Situasi 1 : Berada di dalam kereta. Di sebelahnya adalah lelaki A yang sedang memandu. Memegang telefon ditangannya dan sesekali memandang lelaki A yang berada di sebelah. Telefon perempuan A berbunyi. Mesej di skrin tertera nama “my baby”. Perempuan A melihat mesej dan membalasnya dengan senyuman. Penuh kegirangan. Sesekali perempuan A sempat memandang ke arah lelaki A dengan senyuman penuh manja. Lelaki A kembali senyum tetapi senyumannya penuh kepahitan. Kemudian telefon si gadis berbunyi lagi. Kali ini tertera pula nama “my bf”. Perempuan A menjawab mesej pada telefon bimbitnya dan selesai menjawab perempuan A memandang kosong ke hadapan. Tiada senyuman seperti tadi. Sekali lagi perempuan A memandang ke arah lelaki A dan lelaki A cuba berpura-pura senyum kepadanya. Perempuan A senyum sedikit kemudian berpaling ke hadapan. Perempuan A tersentak sejenak apabila ada tangan di bahunya disentuh. Perempuan A memandang ke belakang dan melihat perempuan B sedang memandang ke arahnya, mengangkat-angkat kening lalu mengangguk sambil tersenyum seolah-olah mengetahui keadaan yang dialami olehnya. Perempuan A melihat perempuan B dengan penuh sayu. Kelihatan muka perempuan B penuh layu dan matanya merah. Perempuan A hanya senyum sahaja pada perempuan B kemudian terus berpaling ke kanan dan memandang lelaki A yang juga tersenyum ke arahnya. Tiada suara yang berkata-kata, hanya lagu yang berkumandang.
Situasi 2 : Sedang memandu kereta dan disebelahnya adalah perempuan A. Memegang tangan perempuan A dengan penuh kegembiraan. Sesekali memandang ke belakang dan melihat perempuan B yang sedang jauh mengelamun. Lelaki A tersentak seketika apabila telefon bimbit perempuan A berbunyi. Tidak lagi memegang tangan dan hanya memandang ke hadapan. Sesekali memandang perempuan A yang sedang senyum membaca mesej seorang diri.
Situasi 3 : Perempuan B memandang kereta-kereta yang terus bergerak ke arah tuju masing-masing. Kereta yang dipandu oleh lelaki A menjadi perlahan apabila tiba di tol. Perempuan B memandang ke luar dan dilihat pemandu kereta di sebelahnya bersama isteri serta anak-anaknya di belakang. Si suami begitu mesra memeluk si isteri yang sedang riang ketawa dan anak-anak di belakang yang turut bergelak ketawa seolah-olah keluarga itu penuh dengan kebahagiaan. Perempuan B tidak lagi memandang tetapi cuba menutupkan mata dan mendengar alunan muzik yang berkumandang. Perempuan B merasakan kehangatan apabila lelaki B di sebelahnya meletakkan jaket di badan. Perempuan B menutupkan matanya rapat-rapat dan satu persatu airmatanya keluar. Makin lama makin deras. Seolah-olah perempuan B dapat merasai bahawa lelaki B mengetahui apa yang sedang dialaminya. Tidak sedikitpun muka perempuan B palingkan kepada lelaki B, yang ada hanyalah titisan airmata ditemani jaket yang sudah separuh basah. Perempuan A terus menggapai tisu dan menarik nafas dalam-dalam kemudian kembali tersenyum seperti biasa. Perempuan B memandang ke arah lelaki A yang sedang memandu. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin dibicarakan oleh lelaki A kepadanya. Perempuan B lalu memerhatikan perempuan A. Perempuan B melihat mesej yang tertera di skrin telefon bimbit perempuan A. Perempuan B senyap dan melihat muka perempuan A berubah. Perempuan B meletakkan tanganya di bahu perempuan A, mengangkat kening dan
Situasi 4 : Lelaki B menyanyi perlahan-lahan apabila muzik berkumandang. Sesekali memandang perempuan A yang sedang mesej dan memandang lelaki A yang sedang memandu kereta. Lelaki B lalu memandang perempuan B. Raut muka lelaki B berubah. Seolah-olah ada perkara yang tidak kena pada perempuan B. Lelaki B melihat perempuan B menutup mata lalu dibuka jaket pada badannya dan diselimuti pada badan perempuan B. Sesekali lelaki B mengintip dan melihat hidung perempuan B merah menyala. Lelaki B hanya mendiamkan diri. Cuma melihat sahaja kelakuan perempuan B yang tadinya gembira apabila pulang ke rumah tetapi tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seorang gadis yang penuh dengan emosi. Lelaki B pelik. Lelaki B
Situasi 5: Perempuan A menarik nafas panjang-panjang dan membuka pintu kereta. Lelaki A memandang ke hadapan, mematikan enjin, dan menutup radio lalu membuka pintu kereta. Perempuan B mengesat airmata, memakai lipstick, cuba untuk senyum kembali kemudian membuka pintu kereta. Lelaki B memakai jaket kembali dan segera membuka pintu kereta. Perempuan A, lelaki A, perempuan B dan lelaki B berpandangan antara satu sama lain. Mereka senyum gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku dan berlalu pergi meninggalkan kereta. THE END.
- Kadang-kadang, kita selalu berkongsi masalah dengan orang-orang yang rapat dengan kita tapi kadang-kadang dalam sesetengah situasi kita tidak mampu untuk berkongsi bersama.
- Kadang-kadang tanpa kita sedar orang yang tidak rapat dengan kita dan tidak pernah kita kongsikan cerita bersama lebih memahami apa yang kita alami. Tetapi, bila kita sudah duduk bersama namun kita masih tidak boleh bercerita apa-apa sedangkan secara realitinya kita sudah tidak menyimpan apa-apa rahsia lagi.
- Kadang-kadang bila kita mempunyai masalah kita tidak tahu macamana untuk mulakan bicara.
- Kadang-kadang bila kita mengalami situasi sebegini dan tidak tahu apa-apa tapi terpaksa terlibat dengan keadaan sekeliling, kita akan turut mendiamkan diri kerana kita tidak tahu untuk berkata apa-apa.
- Kadang-kadang tanpa kita sedar bukan kita sahaja mengalami masalah tetapi orang disekeliling kita juga turut mempunyai masalah. Cuma kita selalu menutupi masalah itu dengan senyuman.
- Kadang-kadang mendiamkan diri itu adalah lebih baik daripada berkata-kata...
31 comments:
i like this entri
razaisyam: thanks.=) situasi ni selalu jadi dalam diri saya.
nice ajun...
macam tgk short film masa bace entri ni...
kadang-kadang menjadi pendengar setia juga adalah bisa jadi manusia paling plastik
nice entry
semua orang ada perihal masing2.
samada kita sebagai individu mampu mengatasi setiap satu masalah2 yang datang.
yang penting , kamu masih lagi kuat mental dan semangat. setengah dari kita, tak mampu toleh bayang2 sendiri kerana takut, dan gementar, rasa marah dan bengang serta sedih apabila hanya mampu melihat bayang2 itu menangis kerana mengenang apa yang telah berlaku ke atas dirinya sendiri.
dan mereka yang terlihat bayang-bayang mereka ini sendiri, merasakan diri seperti tidak berguna kerana tidak mampu untuk menolong, apa lagi melindungi bayang-bayang itu.
tapi, sampai bila mereka ingin berada dalam sukar, kecewa, resah, sedih dan merana??
pandang ke belakang, pimpin bayang-bayangmu, ingati tiap langkah mu ketika mendekati bayang-bayangmu kerana itulah pengalaman yang akan kamu guna ketika kamu menghadapi dugaan dunia di masa depan.
bangkit cikajun, tiba masa kamu kembali ceria.
tempuhi segala duka ini bersama mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai teman kamu, teman setia kamu, teman sepagi semalam kamu, teman yang tiada karenah tika kamu dilanda duka.
kongsi masalah kamu bersama mereka ini seperti mana kamu lakukan ketika bersama adik beradik kamu.
dan walaupun senyum kamu penuh dengan mimik2 benci, sedih dan kecewa, teruskan hidupmu.
pimpin bayang-bayang kamu dan jalani kehidupan lama kamu.
situasi ke-2 sgt kena dgn saya.. tapi lastly i've made my own decision.. i must start a new life!
You can't be yourself if you don't know, understand, and accept yourself first. Try to take time to yourself be happy just follow your shadow and contemplate on your life and choices. Try to think about what kind of things you would or wouldn't like to do..silent is not good for yourself talk with your friends or etc life is not end for you yet dear..wake up nw miss ajun
words express & silence hide...
silent is better but
if its to often sometime it become disaster...
ajun yg saya kenal...
1)seorang yang kuat semangat
2)seorang yang periang dan ceria
3)seorang yg tidak mudah berputus asa
4)seorang yg humble and down to earth..
5)yang paling saya suka adalah senyuman ikhlasnya...sebijik mcm baizura kahar..hikhiks..
cheer up darling..and good luck for your final exam k ;)
dot: mekasih ya. =)
pjoe: hehe.tp saye suke dengar masalah orang.maybe bile saye dengar, diorang boleh release sumthing. =) thanks pjoe.
anonymous: thanks.saya sudah bangun lama.=)
ratno: yep! u've to start ur new life!i knoe u can! =)
anonymous: sumtimes silent make me feel better. =) kawan2 selalu ada.
azrai : =) tepat sekali makna ayat kamu.
wizard : i knoe bro.hehe.saye cube untuk tidak buat2 'senyum palsu' lagi.
dayanie: haha.baizura kahar yang tiru ajun kot. opsss..thanx laling.gud luck too! miss u loads!
i like this post..
saye bace dan saye bayangkan..
penuh makna tersirat..
ain: hehe. too much subtext! =)
situasi menarik.
dari semua sudut pandang.
ermm, i'll take num 5.
silent is better.
much better!
ungu: tp kadang2 kamu kene share dengan orang yang kamu rasa nak share jugak. takut nnt depresi. =)
aku nak berkenalan dgn lelaki B. coolnya dia..pinjam jaket boleh.. :)
saye pon suke lelaki B..hehe!
fazleena & ain: serius?lelaki B orang tua, tp baik hati.hehe.
saya pun dah tua w/pun kelihatan soooo muda..hehe
june,
i oso like dis entri...
cian perempuan 2 ye..eh ye ke????
dari aritu aku cuba untuk habiskan baca, dan sampai sekarang tak habis2 aku baca. last sekali aku malas baca. sebab mata aku dah berpinar-pinar tgk huruf2 kecil tu. susah nak jpe perenggan.
wqkaqkakaka
vitamin : hehe.aku tak tau camne nak besarkan. tak terel sangat nak cantek2 kan blog nie. =p
cikajun:lelaki B da tua ea??
hmm..tak nak lah coz saye baru 19 tahun..huhu..
tak seswai tau..tapi kalau dier kaya maybe saye pertimbangkan..hehe!
masyaAllah,mata duitan rupenye saya nih..!
aku tolak sepenuhnya berada dalam keadaan kadang-kadang kerna aku tak mahu gugup di hadapan manusia yang lahirnya sama tujuan denganku.
silence is not always the best solution.....sometimes
yeke anonymous??
silent is better la..
coz kalau lebih banyak bunyi..lebih byk gado..
lebih byk luah..lebih banyak sakit bler org tak faham..
it's happen to me..
adeh....pening gak awl2 bce..jap perempuan A, jap laki A...ingtkan ade ending...neverending upenye...
anyway, wpun xde ending tp still ade moral..
Anonymous : ada ending actually.
baca betul2 kalau kamu betul2 memahami tentu kamu akan faham.
entry yg sangat menarik.. hurmm.. "perempuan A.. ruginye kamu.. lelaki A.. ruginye kamu.. perempuan B.. untungnya kamu.. miskinnye hatimu.. lelaki B.. coolnye kamu.. seksanya hatimu.."
cikajun..
1st time masuk blog u..
ur writing really nice..
i'm serious.. keep up ur good work..
hurm.. kehidupan selalunye macam tu.. but not all.. but.. dr entry yg itu.. lelai A dan perempuan B PADA SAYA.. miskin sangat2.. hati dan pemikiran.. silence is better.. thats what u said..
but from that situasion.. silence killing all of u.. in different way.. thats what i see..
cume pendapat saya sahaja.. salah dan silap.. terkasar dan terasa.. minta dihalalkan..
wassalam..
Anonymous: thanks cuz read my blog.
yep. silence killing all of us but in diff way y ppl always have to be silence and pretend everything just great sedangkan sebenarnya mereka sedang menghadapi saat-saat yang tak menggembirakan.
sebab ppl always trying to hide their emotion from other ppl know. ppl always pretend to be happy dan kalau boleh tak nak nampak enviironmemt tu sedih. thats y mereka prefer untuk tidak berkata-kata walaupun dalam hati mereka sangat sakit.
situation nie selalu jadi kat manusia. thats y i wrote thisn entry.=)
Post a Comment