Saksikan filem pendek Pleasure arahan Faliq. Akan ditayangkan dalam masa terdekat dan akan diberitahu tarikh tayangannya.
Wednesday, October 29, 2008
Wednesday, October 15, 2008
Silent is better
Situasi 1 : Berada di dalam kereta. Di sebelahnya adalah lelaki A yang sedang memandu. Memegang telefon ditangannya dan sesekali memandang lelaki A yang berada di sebelah. Telefon perempuan A berbunyi. Mesej di skrin tertera nama “my baby”. Perempuan A melihat mesej dan membalasnya dengan senyuman. Penuh kegirangan. Sesekali perempuan A sempat memandang ke arah lelaki A dengan senyuman penuh manja. Lelaki A kembali senyum tetapi senyumannya penuh kepahitan. Kemudian telefon si gadis berbunyi lagi. Kali ini tertera pula nama “my bf”. Perempuan A menjawab mesej pada telefon bimbitnya dan selesai menjawab perempuan A memandang kosong ke hadapan. Tiada senyuman seperti tadi. Sekali lagi perempuan A memandang ke arah lelaki A dan lelaki A cuba berpura-pura senyum kepadanya. Perempuan A senyum sedikit kemudian berpaling ke hadapan. Perempuan A tersentak sejenak apabila ada tangan di bahunya disentuh. Perempuan A memandang ke belakang dan melihat perempuan B sedang memandang ke arahnya, mengangkat-angkat kening lalu mengangguk sambil tersenyum seolah-olah mengetahui keadaan yang dialami olehnya. Perempuan A melihat perempuan B dengan penuh sayu. Kelihatan muka perempuan B penuh layu dan matanya merah. Perempuan A hanya senyum sahaja pada perempuan B kemudian terus berpaling ke kanan dan memandang lelaki A yang juga tersenyum ke arahnya. Tiada suara yang berkata-kata, hanya lagu yang berkumandang.
Situasi 2 : Sedang memandu kereta dan disebelahnya adalah perempuan A. Memegang tangan perempuan A dengan penuh kegembiraan. Sesekali memandang ke belakang dan melihat perempuan B yang sedang jauh mengelamun. Lelaki A tersentak seketika apabila telefon bimbit perempuan A berbunyi. Tidak lagi memegang tangan dan hanya memandang ke hadapan. Sesekali memandang perempuan A yang sedang senyum membaca mesej seorang diri.
Situasi 3 : Perempuan B memandang kereta-kereta yang terus bergerak ke arah tuju masing-masing. Kereta yang dipandu oleh lelaki A menjadi perlahan apabila tiba di tol. Perempuan B memandang ke luar dan dilihat pemandu kereta di sebelahnya bersama isteri serta anak-anaknya di belakang. Si suami begitu mesra memeluk si isteri yang sedang riang ketawa dan anak-anak di belakang yang turut bergelak ketawa seolah-olah keluarga itu penuh dengan kebahagiaan. Perempuan B tidak lagi memandang tetapi cuba menutupkan mata dan mendengar alunan muzik yang berkumandang. Perempuan B merasakan kehangatan apabila lelaki B di sebelahnya meletakkan jaket di badan. Perempuan B menutupkan matanya rapat-rapat dan satu persatu airmatanya keluar. Makin lama makin deras. Seolah-olah perempuan B dapat merasai bahawa lelaki B mengetahui apa yang sedang dialaminya. Tidak sedikitpun muka perempuan B palingkan kepada lelaki B, yang ada hanyalah titisan airmata ditemani jaket yang sudah separuh basah. Perempuan A terus menggapai tisu dan menarik nafas dalam-dalam kemudian kembali tersenyum seperti biasa. Perempuan B memandang ke arah lelaki A yang sedang memandu. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin dibicarakan oleh lelaki A kepadanya. Perempuan B lalu memerhatikan perempuan A. Perempuan B melihat mesej yang tertera di skrin telefon bimbit perempuan A. Perempuan B senyap dan melihat muka perempuan A berubah. Perempuan B meletakkan tanganya di bahu perempuan A, mengangkat kening dan
Situasi 4 : Lelaki B menyanyi perlahan-lahan apabila muzik berkumandang. Sesekali memandang perempuan A yang sedang mesej dan memandang lelaki A yang sedang memandu kereta. Lelaki B lalu memandang perempuan B. Raut muka lelaki B berubah. Seolah-olah ada perkara yang tidak kena pada perempuan B. Lelaki B melihat perempuan B menutup mata lalu dibuka jaket pada badannya dan diselimuti pada badan perempuan B. Sesekali lelaki B mengintip dan melihat hidung perempuan B merah menyala. Lelaki B hanya mendiamkan diri. Cuma melihat sahaja kelakuan perempuan B yang tadinya gembira apabila pulang ke rumah tetapi tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seorang gadis yang penuh dengan emosi. Lelaki B pelik. Lelaki B
Situasi 5: Perempuan A menarik nafas panjang-panjang dan membuka pintu kereta. Lelaki A memandang ke hadapan, mematikan enjin, dan menutup radio lalu membuka pintu kereta. Perempuan B mengesat airmata, memakai lipstick, cuba untuk senyum kembali kemudian membuka pintu kereta. Lelaki B memakai jaket kembali dan segera membuka pintu kereta. Perempuan A, lelaki A, perempuan B dan lelaki B berpandangan antara satu sama lain. Mereka senyum gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku dan berlalu pergi meninggalkan kereta. THE END.
- Kadang-kadang, kita selalu berkongsi masalah dengan orang-orang yang rapat dengan kita tapi kadang-kadang dalam sesetengah situasi kita tidak mampu untuk berkongsi bersama.
- Kadang-kadang tanpa kita sedar orang yang tidak rapat dengan kita dan tidak pernah kita kongsikan cerita bersama lebih memahami apa yang kita alami. Tetapi, bila kita sudah duduk bersama namun kita masih tidak boleh bercerita apa-apa sedangkan secara realitinya kita sudah tidak menyimpan apa-apa rahsia lagi.
- Kadang-kadang bila kita mempunyai masalah kita tidak tahu macamana untuk mulakan bicara.
- Kadang-kadang bila kita mengalami situasi sebegini dan tidak tahu apa-apa tapi terpaksa terlibat dengan keadaan sekeliling, kita akan turut mendiamkan diri kerana kita tidak tahu untuk berkata apa-apa.
- Kadang-kadang tanpa kita sedar bukan kita sahaja mengalami masalah tetapi orang disekeliling kita juga turut mempunyai masalah. Cuma kita selalu menutupi masalah itu dengan senyuman.
- Kadang-kadang mendiamkan diri itu adalah lebih baik daripada berkata-kata...
Thursday, October 9, 2008
LOSER??
Friday, October 3, 2008
Fake Smile
Thursday, October 2, 2008
Short Movie :Pleasure
Director: Faliq
Assist Director: Azri
Produser: Julie
PM : Lala & Asha
DOP: Boy
Cameraman : Epul
Assist cameraman: Mael
Set Designer & Focus Puller : Byxura
Art Department : Marina
Props: Faizal
Wardrobe: Kama
Make Up: Kak Pah
Sound Designer: Joe
Making Of : Fariza
Crew : Mamu, Faris, Ijat, Ijok & Afiq
Concept : Surelism
Main Talent :Fazleens
my fav scene..hehe Pelakon-pelakon
all team crew
Thanks pada semua yang terlibat.Proud of technical crew especially Epul,Boy dan Mael sebab diorang puasa tak macam Director dengan Assist. Director tu.hehe.Paling penting semangat dan kesabaran yang diorang ada. Tak kurang juga dengan Art Depart, Marina dan Faizal yang boleh beri apa yang pengarah nak. Walaupun ada problem time pre production, tapi kami dapat jugak selesaikan shooting ni. Time mood dah nak raya, walaupun korang kena cat dinding nak dirikan set dengan muka korang yang sedih (lagi-lagi abang audio tu pasang lagu raya) tapi korang tetap maintain cool. Hehe. Kepada pelakon-pelakon, terima kasih sebab dah buat yang terbaik dan korang semua memang sporting.
Pengarah kata kat aku, dia nak buat short movie ni surelis.Walaupun mula-mula dia kurang meyakinkan aku dengan visual-visual dia yang agak advance2(sorry pengarah) tapi time shooting aku mula nampak sikit-sikit apa yang cuba dia visualkan. Aku tak mahu puji dia lebih-lebih cuma short movie ni memang agak berlainan konsep dan jalan cerita. Ianya bukan sekadar surelism tetapi ada unsur-unsur lain yang pengarah cuba untuk sampaikan.
5 sebab kenapa korang kena tengok short movie ni:
1-Sebab short ni surelis.
2-Sebab main talent dia kakak aku.Akak aku famous kot.Hehe.
3-Sebelum short ni kene banned, better korang tengok dulu.(tapi kami tak takut pada apa2)
4-Sebab pengarahnya Faliq. Faliq kot mengarah!! Dah lama sangat dia nak jadi pengarah!! hehe.
5-Nak tahu jugak apa pendapat korang tentang short ni.
p/s : Harap-harap En Erman bagi markah lebih kat kitorang. Senior-senior kata dia garang sangat bila time shooting.Tapi kenapa masa shooting hari tu, tak marah langsung pun??En erman dah berubah ke?? Atau mungkin terkedu dengan main talent?? Hehehe.