Sunday, August 2, 2009

Promosi Filem, Hari Skrin dan Honour Showcase

Semester ni aku sangat sibuk. Aku tak ada masa nak balik rumah. Aku tak ada masa nak tengok wayang. Dan semester ni juga banyak dugaan-dugaan yang Tuhan dah bagi. Kadang-kadang aku cuba jadi strong tapi selalunya airmata juga peneman ketika aku tengah bersedih. Orang kata, kalau ajal dah sampai, kita kena redha dengan segala ketentuanNya. Aku belajar untuk menerima pemergian orang yang aku sayang walaupun sebenarnya sangat perit dan sangat menyedihkan. Dan aku tahu, Tuhan lebih menyanyangi insan-insan yang telah pergi.

Banyak sangat perkara yang aku kena fikirkan semester ni. Aku dah tak ada masa nak berborak tentang filem, dunia, hiburan atau apa-apa sahaja. Masa aku hanya untuk kerja-kerja sekolah yang makin lama makin bertambah. Kawan aku kata, dia tak sangka yang subjek aku ni susah. Dan aku jawab, semua orang ingat bila ambil subjek filem belajar pasal macam mana nak jadi pengarah, besok keluar nak jadi apa. Itu sahaja yang orang tahu. Tapi orang tak pernah nak tanya aku soalan-soalan yang menunjukkan diorang berminat untuk tahu pasal subjek yang aku belajar.

Ini adalah senarai subjek dan yang perlu aku buat untuk semester ini:

1-Perlu buat 1 event iaitu Promosi Filem. Tayangan Amal 2 filem, iaitu 2 hati 1 jiwa arahan Prof Razak dan Pisau Cukur arahan Bernand. Tiket berharga 10 ringgit dan wajib membeli 2 tiket untuk 2 tayangan. Pada 14 dan 15 oktober, bertempat di Dewan Sri Budiman, UITM, jam 8.00 malam. Tiket boleh beli pada saya.

2-Perlu mencari sponsor untuk hiasan dewan dan pentas disebabkan aku Biro Pentas dan Hiasan Dewan. Perlu juga cari sponsor untuk keperluan-keperluan lain.

3-Event seterusnya adalah Hari Skrin. Bertempat di Perpustakaan Puncak Perdana. Bermula jam 4 hingga 6 petang. Penjurian filem-filem pendek dibawah subjek Pengarahan pelajar-pelajar Diploma dan Degree TEKA. Dan sesi dialog Puncak Perdana menceritakan tentang ‘Keperluan Industri Perfileman Daripada Graduan Perfileman’. Ahli-ahli panel adalah Norman (KRU), Tan Sri Ananda Krishnan, Dato’ Mohd Hussain Hj Shafie dan Ahmad Puad Onah. Bermula jam 8 malam, akan diadakan persembahan akustik, puisi, monolog dan teater daripada AKAR dan pelajar UITM.

4- Perlu mencari sponsor untuk bahagian jemputan. Dan untuk Hari skrin, jawatan aku adalah biro jemputan. Dan kepada sesiapa yang berminat untuk datang, sila hubungi saya. Untuk bahagian persembahan, terbuka hanya kepada pelajar-pelajar TEKA dan UITM Shah Alam.

5- Shooting feature filem untuk subjek Honour Showcase. Bermula pada 14, 15 dan 16 Ogos. Shooting akan berjalan setiap hari jumaat, sabtu dan ahad setiap minggu secara berselang seli. Pre-produksi sedang berjalan dan sedang sibuk dengan recce lokasi.

6- Casting akan dijalankan pada 4 Ogos 2009 (selasa) bertempat di Puncak Perdana dan pelakon lelaki yang dicari perlu berumur dalam lingkungan 37 tahun. Manakala watak perempuan 1 perlu berumur 35 tahun. Dan watak perempuan 2 berumur di dalam lingkungan 27 tahun. Kepada yang berminat, sila datang casting hari Selasa ini.

7- Aku diberi kepercayaan sebagai Pengurus Produksi. Dan sekarang aku sedang sibuk mencari sponsor makanan, perlu buat perbelanjaan makanan, lokasi dan pengangkutan. Shooting akan berjalan pada bulan puasa.

Ini adalah list kerja untuk semester ini. Siapa kata subjek aku senang? Dan siapa kata aku belajar macam mana nak jadi pengarah saja?

Untuk yang membaca, siapa-siapa yang bercadang untuk bagi sponsor pada aku tak kira dalam bentuk material mahupun cash money, boleh hubungi aku. Dan pada yang berminat untuk datang casting hari Selasa ini, sila call aku juga sekiranya tidak tahu jalan.

6 comments:

Unknown said...

list aku tambah tesis~
sape kate belajar filem senang...
susah jugak...huhuhuhuh

Fasyali Fadzly said...

huih.... gile bz ko.. aku tau, sebab tu la kita ni tak leh nak gemuk, jun...

fyra said...

=)
biasela ajune..manusiakan..neway..gudluck 4 evrything k awk??sy thu ajune kuat!ajune boleh..ni adela ape yg awk nk..awk kene kejar..=)

Unknown said...

org selalu perlekehkan student film mcm kita...tp sebenarnya kita lagi penat dari yg disangka...anyway,good luck k...you can do it...

CikAjune said...

fariz:tesis,,screening..haih.

syali:tau pon.adehai..

fyra:haha.nak demam dah ni darl.

sarjan: thanks babeh!

fazleena said...

lebih bz dr i? errmm