kecil ini fikiranku boleh melayang luas, fikir tentang macam-macam perkara tentang orang Melayu, budak Melayu dan filem Melayu. Aku pernah terbaca...dalam....entah apa, aku dah lupa. Allahyarham Zain Mahmud pernah berkata, filem Melayu ibarat setitik minyak wangi dalam toilet.
Aku taklah kata filem Melayu tu standardnya dalam jamban! Nanti ramai pula yang marah! Tapi kias ibarat arwah Zain Mahmud tu, ada juga betulnya. Filem Melayu yang bagus cuma setitik minyak wangi yang baunya harum semerbak, selainnya adalah bau jamban. Dan bau jamban inilah yang berebut-rebut di hidu oleh penonton filem Melayu!

Aku rasa penerbit dan pengarah filem Melayu elok selalu masuk jamban dan berfikir!

Sunday, February 8, 2009

Friends or Lover

Lelaki : Kau rasa aku layak bagi dia peluang kedua?

Perempuan : Lepas apa yang dia dah buat kat kau, kau rasa layak ke untuk kau bagi dia peluang ke dua?

Lelaki : .......

Perempuan : Camni lah. Sebenarnya, tanpa kau sedar kau dah bagi banyak sangat peluang kat dia. Atau sebab peluang yang terlalu banyak yang kau bagi, kadang-kadang dia dah take advantage tanpa kau sedar.

Lelaki : Ye...Aku sedar tu.

Perempuan: Apa reason dia??

Lelaki : Aku layan dia terlalu baik.

Perempuan: Habis tu, dia nak suruh kau layan dia macamane lagi? Alasan tu tak kukuh untuk aku.

Lelaki : Entah.... Aku pun tak pasti alasan tu betul-betul boleh pakai ke a tau tak.

Perempuan: I’m really2 frustrated with her. And also with you.

Lelaki: (Senyap)

Perempuan: Beb, sepanjang kau sakit hati dengan dia, kau dah jadi dingin dengan kawan-kawan kau. orang kat sekeliling kau ni kadang-kadang jadi sakit hati bila tengok condition kau sekarang. Dan lagi kecewa bila kau memilih untuk terus bersama dengan dia walaupun kau dah tahu perkara ni akan berulang balik. Kenapa kau macam ni beb?

Lelaki : Entah lah. Aku terasa macam nak bagi dia peluang lagi sekali.

Perempuan : (Tarik nafas dalam-dalam) Apa je keputusan kau, aku harap kau takkan pernah menyesal. Kalau dengan kembali pada dia balik boleh gembirakan hati kau walaupun semua kawan-kawan kau tak suka dengan keputusan kau, kau pergi je lah kat dia balik. Sebab kalau kawan-kawan advise macamana pun dan kau tetap nak kat dia, kami boleh buat apa je kan? Tapi beb, kalau kawan-kawan kau memang tak boleh terima dia dan tak nak jumpa dia, kau tak boleh paksa kami untuk suka dan jumpa dia. Dan kau especially, kalau lepas ni ada masalah dengan dia ke, jangan lah buat muka atau mengadu apa-apa dengan kami. Sebab seriously kami semua dah malas sangat nak dengar sebab dia tetap dia dan tak pernah berubah beb. I’m sorry.
Lelaki : (Tunduk dan diam.)

Perempuan : Tapi satu je pesan aku, kalau relation tu memang dah tak boleh pergi dan kau pun rasa tak boleh pergi, jangan paksa diri kau untuk mencintai dia. Sakitnya nanti kau yang rasa. Sebab aku concern jadi aku ingatkan kau. Boleh encik??

Lelaki : (Senyum) Yep. Thanks buddy.

Saturday, February 7, 2009

Sehari di Ipoh

2 minggu lepas aku pergi gigs di ipoh. Kebetulan pula aku memang dah lama tak pergi gigs dan perasaan teruja tu agak lebih. Kami bertolak daripada Ipoh pagi harinya. Aku bersama 3 orang rakan yang lain, Arip, Ramat dan Byxura. Sepanjang perjalanan, aku hanya tidur sahaja. Mungkin aku penat sangat sebab semalamnya aku involve dengan event AKAR di Galeri Shah Alam. Memang syok tidur sampaikan Ramat dan Arip naik bengang tengok aku tidur. Kami ke ipoh konvoi.Band abang aku dengan van, ijoy bawa kereta dan band Static Emily juga bawa kereta. Sampai sahaja di Ipoh, kami terus ke destinasi walaupun perut aku dah memanggil2 untuk makan tapi kami teruskan sahaja ke destinasi.

Sampai sahaja di sana, dah ramai orang ada. Macam-macam budak aku jumpa. Ada yang pakai topi, ada yang pakai spek mata hitam, ada yang fesyen nye memang tersangat-sangat lah indie dan ada juga yang buat-buat nampak cool walaupun tak sebenarnya. Time tu Arip pun pakai topi.tapi sebaiklah dia tak pakai topi tu time nak masuk tempat gigs tu. Kalau tak, dia pun tak ada beza dengan budak-budak yang ada kat situ. Hehe. Tapi Arip tetap Cool. (Ayat cover line). Aku agak respek cara Bodysurf handle tempat tiket. Sangat tersusun dan tidak mudah untuk masuk FREE. Tak kisah lah kau band popular ke, kau bawak awek ke, skandal ke, kalau dah tetapkan tag kau berapa banyak yang kau minta, itu je yang boleh untuk kau masuk. Bukan itu sahaja, aku masuk sahaja ke dalam, setiap pintu sudah ada bodyguard yang jaga. Takut-takut kalau ada orang yang cuba masuk free.

Abang aku ajak aku masuk ke dalam dewan. Katanya nak sound check. Aku pun masuk dengan kawan-kawan aku yang lain. Time tu aku jumpa Razaisyam. Aku sedikit kecewa sebab aku tak sempat nak tengok short filem Why Run. Ada yang kata ditayangkan dan ada juga yang kata tiada. Buatkan aku gak confius time tu. Tak sampai beberapa minit aku berdiri kat dewan tu, ada pengumuman mengarahkan kami keluar daripada dewan. Tapi aku sedikit tidak puas hati kerana cara mereka memberi pengumuman sangat kasar dan rude.

“Kepada sesiapa yang tak terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam dewan ni, diminta untuk keluar dengan SEGERA ye. Diulangi, sesiapa sahaja yang ada kat dewan ni tak kiralah korang tu band apa ke, orang kuat mana ke, diminta untuk keluar sekarang.”

Bagi aku, itu bukan cara yang baik untuk kau halau orang keluar daripada dewan seolah-olah macamlah orang-orang yang berada dalam dewan tu terdesak sangat nak duduk kat situ. Aku pandang muka abang aku, aku tengok dia masam je. Mungkin marah. Kami terus ke tempat akustik dan tunggu sehingga turn abang aku untuk perform. Time Sharpshooter perform, aku tak sangka ramai betul orang nyanyi lagu Panji Reggae. Abang aku pun macam excited je nak perform bila tengok crowd macam tu. Selesai je diorang perform, aku terus ke tempat akustik untuk tengok Static Emily perform. Kebetulan pula hujan lebat. Tapi Yaya memang cool. Aku selalu berangan untuk main gitar depan orang ramai juga tapi aku tak cukup hebat lagi macam dia. =)

Kami tak duduk lama di situ. Aku dah tak tahan lapar. Aku dah tak larat nak tengok lagi. Aku ajak diorang semua pergi makan. Aku tanya Arip dan Ramat kalau-kalau diorang nak masuk balik gigs tu. Diorang kata its up to me. So, aku pun kata yang aku dah malas dan diorang pun tak kisah. Time balik, aku jalan dengan Ramat dan aku cakap kat dia, aku rasa aku mungkin dah tak boleh pergi gigs lagi sebab aku tak rasa enjoy macam zaman dulu-dulu aku pergi. Mungkin dah terlalu ramai sangat budak-budak dan aku punya mata ni lagi suka tengok perangai diorang dan fesyen yang diorang pakai daripada band-band yang tengah perform. Ramat pandang aku dan senyum je.

Balik daripada ipoh, aku tidur juga sepanjang perjalanan. Aku hanya terdengar sikit-sikit Arip, Ramat dan By yang sibuk berborak. Sampai jedi rumah, aku selimut satu badan dan besoknya diiktirafkan aku DEMAM!