Andainya aku bertanya, padamu tentang bahgia, dimana nilai setia, dimanakah puncak cinta.. Bait-bait lagu ini mengingatkan ku tentang kisah-kisah menarik dan kenangan-kenangan yang indah bersama keluarga tercinta. Gila nya keluarga ku kerana mempunyai tema lagu yang akan kami nyanyikan bila ada sahaja persembahan yang melibatkan keluarga. "Family kau gila la jun!". Ya..aku memilih tajuk ini kerana itu lah kata-kata yang sering dinyatakan oleh mereka-mereka yang mengenali keluargaku.
Aku sering mendengar cerita tentang keluarga sahabat-sahabatku. Ada yang suka dan ada juga yang duka. Seronoknya apabila ada sebilangan daripada mereka yang sungguh gembira bersama keluarga, dan tidak kurang pada sahabatku yang memiliki kisah hidup amat mendukacitakan. Keluarga yang bahagia tidak semestinya menjamin kehidupan yang ceria, begitu juga pada keluarga yang tidak bahagia tidak semestinya mengalami kedukaan yang berpanjangan. Aku seringkali bersedih melihat sahabat-sahabatku yang mempunyai keluarga serba kekurangan tetapi mereka sangat tabah dan matang dalam menjalani hidup. Betul la apa yang aku fikirkan selama ni, makin kita membesar, makin banyak perkara yang kita belajar. Makin banyak masalah yang kita alami, makin senang untuk kita tangani melalui pengalaman-pengalaman yang telah kita perolehi.
Aku selalu bersyukur pada Tuhan kerana aku dikalangan insan-insan yang sangat cukup kasih sayang dan sangat dihormati antara satu sama lain. Tidak kira samada aku anak sulung mahupun aku anak bongsu, aku tidak pernah ada rasa ketidakadilan antara kami. Semuanya sama dan tidak ada bezanya. Kadangkala aku sering tertanya, adakah abahku seorang bapa yang terlalu baik terhadap anak-anak dan adakah emakku tidak pernah ada rasa marah apabila kami bertindak melampaui batas. Tetapi, adakah adil seorang bapa dan ibu mengajar anak-anaknya dengan cara memukul, memaki atau mendera? Adalah anak akan mengikut kata atau menjadi seorang yang sangat baik perangainya? Mungkin….tapi tidak pula bagiku. Didikan ibu bapaku cukup baik sehingga seluruh anak-anaknya menghormati dan berbangga mendapat ibu bapa yang cukup terbuka dan tidak pernah menggunakan kekerasan.
Ramai yang takut mendekati abahku. Kata mereka, abah aku nampak garang. Dan setiap kali penyataan itu dinyatakan oleh sahabat-sahabatku, aku hanya tersenyum pada mereka dan berkata, "abah aku tak garang la. Mungkin korang tak kenal die lagi". Kelakar pulak bila ingat balik, kerana aku tidak pernah rasa abah ku seorang yang garang. Bukan itu sahaja, setiap kali sahabat-sahabatku bertemu dengan abah, mereka akan kata abahku kelihatan muda. Bila berjalan, macam aku berjalan dengan abang ku. Waaahh! Penyataan yang agak gila tapi tolonglah untuk tak beritahu kepada abah ku kerana dia begitu bangga apabila merasakan dirinya muda. Mungkin ada betulnya…dari segi pemikiran abahku adalah seorang yang terbuka. Kami boleh berbicara apa sahaja dengannya asalkan perkara itu tidak membodohkan dan memberi sesuatu. Dan aku sangat senang apabila berbicara dengannya baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan masa hadapanku.
Dia seorang abah yang tidak pernah kisah dengan siapa sahaja anak-anaknya berkawan, dengan siapa sahaja anak-anaknya berkasih-kasihan dan tidak pernah bertanya sekalipun sekiranya anak-anak keluar dengan sesiapa. Seronok kan? Aku tidak pernah ada rasa sangsi atau pelik bahawa abahku tidak mempedulikan tentang hidup anak-anaknya atau dengan siapa mereka berkawan, tetapi anak-anak sendiri yang sudah tahu dengan siapa mereka patut berkawan dan siapa yang dapat menjamin masa hadapan mereka. Tiada kongkongan dalam memilih siapa yang patut menjadi kawan dan kekasih asalkan orang itu dapat memberi kebahagiaan dan menghargai setiap ahli keluarga kami. Kongkongan tidak perlu dalam sesebuah kekeluargaan kerana anak-anak akan memberontak dan masa untuk anak-anak bersosial tidak ada. Apa yang penting adalah anak-anak sendiri memainkan peranan untuk menghadkan waktu-waktu yang telah diberikan oleh ibu bapa dan memberi sepenuh kepercayaan kepada ibu bapa bahawa semuanya akan baik-baik saja.
Tidak kurang lagi, bapaku seorang pengkritik yang hebat! Ada saja yang ingin dikatakan kalau perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati dalam diri. Dan manusia yang sering menjadi mangsa mendengar bebelannya adalah emakku. Aku? Jika perlu, aku akan dengar dan selalunya mengenai pelajaran. Yang penting, setiap kali menonton televisyen, ada sahaja kritikan-kritikan yang ingin dinyatakan, lagi-lagi drama melayu yang jalan ceritanya mengarut-mengarut dan pelakon yang macam nak tak nak je berlakon. Kadang-kadang aku layan kan je mendengar kritikan nya, tapi bila tiba part aku malas nak dengar, aku akan buat-buat sibuk. Sebenarnya bagus untuk dengar kerana kritikan-kritikan yang dinyatakan sangat relevan dan rasional dan seringkali juga beliau menyuruh aku untuk menonton drama-drama melayu dan melihat dari segi pengarahan supaya satu hari nanti tidak memalukan beliau dengan membuat drama-drama seperti itu. Mungkin TIDAK. Aku akan buktikan bahawa aku bukan pengarah-pengarah masa kini yang suka tangkap muat dan syok sendiri sahaja. At least, aku akan tunjukkan sesuatu yang lebih HEBAT seperti yang abahku inginkan.
Tetapi, dalam keterbukaan abah ku, tetap juga ada batas nya. Masih lagi memegang pada adat dan agama. Sekiranya beliau memberikan kebebasan, anak-anak perlu tahu had untuk kebebasan-kebebasan itu. Untuk aku, kadangkala aku menjadi seorang yang memberontak apabila kebebasan yang aku inginkan tidak aku perolehi kerana bagiku aku sudah cukup besar untuk menjaga diri tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada betulnya. Kebebasan yang aku perolehi sudah cukup memadai jika dibandingkan dengan manusia-manusia lain dan aku harus tahu bagaimana untuk menghadkan sesetengah kebebasan yang abah ku tidak ingin untuk aku lakukan. Aku seringkali berbangga dengan abah ku kerana anak-anaknya tidak pernah bertindak untuk membuat sesuatu yang mampu memalukan keluarga dan itu adalah didikan yang cukup bermakna daripada nya.
Mak aku pula juga seperi abah ku. Tidak pernah menyekat kebebasan yang kami inginkan cuma kadangkala penjagaan pakaian harus dititikberatkan sedikit. Itupun tidak lah berat sangat padaku, cuma yang paling utama pandai mengikut keadaan. Berbeza dari abah ku, emak adalah seorang wanita yang ingin selalu tahu tentang perkembangan anak-anaknya. Biasa la tu…naluri wanita selalunya ada pada wanita juga. Aku pula adalah anak yang akan menceritakan tentang sahabat-sahabatku, tentang dunia kampus ku juga tentang masa hadapanku. Jarang sekali kami berbicara tentang percintaan kerana bagiku kisah itu terlalu peribadi untuk dikongsi bersama insan yang bergelar emak dan aku lebih selesa bercerita bersama kakakku. Kadangkala emak agak kecil hati, tapi lama kelamaan beliau faham dengan cara aku. Aku tidak begitu suka bercerita tentang cinta dengannya kerana bagiku aku masih muda dan tidak mahu emak menganggap aku terlalu serius dalam percintaan. Kalau ditanya, aku akan nyatakan tetapi tidak lah secara keseluruhan. Begitu juga sekiranya dengan siapa yang akan aku keluar. Akan ditanya dan selepas mengetahui beliau hanya mengangguk. Apa yang utama, kepercayaan dalam diri seorang emak terhadap anaknya perlu ada. Keyakinan bahawa anak-anak akan menjaga diri dan tidak akan melakukan perkara yang menyusahkan ibu bapa adalah kunci bagi sesebuah kekeluargaan.
Begitu juga apa yang kami lakukan pada hidup. Asalkan ianya halal dan mampu menampung hidup sendiri, itu sudah cukup baik. Seronoknya aku mempunyai ibu bapa yang 'gila' dan aku selalu berdoa pada Tuhan bahawa aku akan terus mempunyai ibu bapa seperti mereka kerana tiada ibu bapa yang baik seperti yang aku ada sekarang. Mereka mengajar aku untuk menjadi insan yang tidak lupa pada diri, masih tahu batas-batas sebagai seorang insan yang bergelar Islam dan tidak pernah menyekat apa sahaja yang mampu menjamin masa hadapanku. Susah untuk aku nyatakan bagaimana terhutang budi nya aku terhadap mereka cuma aku mampu buktikan bahawa suatu hari nanti aku akan berjaya dalam hidup dan akan membayar semula segala kesusahan yang ditanggung oleh mereka terhadapku selama ini.
Keluarga 'gila' aku tidak habis di sini, tetapi aku masih lagi mempunyai abang-abang yang 'gila'. Menyampah nya aku mempunyai abang-abang yang sangat nakal dan suka bergaduh! Itu lah yang sering dibebel kan olehku semasa aku kecil. Aku selalu terfikir, adakah abang-abang ku boleh berubah suatu hari nanti dan tidak menyusahkan ibu bapa ku. Aku sering tak confident dengan mereka. Entah la. Mungkin nakal sangat kot? Tapi, makin mereka membesar, makin banyak perubahan yang ada dalam diri mereka dan perubahan-perubahan itu telah membuatkan aku semakin rapat dengan ketiga-tiga abang aku. Tak banyak perbezaan perangai mereka ni, cuma yang paling ketara, mereka adalah abang yang sangat menjaga adik kesayangan diorang yang sorang ni. Perbuatan yang mereka lakukan membuatkan aku sangat terharu. Jangan harap adik yang bernama Ajun ni, dapat berkawan dengan kawan-kawan mereka. Aku selalu bertanya, adakah aku terlalu gatal sampai aku tak boleh kawan dengan kawan-kawan abangku atau abangku mempunyai alasan yang lebih kukuh tetapi tidak dapat menyatakan padaku. Herm…Mungkin..Tapi, itu dulu. Sekarang ni tak lagi. Aku dah boleh dibawa kemana-mana bersama dan aku juga boleh berkawan dengan kawan-kawan mereka. Mungkin mereka sudah mula meletakkan kepercayaan dan aku sudah cukup besar untuk fikirkan banyak perkara. Untuk abang-abang ku sekalian, aku tidak akan membuat perkara 'gila' dengan kawan-kawan korang melainkan aku betul-betul nak kat diorang. Ok? Seronok juga apabila mula mendekati mereka. Aku tahu banyak perkara lagi-lagi yang berkaitan dengan muzik. Pengaruh muzik aku juga banyak pada mereka dan apabila kebosanan melanda jiwa, kami adik beradik akan menyanyi bersama.
Bukan itu sahaja, cerita tentang wanita juga seringkali mereka kongsi. Adakalanya mencuit hati, tetapi aku suka mendengar. Jarang seorang abang mahu menceritakan banyak perkara kepada adik perempuannya, tetapi abang-abangku tidak pula begitu. Ada sahaja cerita-cerita menarik yang akan mereka ceritakan pada ku juga kepada kakakku. Dan dengan itu, perhubungan kami adik beradik akan lebih mesra dan bertambah erat. Kepada abang-abang ku sekalian, perubahan yang ada dalam diri kamu semua adalah perubahan yang sangat aku tunggu-tunggukan. Tidak ada siapa yang paling hebat, paling hensem atau paling baik untuk aku pilih. Kamu semua adalah yang terhebat. Kamu semua adalah manusia-manusia 'gila' pernah aku jumpa. Aku tidak mahu abang dan adiknya sering bergaduh dan tidak sependapat atau tunjukkan siapa yang paling bagus antara kita kerana ia tidak akan menjamin apa-apa. Aku terima kalian seada-adanya kalian dan aku tidak pernah merasa malu apabila berada di samping kalian. Peduli apa yang orang kata tentang kecantikan dan kehenseman, keburukan dan kebaikan kita, kerana hanya aku yang tahu betapa hebatnya memiliki abang-abang seperti kalian. Seharusnya kalian juga bersyukur mempunyai keluarga yang tidak pernah kisah tentang apa yang manusia lain ingin perkatakan tentang kita, paling utama kita tahu bahawa kita cukup bahagia menjalani hidup bersama.
Last but not least… kakak ke'gila'an ku. Aku selalu meletakkan beliau di tempat paling tinggi dalam hidupku dan aku tidak pernah sesekali mahu dia di apa-apakan kerana bagiku tidak ada sesiapa yang boleh menyakiti hatinya sebab aku akan turut merasa kelukaan itu sama. Aku sangat beruntung mempunyai kakak sepertinya dan aku juga turut merasa sahabat-sahabatku mengatakan perkara yang sama bahawa aku sangat bertuah memiliki kakak seperti dia. Dia adalah seorang yang 'gila', baik dari segi pertuturan, pemikiran mahupun minatnya. Percayalah bahawa aku tidak akan pandai menulis seperti ini, tidak akan menjadi seorang yang kritis dan mungkin aku adalah manusia yang masih lagi tertutup mindanya sekiranya aku tidak didedahkan dengan segala macam perkara-perkara yang sering aku bincang bersama insan yang bernama kakak.
Terima kasih untuk segala bait-bait lagu Dewa, untuk muzik-muzik Padi, ColdPlay, Radiohead, untuk buku-buku Kahlil Gibran, segala puisi tentang kemanusiaan dan percintaan, untuk filem-filem international dan independent, untuk John Lennon, Jalaluddin Rumi, Hamka, Chairil Anwar, Soe Hock Gie yang menjadi inspirasi tidak terhingga buat aku hingga hari ini. Terima kasih untuk semua. Aku seringkali merasakan bahawa aku sudah boleh berfikir jauh lebih matang dari kamu tapi itu adalah tidak benar sama sekali. Banyak perkara yang perlu aku pelajari dalam hidup ini dan kau adalah manusia yang akan selalu membimbing aku supaya aku tidak akan menjadi insan yang banyak ketinggalan dan bodoh tentang dunia.
Aku terlalu rapat dengannya. Dia bukan lagi kakak ku tetapi adalah kawan baik ku. Terlalu banyak yang kami ingin kongsi bersama baik dari segi filem, teater, muzik, puisi, inspirasi mahupun hal-hal yang berkaitan dengan peribadi. Dia adalah manusia yang akan aku beritahu sekiranya aku mengalami sebarang kedukaan mahupun kegembiraan. Aku pernah terfikir untuk tidak terlalu mempengaruhi nya kerana bagi aku agak bahaya juga sebenarnya. Aku masih mempunyai kehidupan aku sendiri cuma kadangkala aku memerlukannya untuk membuat pilihan, baik dari segi pakaian, idea mahupun teman lelaki. Adakah aku tidak mempunyai pendirian sendiri? Hermm..mungkin tidak. Aku masih mempunyai pendirian cuma aku tahu dia boleh memilih mana yang terbaik dalam hidupku. Begitu juga dari segi teman lelaki. Kalau kakak ku tidak suka, aku akan turut serta walaupun sebenarnya aku boleh mengatakan aku suka, tetapi aku lebih selesa memilih jalan ini. Aku merasakan bahawa kakak ku mempunyai 'rasa' yang kuat untuk ketahui samada adiknya bahagia ataupun tidak. Tetapi, jika suatu hari aku bertemu dengan seorang lelaki yang memang membahagiakan aku, aku akan yakinkan padanya bahawa lelaki itu adalah pilihan yang tepat. Secara jujurnya, kakak ku merupakan insan yang sangat baik. Suka menolong orang, ada rasa simpati, tidak pernah berkira dan sentiasa memaafkan orang lain. Kadang-kadang aku jadi marah pada mereka yang sering mengecewakan kakak ku tetapi aku berharap agar perkara-perkara itu semua mengajar nya menjadi seorang yang lebih sabar dan inilah yang dikatakan lumrah hidup. Untuk menjadi terlalu baik pun masih diperkotak-katikkan oleh orang.
Untuk angah, selagi belum bergelar isteri, seharusnya kau berhak memilih sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupmu. Cuma satu yang aku pinta, bila sudah tiba masanya, jangan ditunggu lagi dan percaya lah pada institusi perkahwinan kerana kita tidak boleh memikirkan tentang perceraian mahupun perpisahan jika kita tidak memberi sepenuh kepercayaan terhadap pasangan kita. Aku sangat yakin bahawa pilihan kau adalah tepat dan ingatlah selalu bahawa kita tidak akan memiliki apa yang kita ingin kan dalam hidup ini. Suatu hari nanti, bila kau sudah mempunyai keluarga, aku berharap agar perhubungan kita sebagai adik dan kakak tidak akan putus sampai di situ sahaja. Makin aku membesar, makin banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersamamu dan aku akan buktikan bahawa aku tidak akan sesekali membuat kau malu dengan pencapaian diriku.Percayalah. Akan aku buktikan. Satu sahaja yang aku pinta, Jangan kecewa jika kita punya hanya cinta. Dan aku mengerti kau memahami apa yang aku maksudkan. Terus menjadi seorang gadis yang selalu merendah diri kerana kecantikan yang kita miliki tidak akan terus kekal dan suatu hari nanti mungkin kita akan jadi manusia yang tidak sehebat dulu seperti yang kita ingini. Sentiasalah bersyukur dengan anugerah hebat telah Tuhan berikan padamu dan jadilah seorang gadis yang sentiasa dengan pemikiran-pemikiran 'gila'. Aku selalu merasa aku tidak sehebat kau, dengan segala ilmu-ilmu yang kau ada, dengan segala perkara yang buatkan orang terus menyayangi kau. Teruskanlah dengan pencarian ilmu dan sayangi lah mereka-mereka yang menyayangi kau kerana kau layak untuk itu. Cuma pesanan ku, kita sering mencari bahagian-bahagian yang masih kita rasai tidak sempurna, tetapi janganlah pencarian itu berakhir dengan perkara yang sia-sia dan membuang masa. Selagi kau boleh mencari, carilah! Jangan ada rasa sesal dalam diri dan jangan menyakiti hati orang lain. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga untuk kamu kerana tidak pernah sekalipun kedekut untuk berkongsi ilmu malahan apa sahaja denganku. Aku sangat bersyukur mendapat kakak seperti kamu dan aku akan terus berdoa pada Tuhan bahawa hubungan kita akan berkekalan selamanya.
Sebagai anak bongsu, aku mengaku bahawa aku seorang yang manja, tetapi aku tidak pernah merasakan nya seorang. Semua ahli keluarga ku manja-manja dan sangat sensitif. Sebab itu lah aku seorang yang mudah menangis dan merasa hati kerana aku memiliki keluarga yang begitu manja dan kadangkala ada juga orang yang tersalah anggap dengan sikap manja dan keterbukaan kami. Secara terangnya, aku senang untuk memeluk orang, senang jalan berpegangan tangan, kerana bagiku itu adalah cara yang dapat aku tunjukkan bahawa aku amat menghargai insan-insan yang bersamaku dan begitu jugalah gayanya apabila aku keluar bersama keluarga. Sampai ada yang ingat aku dan abangku adalah pasangan kekasih. Cuma kadangkala aku kurang sedar bahawa sikap keterbukaan aku tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak. Mungkin ada juga yang berfikir lain tetapi tidak pula pada aku. Mungkin selepas ini, aku perlu menghadkan kerana aku pernah terfikir juga, tidak semua orang dapat menerima cara ku.. Padaku, paling utama adalah aku tahu apa yang aku lakukan. Selagi perlakuan dan perbualan itu tidak membatasi atau merosakkan diri, itu adalah lebih baik daripada berpura-pura sopan tetapi sebaliknya.
Apa yang pasti, aku masih lagi insan typical yang kadangkala masih lagi terikat dengan batas-batas yang tidak harus aku ikut. Kalau ikutkan hati, aku mempunyai kebebasan yang sangat banyak untuk membuat apa sahaja yang ingin aku lakukan tetapi aku tidak menganggap kebebasan itu perkara yang boleh manusia lakukan sesuka hati tanpa memikir tentang halal atau haram, baik atau buruk. Paling utama adalah niat sesorang itu apabila melakukan sesuatu. Bagiku, kebebasan yang aku perolehi sudah cukup memadai untuk aku teruskan hidup dan aku tidak memerlukan pengaruh-pengaruh lain atau apa sahaja kejutan budaya yang dasyat! Cuma apabila kita berhadapan dengan golongan manusia-manusia seperti ini, kita perlu lebih terbuka dan menghormati kerana mereka juga manusia biasa seperti kita. Sudah memadai sekiranya kita tahu apa yang kita lakukan dan mereka pula tidak menyusahkan kita.
Aku berharap agar tiada pergaduhan mahupun perkara-perkara yang menyedihkan dalam hidup keluarga ku. Aku amat menyayangi mereka sehingga aku rasa sudah cukup memadai kasih sayang yang mereka berikan dan aku tidak perlu orang lain disisi. Perkara yang paling tidak dapat aku hadapi dalam dunia adalah perpisahan dan kematian… dan aku tahu akulah manusia yang paling sedih jika aku kehilangan salah seorang daripada mereka dan percayalah bahawa kehidupan keluarga ku akan berubah, mungkin tak sebahagia, tak se'gila' dahulu. Tapi, setiap dari kita akan pergi juga suatu hari nanti dan aku harus bersedia untuk menghadapi semua ini. Cuma yang aku pinta, mereka akan sentiasa berada di sisiku dan sentiasa kuat kerana aku bukanlah manusia yang kuat untuk menangani perkara-perkara yang sukar dalam hidupku. Untuk keluarga, sentiasalah berdoa agar kita semua dipanjangkan umur dan tiada sebarang masalah yang berlaku selagi kita bergelar keluarga. Tuhan menyayangi pada mereka yang sentiasa berdoa. Dan menjadi sebahagian daripada keluarga 'gila' ini adalah anugerah Tuhan kepadaku yang tidak terhingga. Semoga kalian terus menyinari hidupku dan sentiasa menjadi mimpi-mimpi indah dalam tidurku.
Thursday, September 18, 2008
KELUARGA ‘GILA’ SAYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
“There is no doubt that it is around the family and the home that all the greatest virtues, the most dominating virtues of human society, are created, strengthened and maintained” - Winston Churchill
"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind." - Dr. Seuss
azrai : abangku, saya selalu mengimpikan kamu menjadi bakal abg .... saye. opsss...hehehe.
panjang btol esei ni..ambik seminggu nak tulis ni
hehehe.
dah bertahun tau saye tulis esei nie.
*that song make me cry..miss the lovely moment.. ):
me too.
miss that moment. =)
huhu...kagum ngan kamu n kehidupan family kamu....:)
SemoGa KaliAn Semua BErBahaGia SelalU!!
bestnye family camtu..huhu!
joe : amin.moge2 bahagia selalu.
ain : =)
lepas bce ur post...
i miss my family...
;(
purple : hehe. =p. cube la kamu call mereka, mesti kamu akan hilang rindu.
bapak borek anak rintik...
memang ada kebenaran dalam perumpamaan ini...just maintain sampai tua...kita selalu bersama...jangan ada benci di antara kita...biar gila-gila tapi jangan jadi gila nanti masuk rumah bahagia...jangan risau kamu sekelian...selagi hayat di kandung badan abah akan menjaga dan memerhati kamu hingga kamu berjaya dalam hidup...menjadi manusia yang berguna pada masyarakat dan negara...hanya satu abah pinta...jangan terlampau gila sampai lupa tuhan...balik ke pangkal jalan bila tersedar kita telah menyimpang...i love u ALL...forever n ever...and our family will be a happy ending story...
sapa soe hok gie, kahlil gibran dan Rumi tu dikk??
unclesam: hopefully abah.jom shopping raye!hehe.
Anonymous: search di yahoo.nnt dapat jawapan. =)
pergh panjangnya...ni mesti cut and paste dari assignment lecturer suruh buat ni haha
Gua cuba search kat yahoo tapi input tak lengkap..adik ada tak buku2 hamka, rumi, chairil, gibran..teruja jugak nak baca...rasa-rasa mesti falsafah...fuhh..adik dengar john lennon..sure berjiwa aktiviskan??
en saadt: haha.takde la.ni dah lame buat.saje je nak post.bg orang bosan nak bace. =p
sambung baca pas raya...panjang sangt..tapi aku suka..tgk aku dah mark read later..
Post a Comment