Tuesday, July 7, 2009

Pesanan Terakhir SEBELUM Lesen 'P' di Tangan Saya

Abang yang ajar aku driving tu cakap,
“Nanti ajun masuk je kereta, ajun bagi salam tau. Panggil dia ‘tuan’
Aku tak sempat nak cakap ‘tuan’. Disebabkan aku nak masuk simpang, ter’reverse’ ke belakang, aku tercakap,
“Err..Sorry ‘Abang’.
(Tiba-tiba terasa berdebar dan malu. Tapi JPJ tu suka aku panggil dia ‘abang’. Aku rasa lagi elok panggil ‘abang’ dari ‘tuan’ kot?)

Before aku nak ambil ‘on the road’, abah sempat bagi semangat. Abah cakap,
“Jangan takut. Relaks je. Kalau gabra,lagi ajun nervous.Ikut je rules.”
Aku bukannya takut jpj sangat. Tapi aku rasa takut bila abah ada kat depan aku tiba-tiba! Bagus jugak abah datang bagi semangat nak lulus. Tapi masa aku driving kat simpang, abah kata kat aboy,
“Uncle rasa ajun gagal lah.”
Sekarang ni nampak sangat abah yang tak confident dengan anaknya sendiri. Hehe. Tapi masa abah datang, alis dengan aku memang gabra sungguh.

Alis dengan bangga nya cakap kat aku,
“Alah!Senang je on the road. Confirm aku lagi hebat dari kau!
Lepas aku dah lulus, alis cakap kat aku dia dapat 16/20. Dia tanya aku pulak dan aku jawab,
“Aku dapat 17/20. Walaupun beza satu, aku lagi hebat dari kau!” (dengan penuh riak)

Aku kata dekat aboy,
“Orang rasa orang gagal la”
Aboy marah aku. Dia suruh confident sikit. Lepas aku lulus, aboy kata,
“Perlu ke kereta orang tampal sticker P ye?”

3 comments:

Cik-MeGa said...

lps ni aboy jd passenger jek.
ajun da bole drive...
=)

~herfizul akma nasaruddin~ said...

alis pun lulus gak eh?
abis la kete aku pasni.
jadik teksi la.
haha

daddy cool said...

thaniah kerana lulus lesen P...lepas ni abah kena pi check kereta...repair apa yang patut...terutama brek kasi melekat sikit...

lesen P setahun untuk practise bagi cekap...jangan terlalu confident bila bawa kereta dalam tempoh ini...

berhati2 di jalan raya....