Friday, July 25, 2008

Opera Jawa

Aku telah pun menonton Opera Jawa setelah diberitahu berkali-kali oleh En Norman untuk datang menonton. Aku tidak dapat menontonnya pada hari pertama kerana aku telah menonton teater di Matic iaitu Wajah Lumpur. Sayang sekali, sampai sahaja di Matic aku tidak berpeluang untuk masuk ke dalam kerana terlalu ramai orang yang menonton. Aku pun kurang pasti kenapa begitu ramai orang pada hari tersebut dan ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar semester satu dari UITM yang banyak memenuhi tempat-tempat duduk pada hari tersebut sehinggakan banyak orang-orang luar yang bukan dari UITM tidak dapat melihat. Hanya duduk di luar dan peratus untuk melihat sangat sedikit kerana audio yang kurang jelas. Aku sedikit kecewa tetapi tetap ingin mengucapkan tahniah kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini.

Untuk tidak mengecewakan En Norman, aku telah menghadirkan diri ke Opera Jawa pada hari yang telah dijanjikan. Aku juga agak berkobar-kobar untuk menyaksikan filem ini. Aku agak kelewatan sedikit dan sesampai sahaja di studio, sudahpun ramai orang yang sama-sama menonton. Adanya orang-orang yang tidak aku kenali. Dan kebanyakkan yang hadir adalah pelajar-pelajar yang perlu membuat tugasan mengenai filem Opera Jawa. Aku dengan selamba nya telah duduk di hadapan bersama Shasha kerana kepala-kepala yang terlalu tinggi sehingga tulisan di skrin tidak dapat aku lihat. Ceritanya hanya dalam bentuk nyanyian dan apabila dinyanyikan memang sukar untuk difahami. Tetapi, sarikata bahasa membuatkan aku memahami setiap kata-kata yang dilafazkan. Aku duduk sahaja sehingga selesai tayangan. Aku lihat, pelajar-pelajar semakin lama semakin bising. Mungkin tidak memahami dan merasakan cerita ini satu cerita yang membosankan dan tidak tahu apa yang cuba disampaikan. Ada sahaja bahasa pelik atau babak-babak yang dirasakan kelakar, akan mereka gelak beramai-ramai. Walaupun pada aku, babak-babak itu kadangkala tidak kelakar pun. Dan ada juga yang mula membuat bising kerana makin tidak memahami apa yang cuba ditonjolkan oleh Garin selaku pengarah.

Baru-baru ini aku berborak dengan En Syahrul. Dia mengajak aku membaca blog nya. Katanya dia ada bercerita tentang Opera Jawa. Dia kata pada aku, dia tidak tahu macam mana nak review sebuah filem itu dan dia tidak berapa suka untuk bercerita tentang pengarah, cinematography, shot, angle dan apa sahaja yang berkaitan dengan terma-terma dalam filem. Tetapi, apabila melihat Opera Jawa, dia seolah-olah terpegun dan amat merasakan dirinya kecil sahaja. Pensyarah seperti En Syahrul yang hebat berkata begitu, membuatkan aku terus sahaja ingin bercerita tentang Opera Jawa. En Syahrul menanyakan pada aku, "Apa pendapat awak pasal filem ni Jun??" Aku pandang dia, dan aku tak tahu macamana mahu mengatakan. Aku bukanlah seorang yang hebat untuk bercerita tentang filem tetapi aku pasti di dalam filem ini, mise-en-scene yang ditonjolkan oleh pengarah jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang faham tentang filem akan tahu tentang apa yang cuba disampaikan olehnya.

Dari sudut artistiknya yang sungguh rapi membuatkan aku terfikir sendiri betapa bagusnya filem ini dan aku tidak jemu menonton dari mula hingga penghabisan. Mungkin setiap simbol-simbol yang ditonjolkan mempunyai makna-makna yang tersirat dan sekiranya aku ingin lebih memahami, aku harus menanyakan beberapa orang yang sering berkongsi pendapat mereka tentang filem. Seperti yang aku cakap, aku tidak hebat bercerita tentang filem-filem berbentuk begini. Tetapi aku lebih suka mendengar pendapat orang lain yang mahu berkongsi bersama denganku. Aku cakap pada En Syahrul, aku tahu kenapa dia merasakan filem ini terlalu dekat dengan hatinya berbanding dengan filem-filem lain. Aku kata, mungkin filem ni ada kaitan juga dengan apa yang En Syahrul minat sekarang. Bermaksud, dekat dengan diri dia. Dia pandang aku dan dia kata, Mungkin. Aku harap tekaan aku itu benar-benar belaka. Hehehe.

Untuk menjadi pelajar yang kritikal, selain daripada bahan pembacaan, filem-filem yang berbentuk begini juga harus ditonton selalu. Itu kata-kata yang sering En Norman katakan padaku.


p/s :Rugi angah tak dapat tengok.hehe.

11 comments:

amer zaman said...

masa first time tayang best...

tak ramai sangat...

marinamirana said...

aku tgk both screening, dua-dua buat aku terkesima..tapi aku stuju ngan ko ajun, budak2 yg dtg tgk filem ni kekadang ta kelakar pun dowang bleh gelak...kekadang aku naik menyampah ngan dowang ni lagi2 kalau buat bising huhuhu

CikAjune said...

marinamirana : hehe.tu la pasal. kite maafkan je la dorang marina.dorang tak mengerti dan tak pernah cuba mengerti kadang2 apa yang kite mengerti. =)

amerzaman : yep2.1st day semua orang g tengok wajah lumpur.

Anonymous said...

takpe..encik norman mahu tukar dgn movie 3 hari dua malam gue...pasni kalau i ada dating2 ngan norman..uols jangan jelesss..hehehe

CikAjune said...

bagus la tu.
senang la aku nak dapat A++ lepas nie.hehe.

Cik-MeGa said...

membace review filem seperti ini, mengingatkn pd puan ayu..


sy suda link kamu d blog sy!

CikAjune said...

owh..tapi puan ayu tu lebih hebat.=)
thanks.
saye akan link kamu juge. =)

Madu Warna Biru said...

wah macam mana nak tengok ye?

CikAjune said...

itu kene tanye lec saye.
hehe.
die je yang ade muvee tu.

azri abu hassan said...

manusia sering jadi culture shock apabila melihat sesuatu yang baru.. sedangkan filem itu sudah lama berlegar di layar perak...bukan di arena mainstrem..hanya di tempat kecil yang sering di pinggir.. manusia culture shock yang tergila2, tergelak2 apabila menonton...

CikAjune said...

mujurlah kita bukan sebahagian daripada mereka. hehe.