Monday, March 30, 2009

"0"


"Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil apa pun kecuali dari dirinya sendiri.Cinta tiada memiliki, pun tiada ingin dimiliki; Karena cinta telah cukup bagi cinta."


DEDICATE TO MY BELOVED BROTHER

Wednesday, March 18, 2009

RIRI RIZA: Irrational, Rational or Emotional?

UNRATIONAL

Sinaganaga:

Dan, saya fikir juga begini, kalau susu kera susu kitalah yang telah dijadikan kausalitinya - molek juga jika (tidak kiralah UiTM ka, Finas ka, RTM ka atau siapa-siapalah) - 1. memberi peluang kepada karyawan kita sendiri untuk beri talk kepada orang kita sendiri terlebih dahulu.

Ehsan Ismail:
Kalau ada pihak penganjur, yang boleh ada satu hari seminar khas tentang Pemikiran Pengarah Filem Malaysia. Pengarah-pengarah Malaysia boleh membentangkan kertas kerja mengenai ideologi mereka masing-masing. Makanya, ini sudah tentu manfaatkan siapa-siapa yang berminat seperti penuntut perfileman sehingga penonton biasa.

orang kita berkata...:
saat omar seorang pensyarah uitm juga seakan tidak serius dan tidak cuba ambil jalan tengah untuk menjernihkan suasana namun lebih kepada humor sedangkan yasmin dan amir bernada kritikal?

Bin kamera:
Ramai pelajar-pelajar filem ini yang tidur. Di satu sisi, kelihatan semua pelajar-pelajar tidur kecuali seorang. Tambah celaka, ada yang berdengkur kuat. Tapi saya tidak terkejut dengan situasi ini. Kenapa? Sebab waktu makan tengahari, saya terdengar suara-suara sumbang berbunyi begini,“Filem tu boring gile… Ala kita datang sini sebab nak tunjuk muka aje.”

Menjawap persoalan-persoalan ini, sebenarnya Fakulti TEKA akan mengadakan seminar every semester pada semua pelajar-pelajar termasuk orang luar untuk sama-sama kita kongsi idea. Dan semestinya pengarah-pengarah yang dijemput adalah pengarah-pengarah Malaysia. Bukan sahaja pengarah malah penulis, pelukis dll juga turut dijemput untuk memberikan talk. Seminar yang kami lakukan bukan memakan masa selama sehari kadangkala selama 2 hari juga. Kadang-kadang mungkin ada sesetengah daripada masyarakat kita yang kurang peka dan hanya akan datang apabila dijemput.

Macam yang lecturer saya pernah cakap, “kita perlu buat research terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum kita nak perkatakan tentang sesuatu perkara itu juga.”
Kami dah buat seminar tentang Pemikiran Pengarah2 Filem Malaysia 1 tahun yang lepas. Mungkin saudara yang tidak mengetahui dan mungkin tidak cuba mengambil tahu. Dan kami juga ada melakukan beberapa bengkel di fakulti kami yang melibatkan pengarah-pengarah Malaysia. Dan mungkin saudara juga tidak tahu atau mungkin juga tidak mengambil tahu??

“..Saya bukanlah pensyarah, saya cuma penolong sahaja…” Dan paling penting, En Saat tiada kena mengena dengan seminar pada hari tersebut. Kalau lecturer back up student, orang kata lecturer tu emosi(nak jaga nama baik student konon2). Tapi kalau lecturer senyap pun, orang still kata lecturer main-main. So, macamana?

Kita belajar adalah untuk kepentingan diri sendiri. kita nak menuntut ilmu pun sebab kita yang nak. Kalau orang lain rasa bosan dan tidur semasa tayangan, adakah menganggu kita untuk berfikir?? Berkarya?? Observation itu kadangkala perlu. Tapi, kalau tidak menyusahkan hidup kita, kenapa perlu mengeluh dan mengadu kan?

RATIONAL

Yasmin Ahmad:
saya rasa riri reza is an amazing filmmaker. saya dah tonton filem "elianna, elianna", "gie" dan "3 days to forever", and i loved them all.saya sendiri ingin nak belajar dari dia. masa saya diundang untuk attend his sessions, i was so sad because i was in singapore shooting.joko and garin are also very good, and they are my good friends, tapi saya rasa dia orang teramat sibuk buat masa sekarang.i wish we melayus would welcome any opportunity to learn from any source of knowledge. and since when did we lose our graciousness and hospitality towards outsiders?

Sultan muzaffar:
Ilmu boleh diperolehi dari sesiapa saja. Oleh itu masalahnya bukan tertumpu kepada siapa yang dijemput, sebaliknya tetamu yang hadir yang mahu mendapatkan ilmu.Kalau nak dapatkan ilmu tak perlu nak ada rasa terkilan hanya kerana pengarah Malaysia tidak diberikan peluang. Kalau betul-betul kita nak dapatkan ilmu dari pengarah Malaysia, pergi jer cari diorang di Leo Burnett ke, kat PJ SS2 ker, kat uitm ke, kat aswara ke. Dah dekat dengan kita kan.

Saat Omar:
Satu lagi saya rasa, perdebatan/ konflik ini seelok-eloknya tidak diketahui dan tidak harus sampai ketelinga yang empunya diri (iaitu Riri Ridza sendiri)dan Jika dia dapat tahu ada pihak mempertikaikan jemputan dia kemari maka tak eloklah tanggapan dia kepada kami tuan rumah. Wallahualam.

Fazleena:
Riri reza dah datang dah pun. dah bagi talk dan kongsi ilmunya. sapa yg untung? takde sapa yg rugi. tak payah gaduh2. buat je filem yang bagus.
riri reza bukan saja bagus, cool, dia juga cute bangat.
azmir and the uitm's geng kamu semua superb. boleh bawa Riri dtg dekat.
p/s : kadang2 kalau dah takde apa nak buat, buatlah entry2 mcm ni. cipta kontroversi. kamu akan jd blogger paling popular. hehe.

Saya bukan lah orang yang berpendidikan tinggi dan saya juga bukan pelajar yang mahu membela siapa-siapa. Tetapi, apabila saya membaca nukilan-nukilan yang bloggers2 ini tulis, saya rasa sedikit kecewa. Kita adalah golongan orang-orang yang bijak pandai dan perlu saling hormat menghormati di antara satu dan yang lainnya. Saya membaca komen-komen itu seolah-olah saya sedang melihat anak-anak kecil yang sedang bergaduh tentang seorang pengarah daripada Indonesia yang hadir ke seminar untuk memberi ilmu kepada anak-anak muda. Dan kemudian, timbul pula isu-isu lain yang tiada kena mengena ditulis. Saya sendiri sudah tidak melihat intelektualiti yang ada dalam diri pemikir-pemikir ini semua sedangkan selama ini saya turut membaca karya-karya mereka yang saya rasakan amat baik sekali.

Riri riza dijemput sekadar mahu berkongsi idea serta hasil-hasil filem beliau. Sebelum ini, kami sudah menimba banyak ilmu daripada saudara Mamat Khalid, Mansor Puteh, U-Wei, Mahadi J-Murat, Hassan Mutallib, saudari Yasmin Ahmad dan lain-lainnya. Walaupun dalam tempoh yang singkat, tetapi tetap meninggalkan ilmu-ilmu kepada kami.

Saya berpendapat, kita perlu memberi sokongan pada pihak penganjur yang telah banyak bersusah payah menghasilkan seminar ini. Mungkin pada masa akan datang, ada pihak-pihak yang mahu memanggil pengarah-pengarah tempatan untuk datang dan berkongsi tentang perfileman, boleh sahaja dibuat dan diajak kami bersama. Bukannya menyalahkan siapa-siapa.
Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pelajar-pelajar TEKA bertindak sebegitu rupa. Bak kata sesetengah pihak, kami adalah pelajar2 yang masih 'hijau' dan dangkal pemikirannya. Bukan salah pensyarah kerana gagal mendidik dan mematangkan pemikiran kami, tetapi salah anda semua kerana tidak pernah memberi sedikit sokongan malahan terus-terusan mengejek dan merendah-rendahkan kami. Sedangkan usia kami dan usia-usia kalian-kalian semua adalah berbeza sekali. Sepatutnya kalian yang perlu bertindak lebih matang.
Sekurang-kurangnya bagi sedikit sokongan kepada kami. Bagi semangat untuk kami terus menimba pengetahuan, berkarya dan bukannya keluar selepas habis belajar hanya tahu cakap tetapi hasilnya tidak seberapa.

“Kematangan mengajar kita erti kemanusiaan dan kedewasaan”. Saya sudah lama tidak menggunakan penyataan ini. Tetapi, untuk entri kali ini, saya rasa sesuai sekiranya saya menggunakannya.

Akhirnya,

Saya mengambil kata-kata pihak penganjur, “walau ini kadang tak adil, tapi cinta lengkapi kita"Laskar Pelangi, 2008

Friday, March 13, 2009

Fariza's family

Aku tak suka betul bila aku kena melukis. Tapi, aku terpaksa juga sebab aku ada subjek Storyboard. Lecturer aku suruh semua orang lukis apa-apa saha karakter dan bayangkan situasinya dimana karakter-karakter itu sedang lakukan. Ada yang lukis kat gigs, konsert, taman, bilik, tempat shooting, macam-macam lagi lah. Lecturer aku tengok aku lukis. Dia tanya aku nak karakter-karakter apa. Aku cakap aku nak lukis karakter family aku. Itu lah yang paling dekat terlintas dalam fikiran aku.
Ini komen yang aku dapat dan yang aku borak dengan lecturer aku.


Lecturer : Kakak kamu orangnya macamane ajun?
Aku : Dia happy go lucky. Sebab tu saya lukis gambar dia senyum je. (padahal aku tak reti lukis muka masam sebenarnya)

Lecturer : So, abang kamu memang suka pakai baju kotak-kotak ke?
Aku : Ha'ah. Dia ni suka tidur. Nampak tak mata dia macam sepet sikit?

Lecturer: Ni siapa? Kamu ke tu?
Aku : Hish...Itu abang saya lah! Rambut dia panjang. Ala-ala Rockstar. Ada ke saya.

Lecturer: Ni mak kamu?
Aku : Yes! Dia macam 'angel' kan? (aku pandang dia dan dia senyum)

Lecturer: Aik?banyak nye abang kamu? ni yang mana pulak?
Aku : Ni yang sulung. Muka dia masam je saya lukis sebab dia ni panas baran tau. Susah nak tengok dia senyum.

Lecturer: Your father, ajun?
Aku : Yep. Beloved father. Boleh tak kalau saya lukis dia pakai seluar pendek?
Lecturer (Gelak) Kenapa? Dia suka pakai seluar pendek ke?
Aku: Aah. Dia memang suka pun.
Lecturer : Abah kamu muda ye?
Aku: Wah! kiranya saya lukis ni jadilah kan. Sebab boleh tau abah saya muda ke tak.(Aku gelak.Dia pun gelak juga)

Lecturer aku cakap, "Now, kamu dah ada satu family. Lepas ni boleh lah tunjuk kan dekat family kamu gambar ni. Diorang mesti terharu Ajun.Tapi, kenapa tak lukis kamu juga dalam ni?"

Aku senyum dan aku hanya gelengkan kepala.

Aku tahu aku tak reti melukis. But deeply in my heart, i felt really2 happy when im doing this.

& everytime aku tengok gambar ni, aku tak tahu kenapa aku senyum sorang-sorang. =)

Dedicate to my beloved father, mother, bro's & sister. Love from urs beloved son/little sis.

Wednesday, March 11, 2009

WRAP!!

It's a WRAP! Akhirnya....

Thanks to: Director (Mamu), DOP (Epul), Produser (Kak bebra), Assist Director (Anas), PM (Epy), Second Produser (Kak julie), Technical Team- kak effa,lily,jannah,min,shahrul,adip,pak lah ( The best ever), Wardrobe-hajar,nani,fida , Make up- kak fifi & amoi, Talent coordinator- wani, kak syikin, kak reen, Art Department Team- hawa,kak fini & semua yg ada. Food team-ayu,bibi,sue. Our runner-kak fiza. And thanks pada Aizam & yaya. Dan pelakon lain Sham & pacat especially. Pada yang membantu, boy,arip,asha,afiq,faliq dan semua yg terlibat.Had very wonderful days with you all.


Comel tak saya?

With Director


All the Crew's. Ada lg ni actually..


Wedding day


matang sungguh kan?

3 Budak Melayu
Coming ....Soon!



Monday, March 2, 2009

Give some Respect!

Minggu lepas aku ada shooting lagi. Minggu ni adalah last shooting yang akan aku pergi. Tak sabar rasanya nak habiskan shooting. Terasa badan sudah mula sengal-sengal. Minggu lepas, kami shooting dengan Radhi Khalid. AKu suka dia. Sangat bersahaja dan suka buat lawak. Nak dijadikan cerita, scene untuk hari itu adalah di kawasan rumah aku. Entah lah kenapa masa kami nak shooting tu pulak lah banyak kereta yang lalu, jiran nak keluar lah, bunyi air lah, enjin lah... menyebabkan kami terpaksa shoot beberapa kali. Talent dah berpeluh-peluh sebab cuaca sangat lah panas time tu.

Salah sorang daripada krew kami ni dah tahan sorang pakcik daripada lalu dan suruh dia matikan enjin motor. Mulanya kami ingat pakcik ni sangatlah sporting dan tak kisah. Apabila pengarah kata CUT, krew ni bagi isyarat pakcik tu boleh keluar sekarang sebab kita nak shoot semula. Pakcik ni berhenti betul-betul depan kami semua lepas tu dia cakap.

Pakcik: (Sambil tengok krew yang tahan dia tadi) Awak tak layak nak tahan saya! saya sebagai manusia ada hak-hak asasi sendiri untuk lalu jalan ni atau tak. Saya pun student UITM jugak! Saya pernah pergi oversea lagi. Sepatutnya awak kena bincang dengan jiran-jiran tetangga kalau awak nak buat semua ni!

Kami semua senyap. Semua ternganga pandang dia.PAkcik tu pun blah. Aku pandang Radhi Khalid, tapi aku tengok dia pun buat tak tahu je. Dalam hati aku, baguslah. Buat je tak tahu. Kita dengar kan je lepas tu kita biarkan je. Peliklah manusia ni. Kau tengok filem, kau tengok drama tapi bila orang buat filem atau drama, kau maki-maki pulak. Kau tak support langsung. Memanglah dia orang tua dan kami patut hormat dekat dia, tapi masalahnya perlu ke kami bagitahu semua jiran-jiran untuk buat shooting ni?

Diorang pun guna rumah aku hari tu untuk buat shooting. Nak je time tu aku cakap,"Pakcik, kalau nak discuss dengan jiran-jiran sekalipun, bukan diorang yang bayar bil elektrik nanti." Aku jugak kan yang bayar kan.

Kalaulah ada beribu-ribu orang macam ni kat dunia, memang tak maju lah industri kita ni. At least, give some respect tak kisah lah kau dah tua ke kau muda ke. Untuk sedapkan hati diorang, aku cakap maybe pakcik tu jeles sebab kita tak shoot kat rumah dia. Atau maybe dia bengang sebab kita tak gunakan dia untuk jadi extra lalu-lalu kat kawasan rumah tu. =)

Tapikan, kenapa dia mesti sebut "saya ada hak asasi". Huh??! (maybe dia terlalu mengikut peraturan kot)