Monday, September 8, 2008

Filem “Abang” : Rahim Razali

Minggu lepas aku dan sahabat-sahabat yang lain telah diberikan tugasan untuk melakukan assignment bertajuk Retrieve info on philosophy of death, metaphysical anxiety, existentialism, religion, nature, culture and nature. Nampak macam terlalu banyak aspek-aspek yang kami kena kajikan? Aku sendiri pun tak faham apa falsafah-falsafah disebalik tajuk yang dibagi oleh pensyarah aku ni. First time aku dapat je movie Abang, aku terus duduk kat kerusi dan tengok kat komputer. Beberapa kali jugak la aku gelak sorang-sorang. Dalam hati aku kata, kenapalah aku kena tengok cerita ni? Sangat melodrama. Nak tergelak pun ada. Dengan fesyen Norkumalasari dan rambutnya yang mampu membuatkan aku tergelak dan bila melihat lakonan Ahmad Yatim, aku dan faliq sama-sama gelak kerana aku baru je jumpa dia pagi tadi dan sekarang aku tengah tengok filem yang dia berlakon. Tapi sekarang, bukan ni yang aku nak borakkan. Kita masuk pada tajuk yang telah pensyarah aku beri.

Filem abang merupakan filem pertama arahan Rahim Razali yang telah merubah dunia perfileman melayu pada masa itu. Ini kerana terdapat konsep teater yang digunakan seperti lakonan yang diperbesar-besar atau dilebih-lebihkan, gaya percakapan yang sangat indah dan bermadah-madah serta pergerakan pelakon yang besar. Segala konsep yang digunakan oleh pengarah ini memang terdapat di dalam pementasan teater. Selain itu, apabila kita melihat filem ini, pengarah banyak menggunakan long take shot dan shot yang statik. Bak kata faliq, shot yang statik tu adalah supaya penonton lebih fokus apabila menonton sesebuah filem. Ini menunjukkan bahawa pengarah ingin penonton memberi perhatian sepenuhnya pada dialog yang disampaikan oleh pelakon. Sepertimana apabila kita menonton teater, kita akan memberi fokus kepada watak-watak yang berlakon di atas pentas.

Rahim Razali telah membawa kritikan pada masyarakat melayu melalui filem ini. Kehidupan masyarakat moden yang terlalu mengangungkan Barat dan tidak mengambil peduli tentang halal dan haram telah mengubah pemikiran penonton yang menonton filem ini. Seolah-olah arak itu adalah perkara biasa bagi orang-orang kaya dan tidak pernah kisah samada itu adalah halal atau haram. Dari aspek kematian, apabila seseorang itu diambang kematian, mereka selalunya akan membuat perkara-perkara yang pelik(buang tebiat) samada perkara itu akan disedari oleh orang-orang disekeliling mahupun tidak. Di dalam filem ini, pengarah telah memberi visual pada alam semulajadi yang kehijauan dan langit luas bagi melambangkan alam itu sendiri turut menerima kematian seseorang.

Aku tidak mahu menyentuh falsafah pada filem ini kerana terlalu banyak yang perlu dikupaskan. Aku hanya mahu berkongsi sedikit tentang pengarah ini kerana aku sangat kagum dengan filem-filem yang dihasilkan oleh beliau. Pemikirannya amat kritikal dan isu yang disampaikan olehnya mampu membuka mata masyarakat melayu kita. Dan konsep teater yang digunakan olehnya turut menarik minat aku. Mungkin kerana aku pelajar jurusan teater satu masa dahulu, aku agak teruja untuk mengkaji unsur-unsur teater yang digunakan oleh Rahim Razali melalui filem ini. Walaupun filem ini adalah filem melayu lama yang kelihatan melodrama dan bosan untuk orang tonton, tapi aku suka untuk menonton dan mengkaji beberapa isu dan gaya pengarahan yang cuba ditonjolkan oleh pengarah. Kemungkinan besar, aku bercadang untuk membuat tesis tentang Rahim Razali dan filem-filem yang pernah beliau hasilkan. Tentu lebih banyak perkara yang akan ku ketahui tentang pengarah ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menonton, dvd boleh didapati di Pertama Kompleks. =)

13 comments:

Anonymous said...

FILEM INI nampaknya menarik!

CikAjune said...

mmg menarik.
harus ditonton! =)

saat omar said...

filem melayu akhir 70an dan awal 80an memang banyak melodramanya.. mungkin rahim Razali ada terikut sikit dengan style filem2 awal Jins Shamsuddin seperti trilogi 3 esoknya( esok masih ada, esok untuk siapa dan apa lagi ntah aku dah lupa)
tapi Abang memang best..one of the best acting lah dalam filem melayu..suka tengok Ahmad Yatim dan Noor Kumalasari hehe.

CikAjune said...

hehe.
very loving kan en saad. =)

Unknown said...

ajun...
tgk la blog aku....

www.fariziskan.blogspot.com

CikAjune said...

okay2.
nnt aku link kan kat aku nye.

iamstradust said...

dua hr lepas pi pasar ramadhan ade jual dvd filem abg..

sume film clasik melayu kot mamat tu ade

tp tak beli, sbb broke

hehe

CikAjune said...

sian kete kamu ekh.

Anonymous said...

sampai sekarang pun jaja suka tonton filem ni.

CikAjune said...

hehe.
mmg best filem ni.

anuar sugarcanetebu said...

nak pinjam cd..

Anonymous said...

mcm interested je filem tu..mane leh dpt ekk...xpnh tgk kot...

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

filem nie tgk masa kecik2 dulu...
Bila dah besar filem nie lagi sangat penting...terutamanya untuk abang2 sulong dalam keluarga.

falsafah budi yang tinggi.

FADZLAN
http://jalakmas.blogspot.com/