Minda tak sedar dan minda sedar saya kadang-kadang selalu bergerak sekali arung. Tapi selalunya, minda sedar itu lebih memberi kesan daripada minda tak sedar. Mungkin kerana saya sudah diajar daripada kecil bagaimana cara mahu berkomunikasi dengan orang lain mengikut cara yang betul serta mengawal segala emosi dengan matang. Kadang-kadang, rasa marah datang bila ada manusia yang selalu kurang rasa senang dengan hidup manusia lain. Seolah-olah,semua perkara yang buruk atau yang tidak baik datangnya daripada manusia itu. Saya selalu belajar untuk hormat manusia lain walaupun saya kurang senang pada manusia tersebut.
Ini adalah minda tak sedar dan minda sedar yang selalu saya cuba untuk katakan pada orang, tetapi kedua-dua nya saya tidak lakukan.
1. Pakai baju ketat-ketat, sampai nampak lurah, bontot semua, nak tayang apa?
Minda tak sedar: Eh eh. Sukahati aku lah. Baju aku kot. Kau susah kenapa? Cemburu sebab kau tak boleh pakai macam tu ke? Atau body kau tak cukup cantik nak pakai baju macam tu?
Minda sedar: Alhamdulillah. Besok dekat akhirat, halal atau haram, dosa atau pahala, saya yang tanggung. Jadinya, suka hati saya lah nak pakai baju macam mana pun.
2. Ambik gambar dengan boipren peluk-peluk sakan. Bagus sangat lah tu.
Minda tak sedar: Eh eh. Kau pakai baju kurung + pakai tudung, belajar agama sampai dah advance, ambik gambar peluk-peluk, cium-cium, laga-laga pipi sikitpun aku tak ambik peduli. Sikit pun aku tak mengata. Sebab kau pakai baju kurung + kau pakai tudung, kau rasa kau dah cukup senonoh lah?
Minda sedar: Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tayang boypren saya dan saya tak pernah hipokrit. Sembahyang tak tinggal, belajar agama tinggi-tinggi, pakaian bertutup litup tapi kalau mulut tak habis-habis mengata orang lain pun, tak ada beza dengan saya peluk-peluk boypren.
3.Anak beranak perangai semua tak elok, sebab ikut perangai mak bapak la tu.
Minda tak sedar: Eh eh. Kau tak ada life ke sampai anak-anak masuk ke mak bapak pun kau nak ambik tahu ni? Life kau memang nak tahu semua benda pasal famili orang lain je ke? Bosan betul life kau ni. Bukan dapat apa-apa untung pun.
Minda sedar: Alhamdulillah. Tapi famili saya selalu gembira sampai sekarang. Sikitpun kami tak ada bergaduh sampai tak bertegur sesama sendiri. Perangai elok, tapi kalau dalam hati masih rasa terkongkong dan pemikiran masih di tahap konvensional, sampai bila-bila pun hidup kita tak akan berkembang kan?
4.Tuhan dah ajar kita pasal agama. Agama tu tak boleh nak dibuat main-main.
Minda tak sedar: Eh eh.Kalau nak jadi ustaz atau ustazah, pergi sebarkan ilmu agama dekat orang-orang yang sama taraf dengan kau. Kau cakap pasal agama, tapi kau tak cermin diri kau sendiri dulu.
Minda sedar: Alhamdulillah. Saya belajar agama, cuma saya tak suka nak bagitahu satu dunia yang saya belajar agama. Tuhan ajar saya jadi orang yang sederhana. Beribadah dengan ikhlas. Dan hormat sesama Islam. Kala mahu orang memahami tentang agama, sila bimbing orang tersebut dengan cara yang betul juga.
Saya selalu cakap dalam hati; biarlah apa orang nak cakap dan burukkan pasal kita, janji kita tak ganggu hidup orang lain.
Tapi kadang-kadang,
Hati saya akan bertukar dan berkata; Kalau biar selalu orang lain nak cakap dan burukkan pasal kita, boleh jadi mengganggu hidup kita jugak kan?
Sebab saya sudah penat untuk jadi hipkorit. :)