Sunday, September 20, 2009

Happy Hari Raya

Pergi 7 Eleven beli ais.
Pelik.
Kakak cashier tu asyik pandang aku je.
Kenapa ye?
Cantik sangat ke aku?
Keluar dari kedai, kakak tu panggil.
"Adik."
Aku paling.
"Erm. Adik period ye?"
Aku bulatkan mata.
"Alamak!!"
Aku sepetkan mata balik. Senyum. Terus keluar 7 Eleven.
Dalam kereta boboi kata.
"Kenapa kau tak pakai pampers?!"
Pampers? Ingat cuci berak ke?
Kacau mood betul nak raya!

Thursday, September 17, 2009

SuperLover


Dia kata: Kau rasa bila la aku nak ada bf yek?
Aku kata: Kau terlalu memilih!
Dia kata: Ramai kawan-kawan aku nak kenalkan aku dengan lelaki. Ingat aku ni tak hot ke?
Aku kata: Kalau kau kata nak bf, aku pun nak carikan tuk kau! Sebab dah lama sangat single tu beb.
Dia kata: Ala..muda lagi.
Aku kata: Bukan masalah muda. Masalahnya kuat berkerja sangat.
Dia kata: Siapa nak aku?
Aku kata: Kawan-kawan aku! Hensem dan kaya. Nak tak?
Dia kata: Huh? Serius?!

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN SUPER LOVER SAYA:
1. Mesti ada darah kacukan (mix ok!)
2. Mesti tinggi
3. Tak kuat jeles
4. Jarang berjumpa
5. Bagi kebebasan
6. Hensem (ni aku yang tambah sendiri)

AMARAN: SILA MENGORAT SAYA DULU BEFORE MENGORAT SUPER LOVER SAYA!

Friday, September 11, 2009

Saya Pressure Kerja Sekolah, bukan Sakit Jiwa.

Klinik.. Malam.
Doktor: Awak sakit apa?

Aku: Dada saya rasa susah nak bernafas la doktor. Bila saya batuk pun saya rasa sakit. Bila saya tarik nafas dalam-dalam pun saya rasa sakit.

Doktor: Awak ada gastrik?

Aku: Ada. (Dalam hati, mana doktor ni tau?)

Doktor: Tak apa. Jom kita cek dulu.

Selepas habis di cek.

Doktor: Awak tak ada masalah pada perut. Tapi awak punya jantung berdegup sangat laju.
Awak banyak kerja ke baru-baru ni?

Aku: Banyak jugak la doktor.

Doktor: Awak tahu tak apa masalah awak. Everytime awak bernafas, awak tak habiskan nafas awak tu. Sebab awak terlalu banyak berfikir. Once awak berfikir pasal kerja-kerja awak, pernafasan awak pun awak tak habiskan. Sebab tu awak rasa sakit dekat bahagian dada. Sebab awak punya urat tu dah tak betul. Betul tak saya cakap?

Aku: Memang saya banyak kerja doktor. Tapi, yang doktor cakap tu memang semuanya betul lah.

Doktor: Awak tak ada penyakit yang teruk. Cuma awak kena banyak berehat. Saya akan bagi awak ubat untuk relax kan muscle dan fikiran. Jangan buat apa-apa kerja dan saya akan bagi MC 2 hari. Ingat pesan saya, cuba bernafas dengan betul. Tarik dalam-dalam dan lepaskan sampai habis.

Aku: (senyum) Doktor… saya tak pernah pergi klinik sebab pressure. Saya rasa macam tak percaya je.

Doktor: (gelak)

2 hari MC aku guna dengan sebaik mungkin. Kalau ada kerja-kerja yang membebankan aku, aku buat tak tahu je. Semalam aku pergi Asia Café berbuka dengan kawan-kawan aku dan jam baru pukul 6.30 petang tapi sudah ada 2 meja yang semuanya melayu sedang minum. Aku terasa urban sekali.

Tuesday, September 1, 2009

Boleh ke saya jadi Pengarah?

Gaya konon-konon nak jadi pengarah.
Tapi saya reti setting kamera tu 'auto' je.
Yang lain semua saya tak tahu.
Macamana saya nak jadi pengarah ni?