Tuesday, February 17, 2009

3 budak Melayu

Epol, Nana, Zurin
Skrip 3 Budak Melayu
V.O EPOL
Aku perlu sebut Melayu kerana sekarang ni macam-macam perkara timbul tentang budak Melayu: budak Melayu malas, budak Melayu lembab, budak Melayu tak cerdik dan macam-macam lagi.

Aku, Nana dan Zurin masih pelajar tahun akhir. Kami ingin melakukan sesuatu. Bukanlah nak mengubah dunia! Tapi, kami tak senang dengan segala tuduhan dan tohmahan tentang budak Melayu.

V.O EPOL
Kami selalu cari peluang makan free. Orang Melayu suka buat kenduri, bila kenduri mesti ada jamuan. Anak bersunat pun kenduri, cukur jambul pun kenduri, bertunang kenduri, nikah kahwin kenduri, bila bercerai je yang tak ada kenduri!

V.O EPOL
Aku tak sangka, kadang-kadang dalam kamar kecil ini fikiranku boleh melayang luas, fikir tentang macam-macam perkara tentang orang Melayu, budak Melayu dan filem Melayu. Aku pernah terbaca...dalam....entah apa, aku dah lupa. Allahyarham Zain Mahmud pernah berkata, filem Melayu ibarat setitik minyak wangi dalam toilet.
Aku taklah kata filem Melayu tu standardnya dalam jamban! Nanti ramai pula yang marah! Tapi kias ibarat arwah Zain Mahmud tu, ada juga betulnya. Filem Melayu yang bagus cuma setitik minyak wangi yang baunya harum semerbak, selainnya adalah bau jamban. Dan bau jamban inilah yang berebut-rebut di hidu oleh penonton filem Melayu!

Aku rasa penerbit dan pengarah filem Melayu elok selalu masuk jamban dan berfikir!

6 comments:

azri abu hassan said...

walau apapun kita harus berbangga bangsa Melayu.

afrohead said...

dah itu yang penonton nak..
haih..

Shukri said...

sbnarnya jamban tu unik..
mcm2 leh pkir..

Anonymous said...

aku benci orang rempit berlagak samseng.

aku benci orang racist berlagak kuat.

aku benci orang asing yang datang keje kat sini, tapi merompak.
aku benci orang jual cd cetak rompak.

aku benci orang gangster berlagak gagah.


aku orang melayu dan aku tetap akan jadi orang melayu .
cume aku bangga aku tak jadi sebahagian dari orang2 kat atas ni.
mereka sume taik. mereka bukan orang.
mereka perosak segala2nya kat muka bumi malaysia. hapus mereka, maka majulah negara.


kawan anda, karam singh walia.

Anonymous said...

org melayu rompak org melayu sendiri

tula benda paling HINA,KEJI,BODOH yang berlaku sekarang ni.

Aku tak ckp boleh rompak bangsa lain, tapi nak bgtau je yg mereka ni NAJIS.

closed said...

3 bdk melayu sebuah karya yg menarik.hope dpt visualkan ngn menarik gak.