Sinaganaga:
Dan, saya fikir juga begini, kalau susu kera susu kitalah yang telah dijadikan kausalitinya - molek juga jika (tidak kiralah UiTM ka, Finas ka, RTM ka atau siapa-siapalah) - 1. memberi peluang kepada karyawan kita sendiri untuk beri talk kepada orang kita sendiri terlebih dahulu.
Kalau ada pihak penganjur, yang boleh ada satu hari seminar khas tentang Pemikiran Pengarah Filem Malaysia. Pengarah-pengarah Malaysia boleh membentangkan kertas kerja mengenai ideologi mereka masing-masing. Makanya, ini sudah tentu manfaatkan siapa-siapa yang berminat seperti penuntut perfileman sehingga penonton biasa.
orang kita berkata...:
saat omar seorang pensyarah uitm juga seakan tidak serius dan tidak cuba ambil jalan tengah untuk menjernihkan suasana namun lebih kepada humor sedangkan yasmin dan amir bernada kritikal?
Bin kamera:
Ramai pelajar-pelajar filem ini yang tidur. Di satu sisi, kelihatan semua pelajar-pelajar tidur kecuali seorang. Tambah celaka, ada yang berdengkur kuat. Tapi saya tidak terkejut dengan situasi ini. Kenapa? Sebab waktu makan tengahari, saya terdengar suara-suara sumbang berbunyi begini,“Filem tu boring gile… Ala kita datang sini sebab nak tunjuk muka aje.”
Menjawap persoalan-persoalan ini, sebenarnya Fakulti TEKA akan mengadakan seminar every semester pada semua pelajar-pelajar termasuk orang luar untuk sama-sama kita kongsi idea. Dan semestinya pengarah-pengarah yang dijemput adalah pengarah-pengarah Malaysia. Bukan sahaja pengarah malah penulis, pelukis dll juga turut dijemput untuk memberikan talk. Seminar yang kami lakukan bukan memakan masa selama sehari kadangkala selama 2 hari juga. Kadang-kadang mungkin ada sesetengah daripada masyarakat kita yang kurang peka dan hanya akan datang apabila dijemput.
Macam yang lecturer saya pernah cakap, “kita perlu buat research terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum kita nak perkatakan tentang sesuatu perkara itu juga.”
Kami dah buat seminar tentang Pemikiran Pengarah2 Filem Malaysia 1 tahun yang lepas. Mungkin saudara yang tidak mengetahui dan mungkin tidak cuba mengambil tahu. Dan kami juga ada melakukan beberapa bengkel di fakulti kami yang melibatkan pengarah-pengarah Malaysia. Dan mungkin saudara juga tidak tahu atau mungkin juga tidak mengambil tahu??
“..Saya bukanlah pensyarah, saya cuma penolong sahaja…” Dan paling penting, En Saat tiada kena mengena dengan seminar pada hari tersebut. Kalau lecturer back up student, orang kata lecturer tu emosi(nak jaga nama baik student konon2). Tapi kalau lecturer senyap pun, orang still kata lecturer main-main. So, macamana?
Kita belajar adalah untuk kepentingan diri sendiri. kita nak menuntut ilmu pun sebab kita yang nak. Kalau orang lain rasa bosan dan tidur semasa tayangan, adakah menganggu kita untuk berfikir?? Berkarya?? Observation itu kadangkala perlu. Tapi, kalau tidak menyusahkan hidup kita, kenapa perlu mengeluh dan mengadu kan?
RATIONAL
Yasmin Ahmad:
saya rasa riri reza is an amazing filmmaker. saya dah tonton filem "elianna, elianna", "gie" dan "3 days to forever", and i loved them all.saya sendiri ingin nak belajar dari dia. masa saya diundang untuk attend his sessions, i was so sad because i was in singapore shooting.joko and garin are also very good, and they are my good friends, tapi saya rasa dia orang teramat sibuk buat masa sekarang.i wish we melayus would welcome any opportunity to learn from any source of knowledge. and since when did we lose our graciousness and hospitality towards outsiders?
Sultan muzaffar:
Ilmu boleh diperolehi dari sesiapa saja. Oleh itu masalahnya bukan tertumpu kepada siapa yang dijemput, sebaliknya tetamu yang hadir yang mahu mendapatkan ilmu.Kalau nak dapatkan ilmu tak perlu nak ada rasa terkilan hanya kerana pengarah Malaysia tidak diberikan peluang. Kalau betul-betul kita nak dapatkan ilmu dari pengarah Malaysia, pergi jer cari diorang di Leo Burnett ke, kat PJ SS2 ker, kat uitm ke, kat aswara ke. Dah dekat dengan kita kan.
Saat Omar:
Satu lagi saya rasa, perdebatan/ konflik ini seelok-eloknya tidak diketahui dan tidak harus sampai ketelinga yang empunya diri (iaitu Riri Ridza sendiri)dan Jika dia dapat tahu ada pihak mempertikaikan jemputan dia kemari maka tak eloklah tanggapan dia kepada kami tuan rumah. Wallahualam.
Fazleena:
Riri reza dah datang dah pun. dah bagi talk dan kongsi ilmunya. sapa yg untung? takde sapa yg rugi. tak payah gaduh2. buat je filem yang bagus.
riri reza bukan saja bagus, cool, dia juga cute bangat.
azmir and the uitm's geng kamu semua superb. boleh bawa Riri dtg dekat.
p/s : kadang2 kalau dah takde apa nak buat, buatlah entry2 mcm ni. cipta kontroversi. kamu akan jd blogger paling popular. hehe.
Saya bukan lah orang yang berpendidikan tinggi dan saya juga bukan pelajar yang mahu membela siapa-siapa. Tetapi, apabila saya membaca nukilan-nukilan yang bloggers2 ini tulis, saya rasa sedikit kecewa. Kita adalah golongan orang-orang yang bijak pandai dan perlu saling hormat menghormati di antara satu dan yang lainnya. Saya membaca komen-komen itu seolah-olah saya sedang melihat anak-anak kecil yang sedang bergaduh tentang seorang pengarah daripada Indonesia yang hadir ke seminar untuk memberi ilmu kepada anak-anak muda. Dan kemudian, timbul pula isu-isu lain yang tiada kena mengena ditulis. Saya sendiri sudah tidak melihat intelektualiti yang ada dalam diri pemikir-pemikir ini semua sedangkan selama ini saya turut membaca karya-karya mereka yang saya rasakan amat baik sekali.
Riri riza dijemput sekadar mahu berkongsi idea serta hasil-hasil filem beliau. Sebelum ini, kami sudah menimba banyak ilmu daripada saudara Mamat Khalid, Mansor Puteh, U-Wei, Mahadi J-Murat, Hassan Mutallib, saudari Yasmin Ahmad dan lain-lainnya. Walaupun dalam tempoh yang singkat, tetapi tetap meninggalkan ilmu-ilmu kepada kami.
Saya berpendapat, kita perlu memberi sokongan pada pihak penganjur yang telah banyak bersusah payah menghasilkan seminar ini. Mungkin pada masa akan datang, ada pihak-pihak yang mahu memanggil pengarah-pengarah tempatan untuk datang dan berkongsi tentang perfileman, boleh sahaja dibuat dan diajak kami bersama. Bukannya menyalahkan siapa-siapa.
Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pelajar-pelajar TEKA bertindak sebegitu rupa. Bak kata sesetengah pihak, kami adalah pelajar2 yang masih 'hijau' dan dangkal pemikirannya. Bukan salah pensyarah kerana gagal mendidik dan mematangkan pemikiran kami, tetapi salah anda semua kerana tidak pernah memberi sedikit sokongan malahan terus-terusan mengejek dan merendah-rendahkan kami. Sedangkan usia kami dan usia-usia kalian-kalian semua adalah berbeza sekali. Sepatutnya kalian yang perlu bertindak lebih matang.
Sekurang-kurangnya bagi sedikit sokongan kepada kami. Bagi semangat untuk kami terus menimba pengetahuan, berkarya dan bukannya keluar selepas habis belajar hanya tahu cakap tetapi hasilnya tidak seberapa.
“Kematangan mengajar kita erti kemanusiaan dan kedewasaan”. Saya sudah lama tidak menggunakan penyataan ini. Tetapi, untuk entri kali ini, saya rasa sesuai sekiranya saya menggunakannya.
Akhirnya,
Saya mengambil kata-kata pihak penganjur, “walau ini kadang tak adil, tapi cinta lengkapi kita"Laskar Pelangi, 2008
10 comments:
ajune, thanks for review.
moga katak-kata di luar itu sedar akan teriakkan mereka itu dapat merendahkan volumenya.
dari pengarah raja pencalonan.
kkm, amnp..
thanx ajun...
ulasan yg bagus dik ;-)
Bukanlah rahsia Ajun adalah seorang pemimpi..heh kalau camtu jangan lupa tengok MIMPI ya di Istana Budaya awal April nanti :D
..................,
............
........
..................,
.......... ......,
.... ... ... ... ..
:)
Komen-2 Emotional takde ke?
Boleh recommend work-2 student UiTM yg bagus utk I tgk? Buktikan kemampuan U all, tulis komen kat blog tak guna dik.
28th March, earth hour: 8.30 - 9.30pm. One hour for our planet, please.
Jujurnya student Teka bukanlah dangkal... setengahnya belajar kerna hanya untuk mendapatkan penghargaan sijil. Hanya sijil. Dari nama Seni Persembahan lagi kejadian seperti ini terjadi. Aku lega dapat habiskan pelajaran aku, dan lega meninggalkan angan-angan aku sepanjang 3 tahun bergelar pelajar seni layar, dan dua tahun setengah sebagai pelajar penulisan kreatif bertemankan suasana yang "bapak bangang", kalau kau nak tahu maksud aku, kau boleh tanya dengan Azmir. Aku lega aku dah keluar. Aku lega. Apa pun, selamat berjaya sebab apa yang kau hadapi ni, akan kau hadapi lagi dan lagi dan lagi...
ajun, review kau memang best..
semoga dapat mendamaikan jiwa jiwa yang sedang bergelora di luar sana...
:)
-ikha
Post a Comment