As usual, saya diberi tugasan untuk membuat 'marketing & promotion'.
Untuk tahun 2011, saya cuba mengelak untuk menerima jawatan seperti ini lagi. :) Saya mahu cuba explore perkara-perkara lain.
Saya ada satu 'penyakit' yang sangat merumitkan iaitu bila saya tidak berkerja, saya akan resah gelisah di rumah. Dan saya ada satu impian yang dari dulu saya betul-betul nak capai. KERETA. Saya berdoa, jika rezeki saya murah untuk tahun 2011, saya memang mahu memiliki kereta.
Amin. :)
Tahun 2010 telah memberikan saya pengalaman yang sangat banyak. Saya involve dengan shooting, saya juga involve dengan event-event. Macam-macam orang yang saya sudah jumpa dan banyak perkara baru juga yang saya belajar. Passion memang perlu dalam berkerja, tetapi untuk tahun 2011 saya sudah mula memikirkan tentang keadaan financial saya berbanding passion. Sampai bila mahu susahkan ibu bapa kita kan?
Jadi, passion dan financial, perlu seimbang. :) Saya sentiasa berdoa semoga 2011 adalah tahun yang akan selalu menggembirakan saya.
p/s: Saya rindu dengan anak-anak kecil dalam Teater Siti di Alam Fantasi yang selalu tarik saya ke hulu ke hilir, ajak berborak bukan-bukan dan selalu mahu ditatang seperti anak patung yang comel.
2 comments:
Saya bersetuju dengan kamu untuk kali ini.
like
Post a Comment