Thursday, June 12, 2008

Hari-hari Indah

Kredit buat Boi

“Fariza, besok awak free tak? Saya nak photoshoot besok. Saya jumpa awak kat titiwangsa ataupun Putrajaya. Kol 10 pagi camtu. Sebab kita nak photoshoot kat situ. Awak boleh tak?”

“Hah? U nie biar btol? Besok?! Kol 10 pagi?! I kene jadi model u?!”

“Aah, ye la awak. Saya takde mase lame nie nak tanya orang lain. Kalau awak nak, saya amik awak terus je. Camne?”

“Huh?? Er…er…er..jap.jap. I pikir dulu ye u.”

“Okay. Tapi awak add dulu ym saya. Senang sikit nak bincang.”

“Ermm….Okay.Okay.”

Alamak! Macamana ni? Apa masalah aku sekarang ni sebab aku tak kenal mamat ni! Aku rasa macam aku pernah jumpa dia kat gigs Light Of Sunday minggu lepas, tapi bila aku tanye dia kat Myspace tu dia ke tak, tak nak pulak dia mengaku. Isssskkk…camne ni ye?? Rungsing gak ni. Nak pegi ke tak nak? Nak pegi ke tak nak? Kalau aku tak pergi, rugi la aku. Gambar yang dia ambik dah la lawa-lawa. Tapi, kalau aku pergi, kalau macam-macam jadi, macamana lak ye?? Dah la dia pon aku tak kenal. Bila aku tanye aku pernah jumpa dia ke tak, tak nak pulak dia ni mengaku. Humble sangat ke mamat ni. Adeh! Tak paham aku. Macamane ni ye??

Aku pun tak tahu macamana nak buat keputusan. Aku cuba telefon angah nak mintak pendapat, tapi dia tidur la pulak. Kebetulan pula masa tu mak dengan angah balik kampung. Jadi, aku ni takde sape-sape untuk aku mintak pendapat. Kalau ada angah, mesti dia akan temankan aku. Nak tanya siapa lagi ni. Ha! Faliq la! Dia selalunya faham aku. Bincang punya bincang punya bincang, faliq kata kat aku, kalau kurang yakin, pergilah bawak teman. Tak kisah la sape-sape, janji boleh teman aku. Tanpa fikir panjang, aku terus je ber ym dengan mamat yang tawarkan aku untuk jadi modelnya tu.

“Beb, I rasa I terima la offer u tu. Tapi, boleh tak kalau I nak bawak adik i?? (Padahal aku bukannya ada adik pun)
“Hah? Bawak adik?? Boleh..boleh. Mak awak tak nak bawak sekali"
“Hehe” (Kuang ajar jugak mamat ni)

“Awak jangan risau tau. Awak besok akan digandingkan dengan sorang lagi kawan saya. Dia dari Shah Alam. Nama dia Intan. Jap, saya bagi awak tengok muka dia.”

“Ehhh…Intan? Shah Alam? Dia ada abang ke u??”
“Tak tahu la awak. Tapi dia bagitahu saya, dia kata dia kenal awak.”

“Owh… I pun rasa I kenal dia. Dia ni adik kawan rapat I la.”

“Owh… ye ke?”

“Aah. U…”

“Ye saya."
“I rasa I tak jadilah bawak adik i. Hehe.”

Rupa-rupanya aku kenal kawan dia tu. Punya la aku berhati-hati dalam hal-hal macam ni. Bukannya apa. Kalau jadi perkara-perkara yang tidak disangka, aku juga yang susah nanti. Maaflah pada kawan aku yang lebih senang dengan panggilan Boi kerana aku sedikit ragu-ragu dengan dia. Aku kurang percaya dengan pertemuan di Myspace kerana aku hanya menjadikan Myspace sebagai salah satu sumber maklumat aku untuk berjumpa kembali dengan teman-teman lama atau untuk mengetahui apa-apa maklumat penting yang ingin teman-temanku sampaikan kepadaku. Jarang sekali aku ingin berkenalan, menukar-nukar nombor telefon dan berjumpa dengan manusia-manusia ini.

Selesai sahaja berbincang tentang lokasi dan pakaian apa yang perlu aku gunakan pada keesokan harinya, aku telahpun bersiap sedia untuk menolong Boi menambahkan lagi koleksi-koleksi gambar terbaiknya. Keesokan hari, aku bangun agak awal seperti yang telah dijanjikan oleh Boi untuk mengambilku dirumah. Sebelum Boi sampai, sempat lagi aku menanyakan Intan kalau-kalau Intan tidak gerak lagi atau tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk tidak pergi. Tetapi, Intan telah memberitahuku bahawa dia sudahpun sampai di KLCC menunggu kami. Sedangkan aku, Boi dan temannya baru sahaja keluar dari rumah mahu menuju ke Titiwangsa. Sepanjang perjalanan, berbagai-bagai perkara telah kami borakkan seperti sudah lama rasanya aku mengenali Boi dan temannya itu. Kami juga ada berbincang tentang dunia fotografi sekarang yang semakin digemari oleh masyarakat terutama sekali golongan-golongan muda seolah-olah fotografi sekarang sudah menjadi satu trend terkini kepada anak-anak muda.


Nikon D40

Canon EOS

Cuba kamu semua bayangkan. Sekiranya harga sebuah kamera digital lebih kurang RM 1700, manakala harga kamera SLR baik Canon mahupun Nikon adalah RM 1900 (mungkin sekarang sudah bertambah murah), manakah yang akan lebih dibeli oleh pembeli? Tentulah harga yang lebih mahal sedikit tetapi kualitinya bermutu. Pernah sekali aku berjalan-jalan di Times Square, Sungei Wang dan Pavillion bersama teman-temanku, aku agak sedikit terkejut dan pelik apabila terlalu ramai anak-anak muda sekarang yang mampu membeli kamera SLR dan bangga memiliki kamera seperti ini. Adakah anak-anak muda sekarang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang jurugambar yang hebat seperti jurugambar-jurugambar yang lain atau semata-mata membeli kamera seperti ini untuk keseronokkan semata-mata. Mungkin anak-anak muda zaman sekarang, keluarga mereka sudah semakin kaya. Itulah yang sering aku bayangkan. Sedangkan aku mengiggil-gigil mengeluarkan duit sebanyak RM1000 dan selebihnya abahku yang menambah. Itupun aku menggunakan duit PTPTN dan kamera juga dibeli hanya untuk tujuan pembelajaran. Sekarang, aku tidak lagi rajin membawa kamera ku kehulu dan ke hilir kerana aku sudah kurang obses dengan kamera. Mungkin banyak lagi perkara-perkara yang perlu aku ketahui tentang kamera dan suatu hari nanti akan kupelajarinya baik-baik.

Sampai sahaja di lokasi, aku berjumpa Intan dan Arel. Arel adalah teman Boi yang juga seorang jurugambar. Aku telah diarahkan untuk menukar pakaian. Agak malu-malu juga ketika mahu keluar berjumpa mereka. Buat pertama kalinya aku memakai pakaian ini tanpa menyarungkan seluar. Kelihatannya agak seksi sedikit. Tapi aku memberanikan diri sahaja. Kami telah dibawa ke lokasi untuk sesi mengambil gambar. Cuaca kelihatannya agak panas. Intan diarahkan oleh Boi untuk mengambil gambar terlebih dahulu. Aku melihat sahaja cara Intan ber posing. Dalam hati, wah! Boleh tahan jugak ye minah ni. Dasyat jugak dia posing. Nampak macam senyap je, tapi bila posing, memang maut gila lah. Sekarang sampai pula pada giliranku. Awal-awal lagi aku sudah memberitahu Boi, aku tidak pandai ber posing. Aku bukan dilahirkan menjadi model dan aku tidak pernah mempraktikkan cara-cara untuk menjadi model. Aku hanya suka mengambil gambar sahaja. Masa itu, berkerut-kerut aku melihat dahi Boi. Aku pun kurang pasti samada dia menahan panas atau dalam hatinya, “macam-macam la minah ni.” Aku hanya senyum memandangnya, dan dia mambalas senyumanku. Aku terus sahaja ber posing dan kadang-kadang Boi berpesan supaya aku kelihatan lebih semulajadi sahaja. Tidak perlu membuat muka ala-ala model sangat dan buat relaks sahaja. Ini sangat berbeza dengan fotografi studio yang pernah juga aku menjadi modelnya.

Selesai sahaja di Titiwangsa, aku menuju ke satu lokasi yang agak menyeramkan di satu bangunan rumah terbiar dan di dalamnya kelihatan sungguh sunyi dan warna-warna sudah lusuh sekali. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin aku sedikit takut dan sesekali ingin juga meminta Boi menukar sahaja lokasi mengambil gambar. Tetapi, Boi kulihat sangat bersemangat dan sukakan tempat itu. Mungkin tempatnya ada unsur-unsur keunikkan yang tidak dapat aku lihat dengan mata sendiri. Hanya dia sahaja yang tahu. Memang tidak aku nafikan, Boi yang aku lihat sangat kreatif dan mempunyai tahap minat sangat tinggi terhadap dunia fotografi. Apa sahaja yang diminta oleh Boi, aku cuba untuk lakukan sehabis baik. Begitu juga dengan Intan. Berbagai-bagai cara telah Boi arahkan pada kami untuk kami lakukan. Aku dan Intan hanya mengikut sahaja tanpa banyak tanya.

Kredit buat Arel

Selesai sahaja mengambil gambar, kepenatan agak terasa. Aku, arel, intan dan Boi menuju ke kedai makan kerana kami masih belum makan tengah hari. Banyak benda yang telah kami borak sebelum kami pulang ke rumah. Kebanyakkannya mengenai fotografi. Dan sebagai pelajar yang mengambil jurusan perfileman, sedikit sebanyak aku dapat mengetahui serba sedikit tentang dunia-dunia fotografi masa kini. Pulang sahaja di rumah, aku mendapat mesej dari Boi. Dia mahu ke Johor Bahru untuk mengambil gambar perkahwinan dan mengucapkan terima kasih banyak padaku kerana sanggup menjadi salah satu dari modelnya. Dan dia juga sempat memberi hasil-hasil gambar yang ditangkap dan telah di edit olehnya. Sebelum dia ke Johor, dia sempat berpesan padaku untuk turut mempromosikan hasil-hasilnya kepada rakan-rakanku yang lain. Aku hanya tersenyum dan membalas, Baik Encik!

Myspace:http://www.myspace.com/johnbean
fotopages:http://johnbean.fotopages.com
fotopages:http://egoboboi.fotopages.com
deviantart:http://johnbean.deviantart.com
flickr:http://www.flickr.com/photos/boibean_22/

Tuesday, June 10, 2008

Model Sehari

Sebelum aku memulakan penulisanku dengan lebih panjang, ingin aku meminta maaf kepada semua kerana terpaksa menukar blog ku kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Diharap, dengan adanya blog baru ini, idea-idea aku untuk menghasilkan penulisan-penulisan baru juga akan bertambah-tambah. InsyaAllah.
Hari ini, aku ingin menceritakan pengalamanku menjadi model sehari. Sebelum itu, terima kasih kepada abang Shah kerana memberi peluang kepada aku dan angah untuk menjadi model pada hari itu walaupun pada hakikatnya kami tidak mempunyai sebarang pengalaman dan agak kelihatan kekok sekali. Begitu juga kepada saudara Epul yang telah menyerikan mukaku dengan hasil seni tangannya sendiri. Terpukau sebentar aku melihat muka sendiri. Tidak kurang juga kepada pasangan model kami yang banyak mengajar aku dan angah untuk berposing maut.


Pose sedikit Hancur. Ala-ala gadis Sarawak
Angah bersama pasangannya. Sehati Berdansa.


Sesi posing suka hati.

Pasangan ideal. Suka i tengok. Hehe


Saya bersama Abang Anol

Walaupun kepenatan pada hari itu, aku dan angah tetap pulang dengan senyuman di wajah. Pertama kali aku memberanikan diri untuk mencuba menjadi model walaupun kelihatan hancur. Barulah aku sedar bahawa bukanlah satu pekerjaan yang mudah untuk menjadi model.Raut muka, ekspresi, liuk lentuk badan haruslah digunakan kesemuanya. Tetapi, berlainan bagi aku dan angah yang bukanlah penari mahupun model profesional, tetapi apa sahaja yang diarahkan akan kami lakukan sehabis baik. Pulang sahaja ke rumah, aku terus merehatkan diri. Terasa sengal-sengal sekali terutamanya di bahagian kaki dan pinggang.

Gila Rockstar

Hari ini hari minggu. Indah dan bahagianya rasa hari ini apabila aku dapat duduk dirumah, tidak seperti selalunya ada sahaja aktiviti-aktiviti di hari minggu. Bangun sahaja pagi, aku sudah mula bersukan dengan angah. Macam tak percaya aku boleh bangun pagi tak seperti hari-hari selalunya. Tetapi, selesai bersukan, nasi lemak membuka selera aku pada pagi itu dan sesampai sahaja di rumah, aku telah menyambung tidurku dengan nyenyak sekali. Entah kenapa hari ini terasa seperti sangat liat dan memulas-mulas perutku, membuatkanku terus sahaja berbaring di katil tanpa ada sebarang gangguan. Dalam hati, mungkin aku nak period kot ni. Sakit semacam je. Tekaan aku selalunya memang benar2 belaka. Pendarahan telahpun berlaku dan perasaan itu menjadi sedikit gundah gulana kerana hanya wanita kepada wanita sahaja yang memahami betapa peritnya apabila mengalami keadaan kritikal ini. Bila wanita period, lelaki selalu kata bahawa wanita yang period memang selalunya macam tu. Datang angin tak baik sikit je, dia period la tu, walaupun pada kenyataannya mereka tidak pernah memahami betapa perit dan sakitnya apabila wanita mengalami pendarahan pada hari pertama. Sebab itu, jarang sekali mereka mahu diganggu dan bercakap dengan sesiapa ketika keadaan mereka tidak begitu stabil.
Hari minggu seperti ini, aku telah merajinkan diri sendiri dengan membasuh baju dan mengemas bilik. Sebenarnya, hendak menahan kesakitan dan malas rasanya ingin melayan rasa sakit yang berpanjangan. Aku berfikir sejenak, nasib baiklah aku tidak ke mana-mana hari ini. Kalau tak, sakit juga hati kawan-kawan aku nanti melihat keadaan aku yang menahan kesakitan. Sebenarnya, hari ini ada tiga gigs besar-besaran telah dijalankan dan ketiga-tiga gigs ini telah diajak oleh rakan-rakanku untuk sama-sama merasai keseronokkannya. Selalunya, jarang sekali aku menolak pelawaan orang lebih-lebih lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan gigs.
Entah mengapa tidak pula pada minggu ini. Baik Rock On Rave, baik Splash Summer, mahupun gigs The Times Showcase. Hati seperti tidak berminat untuk pergi. Mungkin aku sudah sedikit kebosanan dengan gigs-gigs yang bersepah-sepah dan setiap minggu pasti sahaja ada. Sejak band Hujan selalu berkumandang di Radio dan band Estranged telah dinobatkan sebagai Juara melalui Juara Lagu tahun lepas, muzik independent mula diterima oleh masyarakat ramai terutama sekali golongan-golongan remaja. Penerimaan terhadap muzik independent ini juga telah menyebabkan remaja-remaja sekarang mula berkunjung ke gigs-gigs setiap minggu, mula menggayakan fesyen stail ala-ala band indepedent mereka gemari yang kadangkala bagiku seperti satu kejutan budaya terhadap muzik independent yang sangat berlebih-lebihan. Apakah dengan pendedahan muzik-muzik independent ini dapat menjadi contoh yang baik kepada anak-anak melayu kita sekarang ataupun adakah kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan muzik independent ini sudah cukup matang dengan pegangan serta falsafah muzik-muzik mereka atau sekadar ingin dikenali ramai sahaja.
Kalau ingin bersembang tentang muzik, aku bukanlah seorang manusia yang terlalu memahami tentang muzik-muzik independent. Tetapi, aku melihat perubahan ini sejak kewujudan band Hujan mewarnai muzik tanahair kita. Secara jujurnya, aku tidak menyalahi band ini kerana dianggap memberi imej yang buruk kepada remaja masa kini, kerana setahuku band-band independent sudah lama wujud berabad lamanya, tetapi mula popular sejak kewujudan band Hujan. Budak-budak sekolah terutamanya mula menggilai kumpulan ini dan mula menganggap bahawa era muzik independent sebagai salah satu perubahan terhadap muzik di Malaysia. Selepas band Hujan, wujud pula band-band lain yang mula tumbuh dengan pesat dan wujud juga remaja-remaja masa kini yang mula merasakan diri mereka seperti gila “bintang batu” atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Gila “Rockstar”. Mungkin disebabkan aku diantara manusia-manusia yang sering ke gigs, semakin lama aku menjadi semakin rimas apabila melihat budak-budak sekolah makin berleluasa, berfesyen serba tak kena (kalah band yang nak perform), berlagak macam rockstar (lebih-lebih lagi jika salah seorang dari band itu adalah teman lelaki ataupun skandal mereka) dan tak kurang hebatnya di kalangan band-band independent itu sendiri yang kadangkala bagiku terlalu menunjuk hebat seperti terkena kejutan budaya. Padahal, muzik mereka tidak lah hebat manapun. Shalala je…
Keadaan ini sudah dapat aku bayangkan pada gigs yang sedang berlangsung hari ini. Berpusu-pusu manusia pergi ke Summer Splash yang bertempat di Sunway Lagoon. Aku andaikan, mungkin sesetengah daripada mereka datang kerana ingin menyokong rakan-rakan, sesetengah daripada mereka yang lain hanya ingin melihat wanita-wanita dan lelaki-lelaki separuh bertelanjang, sesetengah daripada mereka yang lain mungkin hanya inginkan keseronokkan dengan bermain air sambil mendengar muzik atau mungkin hanya suku daripada mereka yang benar-benar ingin menghayati muzik dan cuba mengerti tentang perjuangan muzik yang dibawa oleh band-band independent ini. Kadangkala aku merasa kasihan terhadap band-band independent yang cuba menyampaikan mesej kepada khalayak, tetapi manusia-manusia ini tidak pernah mengerti dan cuba memahami apa yang diingini dan cuba disampaikan oleh mereka.
Mungkin keadaan seperti ini tidak akan berubah selagi muzik independent tetap didengari dan makin disukai ramai. Kadangkala aku menjadi marah apabila aku tetap mengatakan kepada kawan-kawanku aku sangat menghormati muzik-muzik Indonesia berbanding Malaysia kerana lirik-lirik mereka yang begitu indah dan gaya mereka yang bersahaja dan santai-santai sahaja membuatkan aku terus menggilakan mereka. Tetapi, berlainan pula pada rakan-rakanku yang tetap menyokong muzik Malaysia yang dianggap liriknya sangatlah bagus dan mudah difahami serta diikuti orang ramai. Dan pada mereka, itulah yang dikatakan Rockstar. Apapun, aku harus menghormati pendapat mereka walaupun di dalam hati aku tetap mengatakan muzik Malaysia tidak pernah cuba untuk berubah. Balik-balik pasal cinta. Balik-balik pasal kekasih yang ditinggalkan kekasihnya. Semuanya pasal cinta, cinta dan cinta lagi.
Tetapi, tidak dinafikan, ada juga segelintir band-band independent di Malaysia yang berani berjuang dengan muzik mereka dan bagus lirik-liriknya. Cuma mereka kurang menonjolkan diri dan tidak pernah kisah jika cuma ada segelintir golongan-golongan tertentu sahaja yang menyokong mereka. Itu adalah lebih baik daripada terlalu banyak pengikutnya. Dan pada mereka-mereka ini, aku ingin berpesan teruskanlah dengan perjuangan muzik yang sedang kalian lakukan. Tidak perlulah terlalu mengejar populariti sehingga memalukan perjuangan muzik diri sendiri. Dan kepada mereka-mereka yang sedang obses dengan muzik-muzik independent ini, teruskan dengan kegilaan kalian-kalian semua. Sehingga satu hari nanti, apabila kalian makin membesar, mungkin kalian akan mulai sedar bahawa gigs sama juga seperti konsert-konsert yang lain. Tiada apa pun bezanya. Tidakkah kalian pernah memikirkan, mungkin gigs perlu ditukar sedikit konsepnya supaya gigs bukan sahaja dikunjung atau ditonton oleh golongan-golongan mereka yang gilakan muzik-muzik independent tetapi juga dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Dan berkemungkinan besar, gigs akan diangkat tinggi oleh masyarakat serta mampu menaik tarafkan golongan-golongan pemuzik independent.