Monday, September 27, 2010
Cik Fazleena dan KAHWIN.
Monday, September 13, 2010
Belajar Tidak Hipokrit, Toleransi dan Hormat pada orang lain.
Friday, September 3, 2010
Ucapan Istimewa Untuk Semua
Saturday, August 21, 2010
Lelaki dan segala penipuan
Friday, August 20, 2010
“Nothing great in the world has ever been accomplished without passion.”
Tup Tap Tup Tap. Sudah 6 tahun aku belajar. Dari diploma sampailah ke Ijazah.
Pengalaman berkerja untuk pertama kali adalah pengalaman paling mencabar dalam hidup. Patutlah ramai yang suarakan, kenapa kau ambil degree filem? Kau rasa senang ke nanti nak kerja kat industri? Aku dah bosan dengan industri.
Persoalan seperti itu, untuk abang-abang dan kakak-kakak senior aku yang dah terlalu lama dalam industri. Agak kecewa bila kita ada minat yang mendalam dan sangat ghairah untuk buat perkara-perkara yang kita minat, tapi akhirnya tetap kecewa apabila result nya tidak seperti apa yang kita bayangkan.
Kerja production kena tough. Jangan banyak main-main. Kena fokus. Duit dapat lambat tu, memang selalu. Bla…bla..bla…bla. Masa zaman aku belajar, bila ada adik-adik atau kawan-kawan yang minta bantuan untuk tolong mereka tanpa apa-apa bayaran, aku sedikit pun tak kisah. Bagi aku, keghairahan untuk melakukan sesuatu perkara yang kita minat selalunya tidak perlukan apa-apa ganjaran. Cukuplah sekadar pengalaman yang kita perolehi.
Tapi,situasi ini sudah berbeza apabila aku mula masuk ke zaman pekerjaan. Mulanya, memang kerana ‘keghairahan’. Sampai satu tahap, apabila semua kerja-kerja yang aku lakukan (walaupun bukan kerja aku) perlu untuk aku lakukan, itu dikira sebagai ‘mengambil kesempatan’. Mungkin itu lumrah budak baru seperti aku yang mahu mula berkecimpung dalam industri.
Tidak seperi kawan-kawan aku, ada antara mereka yang mula merungut dan tidak ambil kisah lalu berhenti daripada berkerja serta merta. Tidak perlu fikirkan tentang profesional mahupun tidak apabila jiwa muda sudah melonjak-lonjak rasa tercabar apabila diarah untuk buat itu dan ini tanpa sebarang alasan yang kukuh. Dan mulalah timbul persoalan seperti, mengapa perlu dilakukan walaupun kerja itu adalah kerja orang lain.
Aku masih tidak serik. Bagi aku, itu adalah permulaan untuk aku terus berkerja. Kakak tempat aku berkerja ada kata, macam mana agaknya kita nak tahan lama dalam industri, kalau kita betul-betul kerja sebab passion, tapi orang tetap ambil kesempatan dekat kita. Sedih
Baru aku sedar, bila kita belajar, ghairah itu datang dengan setiap hasil kerja-kerja yang kita lakukan dengan setiap ajaran serta ilmu yang kita dapat. Tetapi, bila kita berkerja, ghairah itu akan ada apabila kita dipaksa untuk melakukan semua kerja dengan segera tanpa ada siapa peduli dan tidak perlu ilmu yang tinggi. Pengalaman itu adalah lebih perlu.
Sudah dekat untuk bergraduasi. Dan sudah masa untuk mencari lebih banyak kerja-kerja yang mencabar.
Gudluck.
Monday, June 28, 2010
U fuck me, I'll fuck u back!
Friday, June 25, 2010
I love u Like a star.
Sunday, June 20, 2010
Rebiu Fariza Hishamuddin: Kotak Hitam: Skrin Filem
Thursday, June 17, 2010
Dia cinta Hati saya sampai bila-Bila
Saya suka bola jaring. Dia suka tarian melayu.
Saya suka berkawan dengan lelaki. Dia lebih suka berkawan dengan perempuan.
Saya suka jalan-jalan. Dia suka tidur.
Saya suka make-up simple-simple. Dia suka kalau pergi mana-mana dengan make-up
Saya suka merungut nak beli kereta. Dia suka tumpangkan saya bila saya mengeluh tak ada kereta.
Dia selalu merajuk lama-lama. Saya suka bila saya pujuk dia.
Dia cerewet bila memilih kekasih. Saya selalu tukar-tukar kekasih sampai dia sudah faham dengan perangai saya.
Dia tak boleh keluar lewat malam. Saya selalu paksa dia keluar jumpa saya sampai pagi.
Dia sangat kuat berkerja. Saya pula, selalu ada masa untuk menemani dia.
Dia suka bawa kereta laju-laju. Saya selalu membebel bila dia hampir langgar kereta lain.
Saya kata pada dia; tolong cari kehidupan perempuan!
Dia kata pada saya; cukuplah kalau saya ada awak.
Saya kata pada dia; Jangan kuat sangat berkerja. I carikan teman lelaki
Dia kata pada saya; Tolong lah cari. Paling penting, I nak yang hensem sahaja!.
Dia kata pada saya; Kita ni sangat kontra
Saya kata pada dia; Sebab kita kontra lah, kita akan jadi bestfriend sampai bila-bila.
Bestfriend saya selalu kata, Mak kita ni macam dah rancang kita lahir selang sehari
Bestfriend..Selamat Hari Jadi. Dan selamat mencari kekasih yang baik hati. =)