Monday, September 8, 2008

Patient & Passion


Kelmarin Alut ngan Kak yani ambil aku kat Puncak. Lepas tu, kitorang pergi studio Idham. Sharpshooter jamming malam ni. Aku pun dah lama tak tengok diorang jamming. Bulan-bulan puasa pun diorang jamming jugak. Kalau dah jiwa tu memang dekat dengan muzik, time-time puasa pun tak kisah kalau jamming. Hari ni aku tak mengantuk bila tengok dorang jamming. Selalunya aku lah orang yang akan tidur kat sofa studio Idham tu dulu sebab tak tahan mengantuk. Lagipun lagu yang diorang bawak, selalunya lagu yang aku akan tengok diorang perform time gigs. So, memang aku dah hafal. Tapi malam ni lain pulak sebab diorang bawak lagu raya. Hehe.

Diorang bawak lagu Suasana Hari Raya. Memang lagu favourite aku. Aku yang agak tak tahu nak buat ape malam tu, ber duet la dengan Arol. Beberapa kali jugak diorang ubah lagu tu sampai jadi betul-betul rancak. Suasana hari raya dah jadi ska+reggae+indie+rock. Haha. Introduction je dah boleh buat aku senyum sorang-sorang. Tu belum masuk lagu lagi tu. Lepas tu diorang dah create satu lagu raya baru atas permintaan Idham. Time tu jugak diorang cuba cari melodi sampai lah diorang dapat. Seronok jugak bila aku tengok sorang-sorang beria cari melodi masing-masing. Time tu barulah aku sedar betapa patient & passion nya orang yang betul-betul minat muzik ni. Aku belajar gitar kejap-kejap pun aku rasa dah kurang sabar, ini kan pulak aku nak cuba-cuba cari melodi sendiri.

Bila aku tengok Alis cari melodi untuk yang lain-lain jugak, baru lah aku sedar abang aku ni kreatif dan betul-betul into pada dunia muzik. Sedap je aku dengar melodi yang dia create sendiri. Sebab tu aku selalu cakap kat Alis dengan Boboi, jangan peduli apa orang sekeliling kita nak cakap pasal kita. Korang artis ke, rambut korang lurus ke, baju korang tak senonoh ke, lagu korang tak sedap ke, pedulikan je semua tu. Yang paling penting, korang suka dengan apa yang korang buat dan korang selalu tahu yang semua family korang selalu support apa je yang korang buat.

Sharpshooter memang boleh pergi jauh kalau diorang selalu ada patient & passion. Boleh terima kritikan dan cuba untuk berubah dari semasa ke semasa. Muzik reggae ni agak berbeza dengan muzik-muzik yang lain. Pada aku, aku sukakan muzik jenis macam ni bukan sebab abang-abang aku ke tapi sebab muzik reggae tu sendiri agak menyenangkan dan santai je untuk didengar. Dan band abang aku bukannya asli reggae macam Bob Marley tu tapi lebih kepada modern reggae. Banyak juga perubahan-perubahan yang diorang dah buat pada melodi dan aku harap lepas ni Sharpshooter akan ada beberapa lagi lagu baru sebab korang sekarang pun dah cukup popular. So, korang perlu ada lagu-lagu baru lagi untuk terus popular. Hehe.

Aku pun kena cari patient & passion aku balik untuk belajar main gitar. Nanti mana lah tahu aku boleh buat band pulak. Wah! Aku pun nak jadi Rockstar rupanya. Hehe. Gudluck untuk Sharpshooter. Aku suka lagu suasana hari raya versi reggae tu. =)

4 comments:

iamstradust said...

kalo awk nyayi kuar radio ah lagu tu

hehehhe

CikAjune said...

radio selangor FM.
heeee..
gile tak popular radio tu.

Fazliey said...

yeahh..
its all about patient & passion...
jgn sesekaLi cepat give up...
percaya pd bakat sendiri...
be yoUrself sygg ;)
thankz 4 u'r support ajunez...
i Luvv u bebeyy..
Muahhhhhhhhhhhhhh!

CikAjune said...

love u too laling. =)