“Shit! Semua yang dia cakap betul lah!” Itu ayat pertama keluar dari mulut aku bila aku menonton filem ini. Introduction sahaja sudah membawa minat aku untuk menyaksikan babak seterusnya. Penggunaan dialog dan narrator bersesuaian dengan cerita. Ada beberapa perkara menarik yang aku suka dalam filem ini.
Perkahwinan
Situasi A
Si lelaki tidak mahu berkahwin dan tidak percaya pada institusi perkahwinan. Manakala si perempuan mahu berkahwin kerana tempoh 7 tahun adalah terlalu lama untuk hanya duduk serumah tetapi tidak menjalinkan sebarang hubungan sebagai suami dan isteri. Tetapi, apabila masing-masing merasakan berbeza pendapat dan kemudiannya tidak menjalinkan sebarang perhubungan, si perempuan melihat pula satu perkara yang negatif sekiranya dia bergelar isteri. Manakala si lelaki pula telah menemui perkara yang positif tentang perkahwinan apabila tidak bersama perempuan tersebut.
Situasi B
Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin,. Tetapi si lelaki mengahwini perempuan tersebut kerana perempuan itu memberi pilihan samada berkahwin dengannya ataupun putuskan sahaja hubungan. Dan lelaki tersebut mengambil keputusan untuk berkahwin kerana sayang. Akhirnya, lelaki tersebut mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan menyebabkan hubungannya bersama isteri pecah belah.
Bagi aku, aku tidak rasa pengarah ingin mengatakan bahawa tidak berkahwin adalah perkara yang bagus. Tetapi ianya lebih kepada, kita perlu memberi pasangan kita masa yang sesuai untuk menjalinkan hubungan rumah tangga. Dan bukan bermaksud sekiranya kita menjalinkan hubungan yang lama kita sudah perlu berkahwin. Tetapi apa yang lebih penting adalah memberi ruang dan masa.
Persoalan
If he’s not marry u? If he’s not like u? If he’s not sleeping with u? If he’s not calling u?
Persoalan-persoalan ini dijawab oleh orang dan kebanyakkannya jawapan-jawapan mereka adalah sangat bernas dan jadi pada kita. Contohnya, kalau dia mintak break dengan kau. Apa yang lelaki selalunya akan cakap? Lelaki akan cakap, “kau terlalu baik untuk aku.” “Kau boleh dapat lelaki yang lebih baik dari aku”. Kadang-kadang ayat-ayat ini sudah terlalu biasa dan cliché tetapi tetap menjadi favourite kita untuk sebut. Seolah-olah reason kita untuk break semudah itu sahaja. Dan senang-senang kita akan terima. Huh?
Pertembungan
Sometimes tanpa kita sedar orang yang sentiasa bersama kita boleh jadi orang yang ada kaitan juga dengan kawan-kawan kita atau orang-orang yang kita sayang. Dan kadang-kadang orang yang betul-betul kita sayang sebenarnya dekat sangat dengan kita, cumanya samada kita akan berjumpa agak lambat atau tunggu masa yang sesuai untuk berjumpa.
Aku rasa seronok menonton filem ini. Aku terbayang, time aku sekolah menengah dulu pun aku dah start mula suka kat orang. Kalau ada orang suka kat aku, aku akan layan dia habis-habis walaupun aku tak suka kat dia sangat pun. Aku boleh tahu hint-hint yang lelaki tu suka kat aku. Dan kadang-kadang bila kawan-kawan aku minta pendapat pasal lelaki yang diorang suka, aku selalu menipu untuk menjaga hati mereka supaya mereka tidak akan kecewa sangat. Haha. Semuanya ada dalam filem ni. Aku tak rasa rugi sekiranya korang pergi menonton.
Yang paling best, aku pergi dengan 4 orang lelaki dan aku seorang je perempuan. Bila keluar dari wayang, diorang terus cakap, “DAMN! Pengarah dia ni gay ke atau feminist?!” Bagi aku pula, filem ini sangat ‘balance’.
p/s: semalam aku berbicara dengan beberapa orang kawan aku. kawan aku tanya "kalau ada perempuan tanya kenapa kau suka kat dia, kau jawab apa?" Dia jawab, "takde sebab aku suka kat dia. Kalau 'ada sebab' kenapa aku suka kat dia, aku tak rasa aku suka/ sayang dia sebab aku betul-betul jujur nak kan dia. Just terima seada-adanya dia lah."
Aku terasa SWEET sungguh bila dia cakap macam tu. =)