Aku janji mahu minum-minum dengan kawan sekolah.
Tak sangka pula ada perlawanan bola sepak.Itu tak kisahlah.Aku masih boleh bercerita panjang dengan kawan-kawan sekolah.
Seorang makcik buta dengan seorang wanita yang memimpin nya lalu. Menghalang sekumpulan pemuda-pemuda mahu menonton bola.Kawan aku disebelah sudah keluarkan duit untuk diberi pada makcik itu.Seorang daripada sekumpulan pemuda-pemuda di meja tiba-tiba menjerit.
"Tepi lah makcik! Dah nak gol ni!"
Kawan aku yang baru sahaja mengeluarkan duit untuk beri pada makcik tersebut, tersentak. Dia bersuara.
"Kau tak nampak ke makcik tu buta? Hormat lah orang sikit."
Pemuda tersebut senyap. Kawan aku terus beri duit pada makcik itu. Aku jadi terkejut. Lama sedikit, aku cakap pada kawan aku.
"Bola punya pasal,sampai orang lain pun dah tak ada rasa hormat kan? Nasib baik lah kau bukan antara lelaki-lelaki macam tu."
Kawan aku senyum....Bangga lah tu.