(Suasana ofis seperti di pasar)
Polis: Kamu nak guna kereta peronda dan 2 orang polis?
Aku: Ye. Itu je.
Polis: Tapi Sarjan Hassan dalam skrip ni siapa pulak?
Aku: Oh. Itu pelakon yang director pilih.
Tiba-tiba ada suara lelaki menjerit, ‘Hari ni kuiz kita, siapa yang suka balik lambat. Lelaki ke a tau perempuan!??’ Diikuti dengan helaian tawa beramai-ramai.
Polis: (sambung cerita) Macamana rupa dia? Saya kena tengok dulu ni. Sebab saya takut la kalau awak melanggar etika polis pula. Mana tahu rambut panjang ke… selekeh ke….
Aku: Isk..Kami ni student la. Takkan la saya tak tahu. Tak ada la. Rambut dia pendek. Pakai pun kemas. Ada misai. Macam pakcik tu. (sambil tunjuk pada pakcik bermisai)
Penolong aku: (menyampuk) Macam A.Galak dalam Gerak Khas!
Polis: (angguk-angguk) Tapi saya nak ic pelakon awak ni boleh?
Aku: (Tercengang) Kenapa pulak ek?
Polis: Saya kena pastikan juga. Kalau director awak dah setuju, tapi saya pun kena la tengok juga. Kalau saya rasa tak sesuai, awak kena tukar sarjan lain ni.
Aku: (dalam hati) Kau nak jadi director jugak ke?
Penolong aku: Tapi ini yang lecturer kami pilih jugak. Lecturer kami pun dah setuju. Betul. Memang ikut sahsiah rupa diri.
Polis: Ok la, kalau macam tu. Seminggu lagi call saya balik untuk confirmation ye.
Ini adalah perbualan di antara aku dan penolong aku selepas seminggu.
Penolong aku: Ajun, polis tu tak kasi guna kereta peronda.
Aku: Sebab?
Penolong aku: Dia nak kita bagi jugak salinan ic. Dia nak tengok jugak muka pelakon kita. Aku sampai nak gaduh dengan dia tadi.
Aku: Aduh! Takpe. Kau bagi je la.
Ini adalah perbualan kami selepas ic sudah dibagi.
Penolong aku: Ajun, kita ada masalah besar!
Aku: Kenapa?
Penolong aku: Polis tu dah tengok ic. Dia kata muka pelakon kita yang pegang watak sarjan ni muda sangat. Aku dah explain dekat dia yang kita make up muka dia nampak tua. Dia tak kasi jugak. Dia kata kalau nak guna jugak pelakon yang sama, perlu tukar dari sarjan ke koperal. Aku bagitahu la dia yang kita dah shooting watak Sarjan.. Lepas tu dia kata dia boleh saman kita sebab guna panggilan sarjan. Dia cakap kat aku lagi,seluruh polis ni tak kasi kita shooting.
Aku: Aku rasa memang betul la.
Penolong aku: Betul apa?
Aku: Dia nak jadi director. So kita tak dapat la ni kereta peronda dengan 2 orang polis?
Penolong aku: Dia kata boleh je dapat. Tapi dengan syarat, dia nak kita buat surat black and white yang mengatakan panggilan sarjan dah ditukar kepada koperal.
Aku: Leceh la… Dia tak tau ke kita dah shooting watak sarjan. Dan dia ingat senang ke nak main shoot2 balik? Lagi satu, ic pelakon tu zaman bila pulakkan. Dah tentu-tentu la sekarang ni diorang tu semua dah tua. Takkan la itu pun tak boleh nak fikir.
Penolong aku: Sekarang ni macamana?
Aku: Tak pe. Kau hold je dulu. Kita guna budi bahasa yang penting. Ataupun, aku call Yusof Haslam aku mintak tolong dia. Problemnya director aku tak popular. Kalau popular mesti senang lepaskan?
Penolong aku: Boleh jadi jugak la. (blur)
Aku tak tahu kenapa susah sangat aku nak minta kereta peronda dengan 2 orang polis. Persoalan yang bermain kat kepala aku sekarang ni;
Mungkin dia nak cuba mengarah filem ni.
Mungkin dia tak nak bagi.
Mungkin dia tak tahu apa-apa pasal filem. Jadi,aku tengah cuba maafkan dia.
Mungkin aku perlu fikir cara lain untuk dapatkan kereta peronda dengan 2 orang polis.
Siapa yang sanggup berkhidmat untuk shooting aku??
Dan ini adalah perbualan diantara kawan aku dengan kawan aku yang bapa saudaranya berpangkat tinggi dan mungkin mampu menyelesaikan masalah ni.
Aku: Ye ke?
Kawan aku: Aah. Bapak sedara aku pun kata polis tu agak melampau. Kau try setel dulu dengan dia. Kalau dia main tarik tali lagi, kau bagitahu aku. Bapa sedara aku akan setelkan. Lagipun bapa sedara aku tak ada masalah pun kalau kita make up muka pelakon nampak tua.
Aku: Oh. Bagusnya. Kenapa bapa sedara kau lebih memahami? Takpe. Kau bagi aku setelkan dengan cara lain dulu. Kalau cara ni dia tak nak jugak, aku terpaksa lah guna khidmat bapa sedara kau.
Kawan aku: No problem.
Jangan cakap aku ‘pilih kasih’. Tapi aku memang tak suka kalau teman lelaki aku berpakaian seragam. Hensem ke segak macamana ke, kat kepala aku ni memang dah tak boleh terima. Tapi diorang ni bagus sebenarnya… Berkeyakinan, Bermutu tinggi, Berdisiplin, Berbudi Bahasa, Semualah. Cuma aku je yang tak boleh.
p/s:Tapi aku dah dapat green light untuk guna kereta peronda dan 2 orang polis. Aku dah kata. Kalau kita berbudi bahasa, siapa-siapa pun akan balas dengan budi bahasa jugak. Sayang polis. =)