Dia : Dah sembahyang?
Aku: Belum.
Dia: Kenapa tak sembahyang?
Aku: Kau paksa aku untuk sembahyang ke sekarang ni?
Dia: Bukan aku paksa. Tapi itukan benda wajib yang perlu kau buat.
Aku: Apa bezanya kalau kau sembahyang tapi kau mabuk sana sini dan peluk cium dengan pasangan kau?
Dia: Itu antara aku dengan Tuhan.
Aku: Dan sembahyang juga antara aku dengan Tuhan!
Dia: Kau memang degil!
Aku : Sekurang-kurangnya aku tak memaksa diri aku untuk buat. Tak boleh ke kau biarkan ia datang dari hati aku sendiri?
Dia: Jadi kau kata aku memaksa kau?
Aku: Ye! Kau memaksa dan kau seolah-olah inspektor polis yang 24 jam tanya pada aku samada aku sudah sembahyang ataupun tidak.
Dia: Sampai bila kau nak jadi macam ni?
Aku: Perlu ke aku bagitahu dekat semua orang bila aku perlu sembahyang? Dan perlu aku sembahyang semata-mata untuk memuaskan hati kau?
Dia: Aku mengingatkan kau sahaja!
Aku: Aku tahu bila aku mahu dan kau tak perlu ingatkan aku!
Dia : Berubah lah!
Aku : Terima kasih untuk advise itu. Kau berubah dan kau sembahyang untuk bulan puasa saja kan?
Dia: Kau tak perlu ambik tahu.
Aku gelak.Terasa dia bodoh.
PUASA HAMPIR TIBA. SELAMAT BERAMAL DAN SILA BERAMAL DENGAN IKHLAS.
p/s: saya tak ganti puasa lagi!
Tuesday, July 28, 2009
Saturday, July 25, 2009
AL-Fatihah
"it is not easy for me..
just getting to know her
jujurnya.. filem dia adalah hati dia
sy nak student2 sy jadi mcm tu"
Ini dari lecturer aku. Tiba-tiba aku rasa sebak.
Al Fatihah untuk Yasmin Ahmad.
Aku juga selalu berangan untuk menjadi seperti dia.

Friday, July 24, 2009
UITM di'kuarantin' seminggu akibat 21 pelajar positif H1N1
M.Amirul says, "Harap maaf...program Jumble Sale FACT'09 terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti...ini adalah kerana Cuti Pertengahan Semester telah dipercepatkan secara mengejut. Walaubagaimanapun tindakan proaktif pentabiran tertinggi UiTM diterima secara positif bagi membendung virus H1N1. Sila lawati laman web rasmi UiTM bagi maklumat lanjut berkaitan Pekeliling Naib Canselor.Terima kasih di atas sokong anda semua.".
Abah suruh aku balik rumah.Abah kata tak selamat duduk kat puncak. Tapi abah tak tahu, kerja sekolah aku terlalu banyak sampai tak ada masa nak tidur dengan tenang. Budak-budak semua happy bila fakulti umumkan cuti seminggu. Tapi aku tak seronok langsung. Kerja sekolah sangat berlambak!!
Tuesday, July 21, 2009
'Before you change your thinking, you have to change what goes into your mind'
Dulu aku selalu pakai kasut Converse, baju T-shirt dan lebih selesa pakai jeans.
Sekarang aku selalu pakai baju lengan panjang, kasut tumit tinggi dan lebih selesa pakai skirt.
Dulu aku tak suka kalau jumpa dan sms teman lelaki aku 24 jam. Aku terasa ‘kadangkala kita perlu ada ruang dan masa untuk diri kita sendiri’.
Sekarang, aku lebih selesa jumpa teman lelaki aku walaupun tidak 24 jam. Dan aku tak rasa aku tidak punya ruang dan masa untuk diri aku sendiri.
Dulu aku suka pakai make up se’simple’ yang boleh.
Sekarang aku mula cari blusher, eye liner dan lipstick.
Dulu aku lebih suka duduk di rumah lepas habis sahaja kelas.
Sekarang aku mula cari aktiviti-aktiviti yang boleh aku isi daripada duduk di rumah.
Dulu aku suka berbicara tentang fesyen, hal rumah tangga, wanita.
Sekarang aku lebih suka berbicara hal-hal yang lebih bagus daripada hal-hal fesyen, rumah tangga dan wanita.
Dulu aku tidak suka dengar masalah kawan-kawan yang aku anggap remeh temeh.
Sekarang aku lebih prihatin setiap kali mereka bercerita hal-hal yang remeh temeh.
Dulu aku pernah bergaduh dengan kawan-kawan yang taksub dengan cinta.
Sekarang aku lebih rasional dan menjadi pendengar yang setia setiap kali mereka meluahkan rasa.
Aku mula sedar, manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Kadang kala sekelip mata sudah boleh berubah. Cuma perubahan tersebut mampu mengubah seseorang menjadi lebih matang mahupun sebaliknya, itu terpulang pada individu.
P/s: Aku cuba menjadi lebih feminin, rasional, lebih terbuka dan matang dalam membuat sesuatu keputusan. Bukan atas faktor umur, tapi aku banyak belajar dan observe tentang hidup.

Thursday, July 16, 2009
Baizura Kahar??
i lagi comel kan? =)
Tapi yang pelik nya, dia tak mintak tandatangan. Dia tanya aku soalan.
“Akak, nak tanya. Ada tak orang pernah kata muka akak macam Baizura Kahar?”
Aku gelak. Terkejut. (Sebab soalan dia terlalu direct dan depan kawan-kawan aku.)
Aku jawab balik.
“Ada.” (Aku jawab itu je. Jawab lebih-lebih, nanti kata aku perasan pulak)
Budak tu pandang aku lama. Lepas tu datang kawan-kawan yang lain. Diorang nak minta tandatangan kami yang ala-ala senior la konon.
Cis! Memang memalukan.
Aku cerita dekat kawan aku yang lain. Kawan aku kata,
“Huh!? Baizura Kahak ada lah!”
Aku tahu dia cemburu!
Tadi aku duduk sembang-sembang dengan kawan. Ada budak perempuan datang dekat kami.
Aku ingat dia nak minta tandatangan. Sebab budak junior selalunya akan minta tanda tangan dekat senior. Konon la senior. Aku pun tak tahu sistem budak-budak semester 5 diploma ni dah bagi kat budak junior. Aku kata tak payah nak minta senior-senior lepas tu suruh diorang tandatangan. Itu semua zaman-zaman sekolah menengah boleh lah. Sekarang ni dah masuk universiti. Tak perlu aktiviti-aktiviti macam sekolah menengah lagi.
Tapi yang pelik nya, dia tak mintak tandatangan. Dia tanya aku soalan.
“Akak, nak tanya. Ada tak orang pernah kata muka akak macam Baizura Kahar?”
Aku gelak. Terkejut. (Sebab soalan dia terlalu direct dan depan kawan-kawan aku.)
Aku jawab balik.
“Ada.” (Aku jawab itu je. Jawab lebih-lebih, nanti kata aku perasan pulak)
Budak tu pandang aku lama. Lepas tu datang kawan-kawan yang lain. Diorang nak minta tandatangan kami yang ala-ala senior la konon.
Kawan aku tiba-tiba cakap,
“Tandatangan artis mahal lah! Semua beratur elok-elok ye.”
“Tandatangan artis mahal lah! Semua beratur elok-elok ye.”
Cis! Memang memalukan.
Aku cerita dekat kawan aku yang lain. Kawan aku kata,
“Huh!? Baizura Kahak ada lah!”
Aku tahu dia cemburu!
Tuesday, July 14, 2009
24 become 42??
Aku pelik.
Sekarang ni, kalau aku jalan sikit aku dah rasa penat.
Aku baru main roller coaster satu round aku dah pening yang amat.
Kalau aku rasa nak pergi shopping, aku dah tak sanggup nak pergi shopping mall yang besar-besar.
Ramai yang kata itu semua alasan aku. Alasan malas nak pergi kelas. Alasan malas nak bangun pagi.
Ke aku dah makin tua?
Atau aku dah makin malas nak berjalan?

Tuesday, July 7, 2009
Pesanan Terakhir SEBELUM Lesen 'P' di Tangan Saya
Abang yang ajar aku driving tu cakap,
“Nanti ajun masuk je kereta, ajun bagi salam tau. Panggil dia ‘tuan’
Aku tak sempat nak cakap ‘tuan’. Disebabkan aku nak masuk simpang, ter’reverse’ ke belakang, aku tercakap,
“Err..Sorry ‘Abang’.
(Tiba-tiba terasa berdebar dan malu. Tapi JPJ tu suka aku panggil dia ‘abang’. Aku rasa lagi elok panggil ‘abang’ dari ‘tuan’ kot?)

Before aku nak ambil ‘on the road’, abah sempat bagi semangat. Abah cakap,
“Jangan takut. Relaks je. Kalau gabra,lagi ajun nervous.Ikut je rules.”
Aku bukannya takut jpj sangat. Tapi aku rasa takut bila abah ada kat depan aku tiba-tiba! Bagus jugak abah datang bagi semangat nak lulus. Tapi masa aku driving kat simpang, abah kata kat aboy,
“Uncle rasa ajun gagal lah.”
Sekarang ni nampak sangat abah yang tak confident dengan anaknya sendiri. Hehe. Tapi masa abah datang, alis dengan aku memang gabra sungguh.
Alis dengan bangga nya cakap kat aku,
“Alah!Senang je on the road. Confirm aku lagi hebat dari kau!
Lepas aku dah lulus, alis cakap kat aku dia dapat 16/20. Dia tanya aku pulak dan aku jawab,
“Aku dapat 17/20. Walaupun beza satu, aku lagi hebat dari kau!” (dengan penuh riak)
Aku kata dekat aboy,
“Orang rasa orang gagal la”
Aboy marah aku. Dia suruh confident sikit. Lepas aku lulus, aboy kata,
“Perlu ke kereta orang tampal sticker P ye?”
Sunday, July 5, 2009
Kembali ke Puncak Perdana dengan rasa Hiba
Dekat rumah semalam, lepas aku habis kemas baju-baju aku semua untuk bawa ke Shah Alam, aku turun bawah nak minum air. Boboi ada kat bawah. Boboi tanya aku
"Kau dah nak balik Shah Alam ke?"
"Besok aku balik tengok jadual jap."
"Erm...Boring la aku sorang-sorang nanti.."
Aku tak jawab apa yang Boboi cakap. Aku terus naik atas. Mungkin ada perasaan sedikit berat untuk tinggalkan rumah. Lebih-lebih lagi mak. Aku tahu, mak mesti sedih sebab aku tak dapat teman dia tengok drama 3 Janda, Kecuali Cintamu, Cinta Gila.Aku tak boleh tolong dia kupas telur lagi. Lagi tak best, aku tak boleh tidur dengan dia.
Kalau aku balik Shah Alam, aku akan peluk mak dan aku akan cakap, "Minggu depan ajun balik ye mak". Dan selalunya aku akan balik melainkan aku betul-betul sibuk. Semester lepas aku jarang sangat balik sebab shooting terlalu banyak. Semester ini, aku kurang pasti. Tapi aku tahu, anak-anak lelaki selalunya boleh diharap juga. Nasib baik mak still ada peneman kat rumah.Tak berani aku biar mak tinggal sorang-sorang.
Aku pun dah tak dapat nak teman selalu abang-abang aku. Kalau ada gigs dekat mana-mana, aku susah nak pergi kalau aku dah mula sibuk. Tapi kalau bulan puasa, gigs apanya kan? Duduk kat rumah je lah. Macam mana pun, bulan puasa aku akan balik untuk buka puasa sama-sama dengan mereka.Kalau Angah ada, lagi best kan?
Sebenarnya, keadaan sekarang ini mungkin diorang tak berapa sedih. Tapi aku yang sedih!

Subscribe to:
Posts (Atom)