Friday, September 11, 2009

Saya Pressure Kerja Sekolah, bukan Sakit Jiwa.

Klinik.. Malam.
Doktor: Awak sakit apa?

Aku: Dada saya rasa susah nak bernafas la doktor. Bila saya batuk pun saya rasa sakit. Bila saya tarik nafas dalam-dalam pun saya rasa sakit.

Doktor: Awak ada gastrik?

Aku: Ada. (Dalam hati, mana doktor ni tau?)

Doktor: Tak apa. Jom kita cek dulu.

Selepas habis di cek.

Doktor: Awak tak ada masalah pada perut. Tapi awak punya jantung berdegup sangat laju.
Awak banyak kerja ke baru-baru ni?

Aku: Banyak jugak la doktor.

Doktor: Awak tahu tak apa masalah awak. Everytime awak bernafas, awak tak habiskan nafas awak tu. Sebab awak terlalu banyak berfikir. Once awak berfikir pasal kerja-kerja awak, pernafasan awak pun awak tak habiskan. Sebab tu awak rasa sakit dekat bahagian dada. Sebab awak punya urat tu dah tak betul. Betul tak saya cakap?

Aku: Memang saya banyak kerja doktor. Tapi, yang doktor cakap tu memang semuanya betul lah.

Doktor: Awak tak ada penyakit yang teruk. Cuma awak kena banyak berehat. Saya akan bagi awak ubat untuk relax kan muscle dan fikiran. Jangan buat apa-apa kerja dan saya akan bagi MC 2 hari. Ingat pesan saya, cuba bernafas dengan betul. Tarik dalam-dalam dan lepaskan sampai habis.

Aku: (senyum) Doktor… saya tak pernah pergi klinik sebab pressure. Saya rasa macam tak percaya je.

Doktor: (gelak)

2 hari MC aku guna dengan sebaik mungkin. Kalau ada kerja-kerja yang membebankan aku, aku buat tak tahu je. Semalam aku pergi Asia Café berbuka dengan kawan-kawan aku dan jam baru pukul 6.30 petang tapi sudah ada 2 meja yang semuanya melayu sedang minum. Aku terasa urban sekali.

4 comments:

mod rhamat said...

u..check vids kt blog i..mesti u suke..=)

encik BANGLA said...

igt ckp doc. tu...
byk kan melepak...eh, bnykkan berehat...

Unknown said...

rehat la ajune...sakit xkenal masa tau...semoga sihat dihari raya...

Fuzzy A! said...

sebenarnya doktor-doktor pergi bertapa 7 tahun untuk dapat jin, bukannya belajar. Sebab tu diorang boleh tahu your problem tuh.