Saturday, January 17, 2009

Tayangan Short Film di Puncak Perdana

Jemput datang beramai-ramai ke Puncak Perdana, 21 Januari, pada jam 8.30 malam. Filem-filem pendek dari pelajar UITM akan ditayangkan kepada khalayak.Tiada sebarang bayaran dan terbuka kepada semua untuk datang dan menonton.Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila mesej saya di blog ini. Terima kasih.
Ni filem pendek senior aku dan krew yang terlibat pun majoriti adalah senior-senior yang aku suka. =) Aku panggil pengarah ni dengan nama Wak Dol je. Nama penuh dia aku lupa. Aku sendiri tak tengok lagi filem ni tapi aku dah tahu jalan ceritanya sikit sebab pengarah cerita kat aku. Hasilnya aku tak tengok keseluruhan. Siapa-siapa yang berminat untuk menonton, sila bawa diri anda ke fakulti saya di Puncak Perdana tu.

Ni pula filem pendek dari senior aku. Pengarah perempuan pula tu. Tercabar pula rasanya aku. =) Jaja Kadir. Aku tahu pasti ramai yang mengenalinya.Lagi satu, kenapa perlu tengok filem ni sebab pelakonnya kakak aku. So, aku kena lah tengok sebab aku sendiri tak tengok lagi filem pendek ni. Semalam aku baru jumpa pengarahnya, dia kata dah nak siap sepenuhnya. Aku tak sabar nak tengok hasil filem pendek ni.
Sepatutnya filem pendek arahan Azri Abu Hassan ni juga akan ditayangkan di fakulti aku 21 januari ni. Tapi aku sendiri tak faham kenapa kena banned dan aku sangat frust. Aku juga dapat rasa satu team termasuk Azri mesti tengah frust gila sebab tak dapat tayangkan filem pendek ni pada semua. Mungkin dekan aku ada alasan sendiri mengapa dia banned filem pendek ni, tapi aku memang nak tahu sangat kenapa filem ni sampai kena banned. Walau macamana pun, kita akan tayangkan filem pendek ni di Layar Tanchap pada 30 Januari di Shah Alam. Kepada sesiapa yang berminat untuk menonton dan nak tahu sangat kenapa filem ni kena banned, datanglah ramai-ramai ke Layar Tanchap.

5 comments:

Unknown said...

kene banned kt FACT jer...

kat luar tayang jer luas2...


huhuhuhuhu

encik BANGLA said...

waa..ajune, cambest je~
crikkan soft copy bley??

amer zaman said...

pleasure tak tayang?

CikAjune said...

fariziskan:haha.tu la.datang tau layar tanchap!

aku:copy?macam susah je nak dapatkan copy tu.

amerzaman:not so sure.kena tanya en norman dulu.=)

Anonymous said...

saya kangen bangat sama kamu dgn angah :(

-close friend- hehehe..