Tuesday, November 25, 2008

Bola sepak : Lelaki atau Perempuan yang lebih menguasai??

Oberservation yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2008 mengenai lelaki dan perempuan yang suka bermain bola sepak dan pada mereka yang suka menonton bola sepak di mana-mana kedai berdekatan adalah seperti berikut:

Pemerhatian pertama

95% kaum lelaki yang bermain futsal atau bermain bola sepak padang lebih cenderung bermain permainan ini adalah kerana rasa minat yang tinggi serta sudah menjadi sebahagian daripada hobi. Faktor ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian dimana seluruh kedai futsal mahupun padang-padang yang terdapat di sekitar kawasan rumah kebanyakkannya adalah terdiri daripada kaum lelaki.

5% kaum lelaki yang bermain futsal atau bola sepak padang adalah lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan menghiburkan hati ketika sedang bersedih mahupun sedang bergaduh dengan teman wanita mereka. Kemungkinan besar permainan ini merupakan salah satu terapi yang bagus untuk mereka.

20% kaum wanita yang bermain futsal atau bola sepak padang adalah lebih cenderung untuk menguruskan badan mereka dan menganggap bahawa permainan ini sebagai satu keseronokan dan mampu menggembirakan hati. Dan diantara lainnya, kaum wnaita beranggapan bahawa futsal mahupun bola sepak padang lebih mencabar dan merupakan salah satu sukan yang lasak. Oleh itu, pemerhatian mendapati kebanyakkan pengkid mahupun wanita tomboi yang lebih mengusai daripada wanita-wanita lain.

10% kaum wanita yang bermain futsal mahupun bola sepak padang adalah kerana bimbang sekiranya teman lelaki mereka akan membuat agenda lain semasa bermain futsal dan adalah lebih baik sekiranya mereka turut menyertai sama walaupun mereka tidak tahu untuk bermain sekalipun.

70% selebihnya adalah pada kaum wanita yang tidak bermain futsal atau bola sepak padang tetapi lebih suka menghabiskan masa menyaksikan teman lelakinya bermain permainan ini. Faktor-faktor pemerhatian yang telah saya lakukan mendapati kebanyakkan kaum wanita tidak mempercayai bahawa teman lelakinya bermain futsal mahupun bola sepak padang sebaliknya pergi melencong ke tempat lain.

Pemerhatian Kedua

98% kaum lelaki yang menonton bola sepak adalah disebabkan minat yang mendalam terhadap pasukan kegemaran mereka atau dalam erti kata lain merupakan ”Kipas susah mati” (Die Hard Fan). Antara faktor-faktor pemerhatian yang mapu membuktikan penyataan di atas adalah melalui pakaian yang akan mereka pakai setiap kali pasukan mereka bertanding. Dan pemerhatian juga dilakukan di kedai-kedai mamak, dimana didapati kebanyakkan mereka tidak akan mengendahkan orang-orang sekeliling mahupun teman wanita mereka sendiri setiap kali perlawanan sedang berlangsung.

Hanya 2 % daripada kaum lelaki yang tidak menonton bola sepak disebabkan rasa tidak minat mahupun terlalu banyak komitmen-komitmen lain yang perlu difikirkan selain daripada menonton bola sepak.

65% kaum wanita yang menonton bola sepak adalah lebih cenderung mengikuti teman lelaki mereka dan bukan sebab meminati permainan tersebut. Penyataan di atas dapat dibuktikan melalui pemerhatian dan temu bual terhadap kaum-kaum lelaki yang mempunyai teman wanita dan terpaksan membawa teman wanitanya untuk menonton bola sepak bersama. Akibat daripada rasa cemburu dan terlalu rasa was-was sekiranya teman lelaki mereka bukan menonton bola sebaliknya membuat agenda lain, mereka lebih rela untuk menonton bola bersama-sama teman lelaki mereka walaupun tidak meminati.

25% kaum wanita yang menonton bola sepak adalah terdiri daripada kaum-kaum wanita yang merupakan die hard fan bagi pasukan-pasukan bola sepak yang mereka sukai. Kebanyakkan daripada mereka akan menampal segala macam perhiasan pasukan bola sepak kegemaran mereka di kereta, bilik, cermin mahupun akan membeli barang-barang pasukan kegeramaran mereka sebagai tanda sokongan yang kuat. Kaum wanita yang terdiri di dalam golongan ini digelarkan oleh saya sebagai ”wanita yang obses tetapi poser”. Penyataan ini dibuktikan melalui pemerhatian yang telah saya lakukan serta temubual bersama mereka. Contoh temubual adalah seperti, siapakah pemain bola sepak MU nombor 7 itu? Dan apabila saya menanyakan soalan tersebut mereka tidak mampu menjawab sebaliknya tersipu-sipu malu kerana mereka sendiri tidak tahu. Jadi, mereka layak digelar sebagai poser.

Hanya 10% daripada kaum wanita yang tidak menyaksikan bola sepak sebaliknya lebih suka untuk duduk berbual dengan rakan-rakan yang lain atau datang sekadar untuk menemani kawan-kawan lelaki yang lain. Ini dapat dibuktikan melalui SAYA sendiri yang tidak suka untuk menonton bola sepak sebaliknya lebih suka duduk dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan sepanjang 2008 ini, saya dapat simpulkan di sini bahawa:

Saya seorang gadis yang suka observe orang.

Menonton bola sepak bukannya aktiviti kegemaran saya.

Saya tidak die hard fan pada mana-mana team bola sepak yang ada.

Saya pakai sahaja mana-mana jersey bola sepak yang kawan-kawan saya belikan pada saya.

Saya tidak suka ikut kawan lelaki saya pergi bermain futsal mahupun bola sepak padang melainkan sekiranya saya mempunyai teman untuk berborak.

Saya suka pergi kedai mamak dan melihat orang-orang yang sedang menyaksikan bola sepak.


Sebenarnya....


Saya nak main futsal tapi saya tak ada kawan yang nak main sama!!

Friday, November 21, 2008

Aku di tagged sekali lagi. (for Dewidania)

1. What is the relationship of you and him/her?
Alam maya friend.hehe. gue tak pernah jumpe die lg.

2. Your 5 impressions towards him/her.
Cantik!!! =).... Dia tinggi sungguh! ....Hot Chick! Ramai nak kenal dia....Friendly.... Suka cakap.hehe

3. The most memorable things he/she had done for you.
erm..so far takde lagi kot..after jumpa, maybe la. =)

4. The most memorable things he/she have said to you?
Miss u la ajun!
Bila d boleh jumpa ajun ni?? hehe

5. If he/she become your lover, you will…
Gosh!! I’m not lesbian…

6. If he/she become your enemy, you will…
Never. We are very good friend.

7. If he/she become your lover, he has to improve his/her..
huh????

8. If he/she become your enemy, the reason is…
got no idea lah.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Just want her to be happy in whatever things her do.

10. The overall impression of him/her is…
Talkative! =)

11. How do you think the people around you will feel about you?
Boleh tanya orang tak??

12. The character of you for yourself is?
Moody. Sometimes okay sometimes will become like “lion”! Love to smile and make ppl happy. I’m very a good listener and very serious when making relation with ppl. (friends or somebody special)

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Suka fikir terlalu jauh dan terlalu suka untuk menjaga hati orang. Sometimes I’m to emotional. Suka sangat menangis. Haih!

14. The most ideal person that you wanna be is?
I just want to be MYSELF

15. For the people who likes you, say something about them.
haha. Soalan ni macam nak test market sendiri je.

16. Ten people to tag:
1. Abang zaidi
2.Azri
3.Kak Yani
4.Epul
5.Ramat
6.Shasha
7.Razaisyam
8.(None)
9.(None)
10.(None)

17. Who is no. 2 having a relationship with?
Table talk Friend. =)

18. Is no. 3 a male or a female?
Female

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

hehehe. Mmg lah die kene single je kot. Num 10 I tak tagged.

20. How about no.5 and no.8?
Pon single gak.

21. What is no. 1 studying about?
Kurang faham la soalan ni.

22. Is no. 4 single?
hehehe.SINGLE and AVAILABLE

23. Say something about no. 6
My bestfriend and still SINGLE. =) Very adorable and kind!

Wednesday, November 19, 2008

Screen & Talk 4

Jemput datang beramai-ramai ke majlis Screen & Talk 4 oleh grup Republic Theatre.

PussyCat Dolls

lagi 2 orang "missing in action". tiada dalam gambar.

Aku teringat masa aku zaman-zaman diploma dulu. Aku ambik Seni Lakon tapi semua kawan-kawan aku ambik Pengurusan Seni. Kitorang duduk satu rumah kat kolej dari semester 1 sampailah ke semester 6. Geng aku ada 8 orang. Kemana-mana je kami akan bersama dan kalau ada sesiapa yang cuba untuk menjatuhkan kami, kami akan defend kawan-kawan kami. Budak-budak lelaki gelarkan kami Pussycat dolls sebab diorang kata kami HOT. Aku tak suka gelaran tu sebenarnya, tapi bila dah diorang gelarkan, aku pun okay je lah. =) Dari semester 1 sampailah semester 6 aku selalu bertukar-tukar kawan dengan 8 orang kawan aku ni. Jap lagi dengan si minah ni, masuk semester 2 pulak dengan minah ni, semester 3 dah lain pula. Kami tak pernah berpisah walaupun setiap semester kami bertukar kawan yang berlainan. Kadang-kadang yang ini kata yang itu, yang itu tak puas hati dengan yang ini, tapi bila depan-depan still berkawan macam biasa dan sangat mesra.

Sampaikan ada pulak geng-geng perempuan lain yang tak puas hati dengan kitorang dan cuba nak pisahkan kami. Tapi kami tetap bersama walaupun pada hakikatnya kami sudah tidak serasi bersama. Kawan aku ada cakap, mana ada kawan baik sampai 8 orang. Macam pelik je sebab nanti bila gaduh tak tahu nak jaga hati siapa dan nak defend yang mana satu. Padahal 8 orang kawan baik ni. Itu la yang selalu aku fikirkan dan selalu juga jadi bila kami bersama. Semester 1 semuanya baik-baik je. Nak pinjam barang, nak guna duit, nak keluar sama-sama, belajar pun nak sama-sama, memang takde masalah pun. Tapi bila masuk semester 3, semuanya dah berubah. Dah banyak mengata belakang, tak serasi bersama, semua tak kena, macam-macam lagi lah. Kadang-kadang sampai naik pening.

Sekarang ni aku tak lagi bersama diorang. Masing-masing dah sibuk dengan pelajaran dan kerjaya mereka. Bila teringat balik, rasa rindu datang pada mereka. Walaupun kami memang pussycat dolls, tapi kami tetap mampu bertahan 3 tahun bersama-sama. Aku teringat zaman-zaman kitorang overnight sama-sama sampai lebam-lebam mata nak pergi kelas besok paginya. Masa aku sibuk nak exam kelas tarian, diorang yang sibuk tolong ajarkan aku. Maklumlah, aku kan kayu bila menari. Belum lagi masa diorang menangis bila semua tekanan setiap kali meeting ada je proposal diorang yang lecturer akan reject. Aku je yang happy sebab aku tak payah pikir pasal meeting. Kerja aku berlakon je. Paling seronok, bila setiap malam kami akan baring sama-sama dan akan berborak sebelum tidur. Walaupun kami kadangkala tak sependapat dan sering bergaduh, tapi kami tetap boleh bersama sehingga kami habis diploma.

Bila aku dah sambung degree dan kawan-kawan aku ni ada yang dah sambung belajar merata-rata dan ada juga yang dah mula berkerja, kami terlalu jarang untuk overnight atau borak-borak sebelum tidur macam dulu. Kami sentiasa memahami dengan komitmen yang perlu kami capai untuk masa hadapan kami. Kadang-kadang, bila aku tengok budak-budak junior yang baru masuk diploma, aku teringat semula geng-geng pussycat dolls aku. Tapi junior-junior sekarang lagi advance dari zaman aku. Siap ada myspace nama grup diorang sendiri lagi! Zaman aku dulu, kitorang tak buat pun macam tu. Hehe. Bila aku tengok diorang, dalam kepala aku ni selalu cakap, semester 1 baru. Nanti dah naik semester 3 atau 4 nanti mesti dah berpecah korang ni. Tak pun ahli grup korang akan makin berkurangan. Hehe. Zaman diploma zaman diorang baru nak dapat kebebasan dan kawan-kawan. Macam tu juga lah yang aku pernah rasai dulu. Yang bestnya, sampai sekarang orang still panggil kami geng pussycat dolls walaupun kitorang dah sangat lama tak berjumpa. Pussycat dolls kan kami?? =)

Thursday, November 13, 2008

3 Perkara

Ada 3 perkara yang aku rasa aku kena buat, orang sekeliling aku nak aku buat dan aku tak perlu untuk buat.

Meng”gemuk”kan badan sendiri.
Soalan-soalan yang sering orang tanya kat aku.
a) Kau ni bile nye nak gemuk? Aku tengok dari dulu kau macam ni je?
b) Tak teringin ke nak gemuk? Kenapa kurus sangat?
c) Kau ni kurang makan sayur dengan minum susu ni. Cuba la sekali! Sure naik nya badan kau.

Jawapan-jawapan yang sering aku balas kat orang.
a) Metabolisme aku tinggi lah!
b) Aku makan sekali nak dekat 4 kali. Tapi aku tetap tak gemuk. Macamana cara lagi ye nak gemuk?
c) Tuhan ciptakan manusia ada gemuk, kurus, tinggi, pendek, cantik, kurang cantik kan... so, terimalah diri sendiri seada-adanya. =)

Nak ambil lesen kereta.
Soalan-soalan yang sering orang tanya kat aku.
a) Beb, aku dah penat drive kereta. Cepat la ambik lesen!
b) Dari tahun lepas aku dengar kau nak ambik lesen, tapi kenapa tak ambil2 ye?
c) Lain kali, tak payah naik ktm. Ambil lesen cepat2! Bawak je kereta aku.

Jawapan-jawapan yang sering aku balas kat orang.
a) Kau boleh bagi aku duit untuk ambil lesen tak? (itu je jawapan untuk semua soalan di atas)

Aku nak cuba mengarah short film aku sendiri.
Soalan-soalan yang sering orang tanya kat aku.
a) Idea kau banyak beb, tapi kenapa malas sangat nak tulis skrip?
b) Angah dah, kau bila lagi??
c) Tak teringin ke nak mengarah short film sendiri?

Jawapan-jawapan yang sering aku balas kat orang.
a) Aku boleh bagi idea, tapi aku memang malas nak buat skrip. Hehe.
b) Bukan tak boleh beb... tapi...tapi...tapi... (repeat “tapi” tu sampai kawan aku dah tak tanya lagi dah sebab apa)
c) Gemuruh la bila nak kene mengarah. (poyo kan jawapan ni)

*Bak kata lirik lagu Coldplay, “But if u never tried, u never know...” Satu hari nanti...Mungkin! =)* (Hanya untuk perkara ke 2 dan ke 3 sahaja ye)

Thursday, November 6, 2008

Cherish the moments

Dulu aku ada minat kat sorang lelaki ni. Lama jugak la aku minat dia. Aku selalu tengok dia. Kalau dapat peluang untuk borak sama-sama, aku takkan lepaskan peluang tu. Makin lama kami makin rapat. Dan makin kami rapat, perasaan sayang makin bertambah-tambah dalam diri aku. Kawan aku kata, kalau perempuan yang terlalu suka kat lelaki... nanti bila lelaki tu jadi kekasih kita, dia mesti tak sayang sangat kat kita macamana yang kita sayang kat dia. Lain lah kalau lelaki tu yang beria-ria suka kat kita, kalau dia dah dapat kita, dah pasti dia akan jaga kita sebaik-baiknya.
Aku pernah beritahu kat lelaki ni yang aku suka dan sayang kat dia. Dia pernah cakap kat aku, kalau aku betul-betul sayangkan dia, aku kena bersabar dan tunggu. Mula-mula tu aku boleh lah sabar. Sampai satu tahap aku tak tahan. Aku rasa macam buang masa dan aku terasa macam aku ni syok sendiri. Satu hari tu, aku mesej dia. Aku cakap kat dia aku dah tak sanggup nak teruskan hubungan ni sebab aku seolah-olah sedang bermain dengan perasaan aku sendiri sedangkan dia tak pernah memahami apa yang aku tengah rasakan. Dia terkejut dan dia kata kat aku, kalau aku tak sanggup nak tunggu lagi dan aku rasa penantian tu satu penyiksaan, dia suruh aku berhenti daripada menyukai dia dan kita boleh jadi kawan seperti biasa.
Tapi kami dah tak serapat dulu. Aku selalu cuba larikan diri dari dia. Kadang-kadang dia ada juga mesej dan ajak berjumpa. Tapi aku selalu elakkan diri dari dia. Satu hari tu, kawan aku berborak dengan aku. Dia tanya aku kenapa aku elakkan diri dari lelaki yang aku suka selama ni. Aku pun cerita lah dengan dia. Dia kata aku bodoh. Aku senyap. Dia kata lagi kenapa aku tak sharing je saat-saat indah dengan dia sedangkan aku dah dapat pun bersama dengan dia walaupun kami belum tentu boleh bersama. Dia kata lagi, kenapa perlu kehilangan dia sedangkan selama ni aku dah pun buat dia happy. Kenapa tak cherish je saat2 aku dengan dia sebab aku dah dapat pun mengenali dia cuma aku belum dapat memiliki sahaja.
Aku tak berkata apa-apa. Cuma aku rasa menyesal dengan diri sendiri. Kalaulah aku dapat bersama lelaki tu kembali, aku hanya mahu cherish semua saat-saat yang indah dengan dia. Aku sudah tak terfikir untuk memilikinya kerana untuk memiliki perkara yang memang kita inginkan dalam hidup kadangkala adalah perkara yang paling sukar untuk kita perolehi. Dan sekiranya kita mampu perolehi, kita cubalah untuk menghargai.

Maskara Shorties

Weekend lepas aku pergi dengan kawan-kawan yang aku suka ke Maskara Shorties. =) Masa mula-mula je aku sampai aku tengok dah ramai orang duduk dan bersedia nak tonton semua filem-filem pendek yang ada. Mula-mula sekali aku terus cari angah. Sebaik la angah duduk depan so aku agak senang la nak cari dia. Aku tak dapat duduk dengan Angah sebab tak cukup tempat. Aku jumpa Fasyali lepas tu dia ajak aku duduk kat depan sekali dengan D, Ramat dan Shasha. Nasib baiklah masa kitorang datang tu, tayangan dah nak mula. Sepanjang program tayangan untuk malam tu, banyaknya aku tak senang duduk. Mungkin sebab terlalu banyak tayangan dan mungkin juga aku rasa panas malam tu.

Pujian aku berikan pada filem Kasi Pecah. Daripada filem ini bermula sampai ke ahirnya aku mampu ikut. Konsep hitam putih ala-ala noir serta watak pada hero adalah berbeza sama sekali. Mungkin sekiranya watak yang pengarah gunakan adalah watak biasa, filem ini akan menjadi filem yang membosankan. Tetapi watak mime dan ayat-ayat yang digunakan di dalam filem ini menarik minat aku untuk terus menonton sehingga ke akhir. Seolah-olah aku sedang menonton teater dan pelakon itu sedang bermonolog seorang diri di atas pentas. Pendekatan serta konsep yang digunakan oleh pengarah sangat menarik minat aku untuk terus menonton. Jalan ceritanya teratur serta karakter pada watak utama berkesan.

Aku tak pernah lagi tengok final produk filem The Lost Communication. Hari tu Angah cakap tak habis edit lagi. Antara sebab aku ke Maskara Shorties adalah untuk tengok filem tu. Aku tak sangka penonton boleh duduk diam dan tengok filem tu dari mula sampai akhir. Tapi aku agak kecewa bila dah nak sampai ke tahap klimaks, cerita tu tersekat-sekat. Dan sebab tersekat, orang semua gelak bila dialog terakhir yang watak utama tu cakap. Kawan-kawan aku sendiri kata dialog terakhir tu tak sesuai untuk diletakkan. Pada mulanya, aku sendiri rasa ayat tu kelakar tapi aku fikir balik adakah sebab cerita tu tersekat-sekat orang mula tak fokus dan merasakan dialog terakhir tu kelakar? Aku masih tak puas hati dan semalam Angah pasang balik short film tu kat rumah aku. Dengan kawan-kawan aku sekali tengok semula. Tiba ayat akhir yang watak utama tu cakap, diorang tak gelak. Aku pun tak gelak. Aku terus pandang kawan aku, aku cakap kat diorang, “Tak kelakar kan dialog tu?” Diorang senyum-senyum je pandang aku. Aku tanya Angah, “ kenapa ada quotation akhir cerita ni Ngah? Sebab hari tu takde pun??” Angah pandang aku, Angah cakap, “Kau jangan tanya kenapa!” Hehehe.

Aku sarankan pada mereka yang rasa dialog terakhir tu kelakar, cuba lah tengok filem ni lagi sekali. Mungkin hari tu korang dah disajikan dengan majoriti filem yang kelakar dan korang harapkan dalam filem The Lost Communication ni ada lah juga terselit sikit-sikit benda yang kelakar. Sampai bila nak disajikan dengan filem-filem yang kelakar kan? Kadang-kadang filem yang berat tu lebih memberi makna. Filem bukan untuk sekadar hiburan suka-suka tetapi sebagai medium paling besar untuk mendidik masyarakat kita. Sebab tu aku tak suka tengok berita, aku lebih suka tengok movie. Bagi aku movie lebih banyak sampaikan maklumat-maklumat yang bagus kepada masyarakat berbanding berita. Bukan aku bermaksud, aku memangkah filem-filem yang berunsurkan kelakar. Tapi kalau kelakar pun, biarlah ada mesej yang nak disampaikan. Bukan nya ikut tangkap muat je.

Aku bukan nak bias. Tapi aku rasa kakak aku telah sampaikan satu mesej yang bagus kepada masyarakat dan aku memuji filem itu. Angah, jangan bangga sangat! =) Lepas ni aku pulak ganti kau. InsyaAllah. Syabas juga pada grup Sindiket Soljah kerana menganjurkan program seperti ini. Aku tak kisah kalau aku tak dapat makan pun sebab yang aku lebih teruja adalah filem-filem yang akan ditayangkan. Cuma terlalu banyak filem membuatkan aku sedikit hilang fokus dan pemilihan filem-filem tidak begitu teratur. Dan kebanyakkan filem yang aku tonton, konsepnya seakaan-akan serupa. Banyak pengarah yang lebih suka menggunakan tulisan-tulisan daripada menunjukkan visual. Adakah mereka berharap dengan adanya tulisan-tulisan tersebut mampu menarik minat penonton untuk terus menonton berbanding dengan visual-visual yang dipaparkan? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin mereka mempunyai jawapan tersendiri. Aku harap akan ada lagi program-program seperti ini dan untuk semua, jangan lupa untuk memeriahkan program Screen & Talk yang akan berlangsung kembali dalam bulan ini.

Sunday, November 2, 2008

Dream Wedding : Especially for Angah


Epul tagged soalan ni kat Angah. Angah pulak tagged kat aku. So, aku dengan pantasnya akan menjawab soalan-soalan ni tanpa segan silunya. Aku suka bab2 kahwin ni. Hehe. Tapi, tak aci! Angah banyak main tipu! So, kalau aku tipu pun, hanya angah yang tahu kebenarannya. Hehe.

Dream wedding
This is a survey about your dream wedding, whether it be in the next year or after ten years. So, please answer after you read, the person who answered this before you took a great deal of effort.


1. How old are you?
22 years old. Angah anak bongsu. I’m older than her. (suka la tu Angah.)

2. Are you single?
Single. Scandal pun tak banyak macam Angah. Hehe.

3. At what age do you think you'll get married?
If angah said she will get married before 35, masa tu aku dah 27 tahun. Ada lagi ke orang nak ek? Sebab aku tak se hot Angah. Hehehe. Before 30 i will get married!

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
I don’t know. Kalau sudah jodoh, kahwin saja lah!

5. If not, who do you want to marry?
Nicholas Saputra (Aku mmg memilih rupa)

6. Do you want a garden/beach or a traditional wedding?
Beach! Citarasa saya sama dengan Angah.

7. Your ideal motive?
Sebab saya mahu lari daripada suasana hiruk pikuk bandar. Saya mahukan ketenangan bersaksikan laut dan saya mahu lakukan weeding saya di malam hari. Supaya saya mampu melihat bintang-bintang di langit serta menyaksikan bulan yang mana ianya mampu menenangkan hati saya. (Indah bukan?)

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
I don’t know

9. How many guests do you think you'll invite?
Secukup makanan yang ada.

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
Simple. As long as i can remember till the end of my life.

11. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own?
Traditional vows. Nanti sedara mara bising lak if tak ikut adat resam kita.

12. How many layers of cake do you want?
Er... if i don’t want cake..can ar???

13. Do you prefer having your reception at a hotel or a simple place?
I love to have my reception day at park. Only close friends,family and relatives are invited. I want Angah to perform some lovely poem, my brother and their band (Sharpshooter) to perform selected song that I request. also I want my close friends dance together with me for the last time before I cant dance anymore! And for the last time, i want to watch all my family sing our family theme song.

14. When do you want to get married, morning or evening?
Night! I told u already...

15. You'd rather have your reception outdoors or indoors?
Outdoor. I told u at the park Haih! Jangan repeat soalan boleh?

16. Do you like a grand entrance for your groom?
Sukahati nak masuk dari mana. Takde grand entrance.

17. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
All songs from Mocca. Dont tell me why. Just love all Mocca songs.

18. Are you a morning person or a night person?
Night.

19. Do you want a solemn ceremony or a light one?
Both.

20. Describe your ideal husband/wife.
Most important, COOL. Jangan bodoh sangat dan jangan pandai sangat. Saya suka yang sedap mata memandang.

21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
Tak kisah la. Mana-mana pun ok.

22. Champagne or red wine?
Hish! Haram! =)

23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Days after the wedding.

24. Money or household items?
Household. Nanti tak payah nak beli banyak2 lagi.

25. Who will pay for the bills?
Both. If bakal husband kata dia nak pay for the bills, i OKAY je.

26. Are you ready for married life?
Ready. But not now. I’m to young and still have lots of things to explore.

27. Do you think you will still be a virgin until you get married?
Still! Present paling indah for my beloved husband nnt.. =)

28. Will you always be true to your wife/husband?
I'll try.

29. How many kids would you like to have?
4. Saya mahu sorang dr anak saya, Angah kena bagi nama.

30. A new house for a newly wed or an old one?
Tak kisah. Saya nak apartment sahaja. More privacy dan saya suka ruang yang kecil.

31. Will you celebrate silver wedding, gold wedding or diamond wedding?
Warna lain tak boleh ke?

32. What kind of cuisine would you like for your wedding?
Traditional. Malay food.

33. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
Both also can.

34. Whose wedding plans would you like to know next?
Fasyali. Maybe dia akan kahwin dulu dari saya. =p