
Secara keseluruhannya, aku dapat mengatakan bahawa filem ini sangat comel untuk ditonton. Dilakonkan oleh Frankie dan Miss Lina, aku berharap agak filem pendek ini akan mendapat sambutan dan boleh dikritik oleh semua. Aku tidak mahu bercerita panjang sehingga filem pendek ini sudah dipromosikan secara besar-besaran. Jutaan terima kasih kepada semua produksi kerana mampu memberi kerjasama dan memberi peluang kepadaku untuk mendapat pengalaman yang lebih mendalam tentang kerja-kerja perfileman. Sepanjang pengambaran, aku sangat terhibur walaupun sedikit penat dan panas. Orang-orang di Kuala Selangor sangat ramah dan baik-baik sahaja. Begitu juga kepada pelakon utama iaitu Frankie, sedikit sebanyak telah menghiburkan hatiku dengan gelagat dan dirinya sendiri yang kelihatan comel.


Secara jujurnya, aku tidak akan berkerja dengan orang-orang yang membuat filem yang bukan-bukan dan jalan cerita yang tak masuk dek akal. Aku baru sahaja selesai melihat hasil yang telah dilakukan oleh pengarah dan aku merasakan tidak sia-sia selama ini beliau berkerja keras walaupun terpaksa berkerja terlalu keras semata-mata keghairahan dalam menghasilkan filem pendek arahannya sendiri. Untuk pengarah dan ahli produksi kopitiam kurang manis, aku ingin mengucapkan Syabas dan Semoga Berjaya kepada kamu semua. Untuk maklumat lanjut, sila layari : http://www.kopitiamkurangmanis.blog.com/


No comments:
Post a Comment