7 Julai 2008. Tarikh pendaftaran semula aku kembali ke alam pembelajaran dan alam penuh dengan tekanan-tekanan yang bakal mendatang. Kali ini berbeza sekali dengan semester sebelumnya. Semua perbelanjaan harus ditanggung seorang diri olehku. Walaupun sedikit berat, tetapi aku harus berkerja keras. Aku memahami abah sekarang agak sukar memberi wang kepadaku kerana masalah-masalah kewangan yang semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi dengan keadaan minyak yang sudah naik. Kadangkala aku yang dilepaskan marahnya akibat dari harga minyak yang makin meningkat. Disebabkan harga minyak yang naik, sikap berkira dan mementingkan diri sendiri mulai dirasai oleh semua masyarakat. Maka, makin kuranglah sikap kemanusiaan dan moral yang wujud dalam setiap individu.
Aku selalu mengatakan bahawa aku tidak akan berkerja sambil belajar kerana ianya akan menyusahkan dan menjejaskan pelajaran ku kelak. Tetapi, setelah berfikir panjang, aku ingin mencari pekerjaan yang mampu memberi aku sedikit pulangan yang lumayan dan tidak 100 peratus menganggu pembelajaranku. Aku amat berharap begitu. Bila masuk semester, terlalu banyak azam yang kawan-kawan aku telah memaklumkan padaku. Salah satunya, tidak mahu menjadi malas dan akan bangun awal ke kelas setiap hari. Aku sangat respek dengan sikap mereka dan aku berharap supaya jangan azam itu hanya akan menjadi sebagai angan-angan kosong yang bermain-main di mulut sahaja. Aku sendiri tidak menyimpan apa-apa azam pada semester ini cumanya aku berharap agar hari-hariku yang mendatang akan lebih ceria dan aku mampu menangangi sebarang masalah dengan matang.
Semester baru juga telah menemukan aku kembali dengan kawan-kawan yang sayang padaku mahupun kawan-kawan yang tidak mahu aku ambil peduli. Berbagai-bagai cerita yang telah aku dengar dan ada diantaranya yang sudah betul-betul berubah, tidak kurang juga yang masih lagi sama tidak ada perubahan langsung daripada dahulunya sehingga sekarang. Aku hanya tersenyum kadangkala tertawa perli mendengar cerita kawan-kawan ku. Alam pembelajaran memang menyeronokkan walaupun kadangkala kita susah bangun pagi untuk ke kelas, selalu hantar lewat tugasan pada pensyarah, suka berjoli apabila menerima duit ptptn dan paling tidak dapat dilupakan apabila kita mampu berkawan dengan banyak orang. Untuk itu, aku ingin mengucapkan GudLuck untuk semua yang memasuki alam pembelajaran kembali dan masih mampu menjadi orang-orang yang berguna.

3 comments:
weh, selamat belajar semula...
dah dpt ptptn tu, jgn kuat berjoli, simpan...
hujung minggu, ko leh wat parttime, banyak je keje parttime ni,hehe, selamat berkerja juga ya....
kerja..kerja..kerjaa..lalalala
*versi meet uncle aku
kuatkan semangat ek~
"kalau kita betul2 nak ,mesti ada cara.."
Post a Comment