Thursday, June 17, 2010

Dia cinta Hati saya sampai bila-Bila

Saya suka bola jaring. Dia suka tarian melayu.

Saya suka berkawan dengan lelaki. Dia lebih suka berkawan dengan perempuan.

Saya suka jalan-jalan. Dia suka tidur.

Saya suka make-up simple-simple. Dia suka kalau pergi mana-mana dengan make-up

Saya suka merungut nak beli kereta. Dia suka tumpangkan saya bila saya mengeluh tak ada kereta.


Dia selalu merajuk lama-lama. Saya suka bila saya pujuk dia.

Dia cerewet bila memilih kekasih. Saya selalu tukar-tukar kekasih sampai dia sudah faham dengan perangai saya.

Dia tak boleh keluar lewat malam. Saya selalu paksa dia keluar jumpa saya sampai pagi.

Dia sangat kuat berkerja. Saya pula, selalu ada masa untuk menemani dia.

Dia suka bawa kereta laju-laju. Saya selalu membebel bila dia hampir langgar kereta lain.


Saya kata pada dia; tolong cari kehidupan perempuan!

Dia kata pada saya; cukuplah kalau saya ada awak.

Saya kata pada dia; Jangan kuat sangat berkerja. I carikan teman lelaki untuk U.

Dia kata pada saya; Tolong lah cari. Paling penting, I nak yang hensem sahaja!.

Dia kata pada saya; Kita ni sangat kontra kan?

Saya kata pada dia; Sebab kita kontra lah, kita akan jadi bestfriend sampai bila-bila.


Bestfriend saya selalu kata, Mak kita ni macam dah rancang kita lahir selang sehari kan? Dan mak kita macam dah rancang juga, yang kita akan jadi kawan baik kan?

Bestfriend..Selamat Hari Jadi. Dan selamat mencari kekasih yang baik hati. =)

6 comments:

Anonymous said...

so sweet =)... bila teringat kn ida sure gelak gn telatah mulut dia... but mmg sweet korg nyer birthday dekat2.. sure main tukar2 hadiah... ida "hensem" itu utama!haha... ada bestfriend mmg best! hehe..leh gosip bersama...

Anonymous said...

sgt2x sweet..
pray for ur happiness.
kawan paling penting daripada kekasih..:)

MJ said...

SWEET!!!!!!!!

CikAjune said...

sukma: hehhe.si gila dan si gila bergabung.

sy bdk darjah 5:thanks.=)

jay: sweet mcm u.hehe

Neverland said...

Kalau dah terlampau banyak benda sama, masing-masing akan berlumba siapa lebih bagus kan

minbachok said...

comel :)