Thursday, November 6, 2008

Cherish the moments

Dulu aku ada minat kat sorang lelaki ni. Lama jugak la aku minat dia. Aku selalu tengok dia. Kalau dapat peluang untuk borak sama-sama, aku takkan lepaskan peluang tu. Makin lama kami makin rapat. Dan makin kami rapat, perasaan sayang makin bertambah-tambah dalam diri aku. Kawan aku kata, kalau perempuan yang terlalu suka kat lelaki... nanti bila lelaki tu jadi kekasih kita, dia mesti tak sayang sangat kat kita macamana yang kita sayang kat dia. Lain lah kalau lelaki tu yang beria-ria suka kat kita, kalau dia dah dapat kita, dah pasti dia akan jaga kita sebaik-baiknya.
Aku pernah beritahu kat lelaki ni yang aku suka dan sayang kat dia. Dia pernah cakap kat aku, kalau aku betul-betul sayangkan dia, aku kena bersabar dan tunggu. Mula-mula tu aku boleh lah sabar. Sampai satu tahap aku tak tahan. Aku rasa macam buang masa dan aku terasa macam aku ni syok sendiri. Satu hari tu, aku mesej dia. Aku cakap kat dia aku dah tak sanggup nak teruskan hubungan ni sebab aku seolah-olah sedang bermain dengan perasaan aku sendiri sedangkan dia tak pernah memahami apa yang aku tengah rasakan. Dia terkejut dan dia kata kat aku, kalau aku tak sanggup nak tunggu lagi dan aku rasa penantian tu satu penyiksaan, dia suruh aku berhenti daripada menyukai dia dan kita boleh jadi kawan seperti biasa.
Tapi kami dah tak serapat dulu. Aku selalu cuba larikan diri dari dia. Kadang-kadang dia ada juga mesej dan ajak berjumpa. Tapi aku selalu elakkan diri dari dia. Satu hari tu, kawan aku berborak dengan aku. Dia tanya aku kenapa aku elakkan diri dari lelaki yang aku suka selama ni. Aku pun cerita lah dengan dia. Dia kata aku bodoh. Aku senyap. Dia kata lagi kenapa aku tak sharing je saat-saat indah dengan dia sedangkan aku dah dapat pun bersama dengan dia walaupun kami belum tentu boleh bersama. Dia kata lagi, kenapa perlu kehilangan dia sedangkan selama ni aku dah pun buat dia happy. Kenapa tak cherish je saat2 aku dengan dia sebab aku dah dapat pun mengenali dia cuma aku belum dapat memiliki sahaja.
Aku tak berkata apa-apa. Cuma aku rasa menyesal dengan diri sendiri. Kalaulah aku dapat bersama lelaki tu kembali, aku hanya mahu cherish semua saat-saat yang indah dengan dia. Aku sudah tak terfikir untuk memilikinya kerana untuk memiliki perkara yang memang kita inginkan dalam hidup kadangkala adalah perkara yang paling sukar untuk kita perolehi. Dan sekiranya kita mampu perolehi, kita cubalah untuk menghargai.

22 comments:

iamstradust said...

penantian memang menyiksakan

ia akan jadikan kita dugun tak bertempat

Anonymous said...

sapalah bagi idea buat entry ni ek...

lalalalalala (sambil makan lolipop)

Fasyali Fadzly said...

ermm...........

Anonymous said...

tahniah..

padan muka

pjoe said...

pelan2 kunyah cinta
jangan sampai tergigit lidah!

:P

CikAjune said...

razaisyam :tak payah lak tunggu kalau kamu rasa akan jadi dungun tak bertempat. =)

vitamin: mengapa kamu?fikir sesuatu??

Anonymous: kamu mesti anti saya kan??hehe.

pjoe: hehe. itu cerita lama.dah tak ingat pon. =)

Fasyali Fadzly said...

aku selalu macam tu.. selalu aku suka kat orang. aku cakap pada dia, then dia tak respon. dia buat macam tak reti atau sebaliknya, layan aku as couple (tp scandal je), but then at the end, macam cilanat. aku akan rasa bodoh masa tu sebab aku dah bazirkan space dlam hati aku untuk dia yang tak reti dan tak faham aku. guna aku untuk macam2. byk kali aku jatuh cinta, tapi tak leh nak couple sebab aku tak boleh blah dengan dia sebab kdg2 aku dapat perempuan yang macam cilanat. sebab tu kdg2 aku malas nak fikir dan tulis "ermm......"

Fasyali Fadzly said...

ko bubuh nama aku fasha?? tu nama adik aku la wei... tapi takpe, sebab ko labelkan aku soulmate.. huhu.. betul ke soulmate beb??

CikAjune said...

vitamin: aik??marah benor kamu?? of course la beb. kau selalu memahami aku. =)

Kristal Media Group said...

.... ntah la.... =)

Anonymous said...

oi anonymous..nak kutuk orang pakai nama sendiri la..apa barang pakai nama anonymous..ajune,bile last paper?? jom visit angah kat pandan indah nnt..

angah darl, apesal saya susah nak comment kt blog kamu. byk kali saya cuba tapi gagal..huhuhu [pinjam page blog kamu kejap ye ajune ;)]

CikAjune said...

dayanie: boleh aja.saye pon dah nak cuti nie.pastu nak cr kerja.nnt kite g visit angah ekh. =p

Anonymous said...

hye ajun...d baru tau ajun ada blog..hahah t add d kat list ya..d nye blog...
http://dewidania.kronikus.com

btw..dari ceriter ajun ni kan..d dapat rasa camne ajun rasa..sedih oo tunggu.kite perempuan,lain yg kita pk lain yg kita ingin kan..kan? sabar ya...slow2 la rapat lik dengan dia okeh..;)gudluck bebeh

Firaz said...

Salam...

apa kata untuk hiburkan hati yang lara.. dengarkan
'cinta dalam hati-ungu'...;-)

i n - c h a n said...

perkara ini berlaku sebijik dengan apa yang berlaku kat saya. sedih memang sedih.tapi tula, saya pun menjauhkan diri dari org yg sy suka gila tu sebab susahlah kalau nak kena tunggu dan tunggu. i just couldnt wait any longer. apa-apa pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah kan.hehe
btw, saya dah lama bc blog awk ni.just skarang je bru nak komen.hehe

CikAjune said...

dewi: hehe.takla beb.i okay la.=)
banyak lagi benda yang lebih menyedihkan drp ni.hehe.i link u nnt.

firazzuri: salam.hehe.tak pernah dengar lagu tu.

in-chan : yep2.setiap yang berlaku ada hikmahnya.=) tq2. nnt saya akan melawat ke blog kamu ye. =)

amscreamo said...

link me dude.i'll link u.

Firaz said...

Salam..

aiseh.. tak pernah dengar ke dik...??? cuber la dengar...
hehehe.. lirik dia ada kena mengena skit dengan entri kali ni.. ;-)

pastikan dengar..
"cinta dalam hati-ungu"

Ki Kiey said...

btul,
penantian satu penyeksaan,.

tapi kadan2 penantian itu berbaloi:]

i'll link u

CikAjune said...

am : i'll dude! =)

kikiey: thanks!

azri abu hassan said...

bawa la turun dewa dan dewi jatuh dari langit..

Anonymous said...

jangan disimpan hasrat memiliki kerana ia hanya nafsu semata-mata.hargai apa yang ada kerana ia adalah lebih berharga daripada tiada.jangan timbulkan penyesalan di hati kerna ia hanya akan terus menghantui jiwa.belajar dari kesilapan dan dari itu kita membina sesuatu yang baru dan terus move on.
good luck 4 u n all of us~