Habis shooting baru-baru ni, aku sempat salam kawan-kawan Shah Alam yang memang rapat sangat dengan aku before aku balik rumah. Aku tak tahu kenapa ada satu perasaan yang sangat sedih dalam diri aku bila aku salam dan peluk diorang. Seolah-olah aku akan pergi jauh dan takkan jumpa diorang lagi. Lately, diorang selalu buat aku happy. Hanya diorang yang boleh buat aku ketawa dan boleh aku kongsi segala-galanya. Bila aku terpaksa berpisah dengan diorang untuk beberapa hari sahaja, aku mula ada perasaan sedih seolah-olah aku mendapat rasa yang aku semakin memerlukan diorang dalam hidup sehari-hari aku berbanding dengan keluargaku sendiri. Bukan sebab aku tidak sayang akan keluargaku, tetapi dengan mereka aku seolah-olah merasai satu perasaan persahabatan yang sangat kuat dan utuh.
Beberapa hari ni, mood aku selalu tak menentu. Aku sendiri tak tahu apa yang sering aku fikirkan. Kawan aku cakap aku mengalami depresi yang agak kritikal. Mungkin benar. Tapi aku jarang nak orang tahu masalah depresi yang aku alami. Aku masih gembira disamping adik beradikku yang selalu berada di sisi dan seringkali menangis, kadangkala bergelak sama denganku. Selalunya bila kita mengalami masalah, ikatan adik beradik akan semakin kuat sekiranya kita saling berkongsi dan bercerita bersama. Aku juga kadangkala jadi pelik dan marah pada orang-orang yang sukar untuk meluahkan masalah mereka kepada orang-orang yang mereka sayang. Adakah orang-orang ini takut pada bayang-bayang sendiri ataupun tidak berani untuk menghadapi kenyataan sebenar?
Aku seorang wanita yang suka pada manusia-manusia yang bersikap jujur. Kerana melalui kejujuran maka manusia itu akan berani untuk menyatakan kebenaran. Tidaklah menyembunyikan apa-apa perasaan dalam jangka masa yang lama kerana lambat launnya diri sendiri juga yang akan merasai sakit. Kalau kita tidak takut pada apa-apa dan alasan kita kukuh untuk menegakkan apa sahaja kebenarannya maka kita tidak perlu takut untuk berkata jujur. Aku dah mula rasa muak dengan manusia-manusia yang hanya memendam rasa dan memberi harapan kepada manusia-manusia lain yang masih terkial-kial menunggu untuk sebuah 'kejujuran'.
Aku tidak mahu jadi manusia yang depresi sebab aku lebih suka melihat muka aku yang selalu tersenyum daripada muncungku yang sedepa panjangnya. Walaupun senyuman itu hanyalah sekadar sebuah senyuman yang palsu. Aku mahu hidup aku penuh dengan kegembiraan dan aku tidak kisah lagi manusia-manusia yang tidak mampu berkata-kata hanya untuk sebuah kejujuran. Aku bersyukur kerana kawan-kawan selalu ada bila aku memerlukan dan adik- beradik yang tidak pernah bosan untuk melayan segala masalah-masalah aku.
p/s: Tadi aku keluar dengan 'budak-budak sewel'. Hehe. Thanks cuz u all buat i happy malam ni. At least, i pun dah sedikit sewel macam u all.(aku bukan lari dari masalah, aku hanya memerlukan sedikit hiburan)
13 comments:
budak2 sewel adalah amer,cip dan dz.rashid yg plg normal
haha.
u pon same je.
u la ketua sewel tu.
fake smile?
smue org de cerita nye sendiri
maka xslah utk kt lemparkan snyuman sebegitu
tp awk lebih manis ble senyum
nway nice ur blog
keep writing~
cikajun
salam selamat ari raya pada seisi keluarga.
biar kita 'fake' asal kita tahu mengapa kita 'fake'. Bila kita semakin dewasa baru kita faham ape yang termaksud dan tersirat diatas setiap perbuatan orang dan setiap perbuatan kita. Jadi kalau 'fake' itu perlu dimasa itu, kenaler 'fake'.
Love u and take care.
ekss...biasala semua ada koleksi topeng yg banyak...dunia
Anonymous: tq.
tapa otai:selamat hara raya too.pakngah,saya rindu bangat sama kamu.bile mau ketemu??
ilovebudu:topeng???hehe.suke ayat tu.
2 la,ajun ni hot stuff.semua org x thn tgk dia,hehe.mane de i same.u jgn pandang i dr luar jer.hati i ni sebenarnya baik.sje xnk tunjuk kt u all,haha
rashid poyo!!!
haha tibe2 je...
sape shah ni??
name glamour die sape ar?
tiada istilah 'fake smile'
ini kerana, ape yang terlakar di wajah adalah perasaan dalam hati.
reaksi itu masih jujur dan ikhlas.
sebab 2, bile perasaan x aman.
maka keluar la senyuman macam dalam pic cik ajun 2.
hai macam-macam la.
agak la rashid..pehal name aku ade wei?
saya seorang budak yg normal..jgn dengar citer rashidol ramli ok smua.thank you fer coming...luv ya'll.
pehal amer poyo pulak ni?
tetibe lagi
nak tau name glamor i?
haaaaaaa
Post a Comment