Tuesday, July 21, 2009

'Before you change your thinking, you have to change what goes into your mind'

Dulu aku selalu pakai kasut Converse, baju T-shirt dan lebih selesa pakai jeans.
Sekarang aku selalu pakai baju lengan panjang, kasut tumit tinggi dan lebih selesa pakai skirt.

Dulu aku tak suka kalau jumpa dan sms teman lelaki aku 24 jam. Aku terasa ‘kadangkala kita perlu ada ruang dan masa untuk diri kita sendiri’.
Sekarang, aku lebih selesa jumpa teman lelaki aku walaupun tidak 24 jam. Dan aku tak rasa aku tidak punya ruang dan masa untuk diri aku sendiri.

Dulu aku suka pakai make up se’simple’ yang boleh.
Sekarang aku mula cari blusher, eye liner dan lipstick.

Dulu aku lebih suka duduk di rumah lepas habis sahaja kelas.
Sekarang aku mula cari aktiviti-aktiviti yang boleh aku isi daripada duduk di rumah.

Dulu aku suka berbicara tentang fesyen, hal rumah tangga, wanita.
Sekarang aku lebih suka berbicara hal-hal yang lebih bagus daripada hal-hal fesyen, rumah tangga dan wanita.

Dulu aku tidak suka dengar masalah kawan-kawan yang aku anggap remeh temeh.
Sekarang aku lebih prihatin setiap kali mereka bercerita hal-hal yang remeh temeh.

Dulu aku pernah bergaduh dengan kawan-kawan yang taksub dengan cinta.
Sekarang aku lebih rasional dan menjadi pendengar yang setia setiap kali mereka meluahkan rasa.

Aku mula sedar, manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Kadang kala sekelip mata sudah boleh berubah. Cuma perubahan tersebut mampu mengubah seseorang menjadi lebih matang mahupun sebaliknya, itu terpulang pada individu.

P/s: Aku cuba menjadi lebih feminin, rasional, lebih terbuka dan matang dalam membuat sesuatu keputusan. Bukan atas faktor umur, tapi aku banyak belajar dan observe tentang hidup.

5 comments:

fyra said...

kte sme...kalau nk lakukan sesuatu..lakukn ikut hati kite..=)
dan mesti dengan ikhlas..=)

encik mus said...

good...positif..

Cik-MeGa said...

fesyen, rumah tangga dan wanita jugak hal feminin...
*_*

Unknown said...

semuanya berubah mengikut masa dan keadaan...tp tahniah kerana anda memilih jalan terbaik utk brubah...

Anonymous said...

good job BOY, good job my man....

-epolizm-