Thursday, November 6, 2008

Maskara Shorties

Weekend lepas aku pergi dengan kawan-kawan yang aku suka ke Maskara Shorties. =) Masa mula-mula je aku sampai aku tengok dah ramai orang duduk dan bersedia nak tonton semua filem-filem pendek yang ada. Mula-mula sekali aku terus cari angah. Sebaik la angah duduk depan so aku agak senang la nak cari dia. Aku tak dapat duduk dengan Angah sebab tak cukup tempat. Aku jumpa Fasyali lepas tu dia ajak aku duduk kat depan sekali dengan D, Ramat dan Shasha. Nasib baiklah masa kitorang datang tu, tayangan dah nak mula. Sepanjang program tayangan untuk malam tu, banyaknya aku tak senang duduk. Mungkin sebab terlalu banyak tayangan dan mungkin juga aku rasa panas malam tu.

Pujian aku berikan pada filem Kasi Pecah. Daripada filem ini bermula sampai ke ahirnya aku mampu ikut. Konsep hitam putih ala-ala noir serta watak pada hero adalah berbeza sama sekali. Mungkin sekiranya watak yang pengarah gunakan adalah watak biasa, filem ini akan menjadi filem yang membosankan. Tetapi watak mime dan ayat-ayat yang digunakan di dalam filem ini menarik minat aku untuk terus menonton sehingga ke akhir. Seolah-olah aku sedang menonton teater dan pelakon itu sedang bermonolog seorang diri di atas pentas. Pendekatan serta konsep yang digunakan oleh pengarah sangat menarik minat aku untuk terus menonton. Jalan ceritanya teratur serta karakter pada watak utama berkesan.

Aku tak pernah lagi tengok final produk filem The Lost Communication. Hari tu Angah cakap tak habis edit lagi. Antara sebab aku ke Maskara Shorties adalah untuk tengok filem tu. Aku tak sangka penonton boleh duduk diam dan tengok filem tu dari mula sampai akhir. Tapi aku agak kecewa bila dah nak sampai ke tahap klimaks, cerita tu tersekat-sekat. Dan sebab tersekat, orang semua gelak bila dialog terakhir yang watak utama tu cakap. Kawan-kawan aku sendiri kata dialog terakhir tu tak sesuai untuk diletakkan. Pada mulanya, aku sendiri rasa ayat tu kelakar tapi aku fikir balik adakah sebab cerita tu tersekat-sekat orang mula tak fokus dan merasakan dialog terakhir tu kelakar? Aku masih tak puas hati dan semalam Angah pasang balik short film tu kat rumah aku. Dengan kawan-kawan aku sekali tengok semula. Tiba ayat akhir yang watak utama tu cakap, diorang tak gelak. Aku pun tak gelak. Aku terus pandang kawan aku, aku cakap kat diorang, “Tak kelakar kan dialog tu?” Diorang senyum-senyum je pandang aku. Aku tanya Angah, “ kenapa ada quotation akhir cerita ni Ngah? Sebab hari tu takde pun??” Angah pandang aku, Angah cakap, “Kau jangan tanya kenapa!” Hehehe.

Aku sarankan pada mereka yang rasa dialog terakhir tu kelakar, cuba lah tengok filem ni lagi sekali. Mungkin hari tu korang dah disajikan dengan majoriti filem yang kelakar dan korang harapkan dalam filem The Lost Communication ni ada lah juga terselit sikit-sikit benda yang kelakar. Sampai bila nak disajikan dengan filem-filem yang kelakar kan? Kadang-kadang filem yang berat tu lebih memberi makna. Filem bukan untuk sekadar hiburan suka-suka tetapi sebagai medium paling besar untuk mendidik masyarakat kita. Sebab tu aku tak suka tengok berita, aku lebih suka tengok movie. Bagi aku movie lebih banyak sampaikan maklumat-maklumat yang bagus kepada masyarakat berbanding berita. Bukan aku bermaksud, aku memangkah filem-filem yang berunsurkan kelakar. Tapi kalau kelakar pun, biarlah ada mesej yang nak disampaikan. Bukan nya ikut tangkap muat je.

Aku bukan nak bias. Tapi aku rasa kakak aku telah sampaikan satu mesej yang bagus kepada masyarakat dan aku memuji filem itu. Angah, jangan bangga sangat! =) Lepas ni aku pulak ganti kau. InsyaAllah. Syabas juga pada grup Sindiket Soljah kerana menganjurkan program seperti ini. Aku tak kisah kalau aku tak dapat makan pun sebab yang aku lebih teruja adalah filem-filem yang akan ditayangkan. Cuma terlalu banyak filem membuatkan aku sedikit hilang fokus dan pemilihan filem-filem tidak begitu teratur. Dan kebanyakkan filem yang aku tonton, konsepnya seakaan-akan serupa. Banyak pengarah yang lebih suka menggunakan tulisan-tulisan daripada menunjukkan visual. Adakah mereka berharap dengan adanya tulisan-tulisan tersebut mampu menarik minat penonton untuk terus menonton berbanding dengan visual-visual yang dipaparkan? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin mereka mempunyai jawapan tersendiri. Aku harap akan ada lagi program-program seperti ini dan untuk semua, jangan lupa untuk memeriahkan program Screen & Talk yang akan berlangsung kembali dalam bulan ini.

6 comments:

Anonymous said...

Aku bukan nak buyers.

Bias ye cik adek!! sila mantapkan skill bahasa inggeris kamu sebelum menkomen filem org..hehe

p/s : i tak bangga nok..terharu sikits.. :)

CikAjune said...

ouh..salah ekh?
aku tatau pon.hehehe.
mintak maap la.
bahasa inggeris kurang mantap..
opsss!

Tok Rimau said...

Bila dapat tengok filem Cik Ajun pulak.

Kim salam kat Angah.

Dhila said...

Yup, Filem memang medium utk tunjukkan seesuatu. Sampai bila nak berpoya-poya sahaja.

Tiba masanya budayakan masyarakat dengan filem yang 'sesuatu'.

Fasyali Fadzly said...

utk ajn n kak adeq,
eh, kjap.. yg korg maksudkan 'bias' tu ape? bias=berat sebelah ke, buyers=pembeli.. klu bias=berat sebelah, betul la ejaan bias tu kak adeq.. cuba try check kat dalam thesaurus kat ms word..

CikAjune said...

tok rimau: hehehe.InsyaAllah.dah banyak sangat permintaan nie.tp saya tak berani lg.=) baik!

dhila: yes! at least, takde la nnt orang kata filem kita ni sekadar untuk seronok2 je kan.

vitamin: hahaha.betul la encik kakak aku cakap tu.aku dah tukar balik ayat tu.