Tuesday, November 25, 2008

Bola sepak : Lelaki atau Perempuan yang lebih menguasai??

Oberservation yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2008 mengenai lelaki dan perempuan yang suka bermain bola sepak dan pada mereka yang suka menonton bola sepak di mana-mana kedai berdekatan adalah seperti berikut:

Pemerhatian pertama

95% kaum lelaki yang bermain futsal atau bermain bola sepak padang lebih cenderung bermain permainan ini adalah kerana rasa minat yang tinggi serta sudah menjadi sebahagian daripada hobi. Faktor ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian dimana seluruh kedai futsal mahupun padang-padang yang terdapat di sekitar kawasan rumah kebanyakkannya adalah terdiri daripada kaum lelaki.

5% kaum lelaki yang bermain futsal atau bola sepak padang adalah lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan menghiburkan hati ketika sedang bersedih mahupun sedang bergaduh dengan teman wanita mereka. Kemungkinan besar permainan ini merupakan salah satu terapi yang bagus untuk mereka.

20% kaum wanita yang bermain futsal atau bola sepak padang adalah lebih cenderung untuk menguruskan badan mereka dan menganggap bahawa permainan ini sebagai satu keseronokan dan mampu menggembirakan hati. Dan diantara lainnya, kaum wnaita beranggapan bahawa futsal mahupun bola sepak padang lebih mencabar dan merupakan salah satu sukan yang lasak. Oleh itu, pemerhatian mendapati kebanyakkan pengkid mahupun wanita tomboi yang lebih mengusai daripada wanita-wanita lain.

10% kaum wanita yang bermain futsal mahupun bola sepak padang adalah kerana bimbang sekiranya teman lelaki mereka akan membuat agenda lain semasa bermain futsal dan adalah lebih baik sekiranya mereka turut menyertai sama walaupun mereka tidak tahu untuk bermain sekalipun.

70% selebihnya adalah pada kaum wanita yang tidak bermain futsal atau bola sepak padang tetapi lebih suka menghabiskan masa menyaksikan teman lelakinya bermain permainan ini. Faktor-faktor pemerhatian yang telah saya lakukan mendapati kebanyakkan kaum wanita tidak mempercayai bahawa teman lelakinya bermain futsal mahupun bola sepak padang sebaliknya pergi melencong ke tempat lain.

Pemerhatian Kedua

98% kaum lelaki yang menonton bola sepak adalah disebabkan minat yang mendalam terhadap pasukan kegemaran mereka atau dalam erti kata lain merupakan ”Kipas susah mati” (Die Hard Fan). Antara faktor-faktor pemerhatian yang mapu membuktikan penyataan di atas adalah melalui pakaian yang akan mereka pakai setiap kali pasukan mereka bertanding. Dan pemerhatian juga dilakukan di kedai-kedai mamak, dimana didapati kebanyakkan mereka tidak akan mengendahkan orang-orang sekeliling mahupun teman wanita mereka sendiri setiap kali perlawanan sedang berlangsung.

Hanya 2 % daripada kaum lelaki yang tidak menonton bola sepak disebabkan rasa tidak minat mahupun terlalu banyak komitmen-komitmen lain yang perlu difikirkan selain daripada menonton bola sepak.

65% kaum wanita yang menonton bola sepak adalah lebih cenderung mengikuti teman lelaki mereka dan bukan sebab meminati permainan tersebut. Penyataan di atas dapat dibuktikan melalui pemerhatian dan temu bual terhadap kaum-kaum lelaki yang mempunyai teman wanita dan terpaksan membawa teman wanitanya untuk menonton bola sepak bersama. Akibat daripada rasa cemburu dan terlalu rasa was-was sekiranya teman lelaki mereka bukan menonton bola sebaliknya membuat agenda lain, mereka lebih rela untuk menonton bola bersama-sama teman lelaki mereka walaupun tidak meminati.

25% kaum wanita yang menonton bola sepak adalah terdiri daripada kaum-kaum wanita yang merupakan die hard fan bagi pasukan-pasukan bola sepak yang mereka sukai. Kebanyakkan daripada mereka akan menampal segala macam perhiasan pasukan bola sepak kegemaran mereka di kereta, bilik, cermin mahupun akan membeli barang-barang pasukan kegeramaran mereka sebagai tanda sokongan yang kuat. Kaum wanita yang terdiri di dalam golongan ini digelarkan oleh saya sebagai ”wanita yang obses tetapi poser”. Penyataan ini dibuktikan melalui pemerhatian yang telah saya lakukan serta temubual bersama mereka. Contoh temubual adalah seperti, siapakah pemain bola sepak MU nombor 7 itu? Dan apabila saya menanyakan soalan tersebut mereka tidak mampu menjawab sebaliknya tersipu-sipu malu kerana mereka sendiri tidak tahu. Jadi, mereka layak digelar sebagai poser.

Hanya 10% daripada kaum wanita yang tidak menyaksikan bola sepak sebaliknya lebih suka untuk duduk berbual dengan rakan-rakan yang lain atau datang sekadar untuk menemani kawan-kawan lelaki yang lain. Ini dapat dibuktikan melalui SAYA sendiri yang tidak suka untuk menonton bola sepak sebaliknya lebih suka duduk dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan sepanjang 2008 ini, saya dapat simpulkan di sini bahawa:

Saya seorang gadis yang suka observe orang.

Menonton bola sepak bukannya aktiviti kegemaran saya.

Saya tidak die hard fan pada mana-mana team bola sepak yang ada.

Saya pakai sahaja mana-mana jersey bola sepak yang kawan-kawan saya belikan pada saya.

Saya tidak suka ikut kawan lelaki saya pergi bermain futsal mahupun bola sepak padang melainkan sekiranya saya mempunyai teman untuk berborak.

Saya suka pergi kedai mamak dan melihat orang-orang yang sedang menyaksikan bola sepak.


Sebenarnya....


Saya nak main futsal tapi saya tak ada kawan yang nak main sama!!

16 comments:

iamstradust said...

jom main futsal sama2

sy boleh main macam christiano ronaldo

tendangan sy juga laju

CikAjune said...

ye ke nie awak oi??
bukan awak kate kat saye awak tak nak main bola dengan saye ke???

pjoe said...

ronaldo pondan la
hahaha

meh sokong liverpool sama2

tendangan saya boleh pergi melencong
bak kata ely

SAMPAH said...

jadi?

Anonymous said...

jomm..main futsal mcm dulu2.. male vs female.tp letak extra syarat. lelaki tidah dibenarkan score..wah gituu!!

~herfizul akma nasaruddin~ said...

man u tetap terbaek!!!

jom la futsal..
saya pula terer lorong bola..

dan juga terer kutuk chelsea ngan liverpool..

hahaha..

jaga2 men futsal ngan ajun..
dia suka amik kesempatan weh..
hahaha

CikAjune said...

pjoe: yeah! saye ade jersey liverpool!hehehe.nnt kuar ngan pjoe, kite pakai same2 tau! =p

wizard: jadi..saya nak lantik abang zaidi jadi keeper saya.wah!!

dayanie: hahaha.lelaki tidak dibenarkan mengganas walau sekalipun dan dilarang sama sekali membawa teman wanitanya sekali!!

ijoy: saya anti MU.so, kamu tak boleh geng dengan saya!!! =) raba sket2 je.heeheh.

Anonymous said...

bestkan tgk awek2 yg gosok mata n main handset masa bf tgk bola..konon2 support la..tak dapat de kan babe...

runningman said...

psychology mengapa org laki suka main/tgk bola simple je, sebab main/tgk bola tu satu escapist. sesuatu yg lari dari rutin. org laki lari, gelecek bola, score, save, gaduh, menjerit, tak puas hati, buat kawan, dpt musuh sebab semua tu lari dari rutin/kebiasaan. saya rasa mcm tu la kot...he he

*ps- manu&liv sucks...

Seyn Jukey said...

37.29% perempuan main futsal sebab itu trend masa kini.
haha.

CikAjune said...

fazleena: hehe.drp tgk, baik kite g karaoke kan ngah.lg best! jom beb!=)

azrai: haha.saya ade jersey liverpool.tp saya pakai je ape2 jersey yang kawan saya belikan kat saya.MU nye jersey pon boleeehh! =p

seyn: dah la nak ikut trend, pastu jalan kat tempat futsal dengan perasaan angkuhnya knn2 hebat gile la main futsal.hehe.

Anonymous said...

Apa kelas tengok bola.

Tak best pun. Ntah hape hape je orang yang minat bola ni.

Tengok lumba kuda longkang la (rujukan: Sikit Punya Gila)

Anonymous said...

ahahah!!
saya suka bermain bola sepak juga.
pasukan kegemaran saya liverpool football club.
kepada mereka yang merasa hebat bermain futsal, silalah beri tunjuk ajar. sebab saya baru nak up.
kalu kalah, saya belanja teh ais.
kalu anda pula yang kalah, sila humbankan baju2 yang anda pakai tu ke sungai berdekatan glenmarie dan batu tiga.
dan kepada mereka yang mengutuk pasukan liverpool, saya rasa adalah best kalu kita mengadakan perlawanan. bukan nyer futsal, bukannya bertumbuk tunjuk gagah, tapi berlawan ilmu pengetahuan EPL.
janganlah sekadar melepas batuk ditangga, janganlah la sekadar baling batu disembunyi tangan. mari kita uji pengetahuan bola kita sebab dari situ, barulah kita dapat lihat siapa yang bisa mentertewakan lawannya yang gagal membalas soalan yang dilemparkan.
haha.

Anonymous said...

setinggi mana pun ilmu bola korang, korang tetap anak malaysia. jangan lupa diri ya.

btw C. Ronaldo sucks! -gentel bola tiba-tiba, takde sebab. betulkan? hehe

Anonymous said...

oh saya pun mengikuti perkembangan bola sepak messiah yang, bagi saya sebagai peminat bola sepak, macam hampeh!
kecewa dengan keadaan semasa, saya lebihkan minat pada liga buatan inggeris.
kadang2, kita tengok bola sepak bukan dari segi kehebatan pemain2 itu menimbang atau menolak atau menahan atau merebat bola dengan gayanya, kita juga memerhati struktur padang, kekukuhan kedudukan kelab di dunia saham, dan perpaduan peminat kelab tersebut. Ambil contoh, kelab everton, sebuah kelab dari England, jiran pula kepada Liverpool dari segi sejarahnya boleh lah di samakan ngan Sabah. sebabnya, dua2 team ni ada je dalam liga divisyen masing2, tapi tak penah menang ape2. Tetapi kenapa penyokong2 di luar sana ( yang betul2 mengikuti perkembangan EPL ) masih mampu mengetahui dengan terperincinya tentang kapasiti saiz stadium Goodison Park ( 40,158 tempat duduk ) berbanding stadium likas ( erm, maaf saya tak tahu jumlah sebenarnya. )
Percayalah FAM, kami sokong bola sepak Messiah, malah kami sayang Harimau Malaya. Jangan salahkan peminat tempatan jika mereka beralih ke liga luar negara. Dan kepada Diana, Messiah tetap di hati ku... HAHA.
P/S- ntah, mengelabah je ronaldo. Gentel t**** sendiri la!

saplo182 said...

ntah ronaldo pondan bek liverpool gangster sket.. haha.. ynwa... pjoe tawun kiter mesti menang.. saye terer rembat pasing jauh.. tapi lari agak perlahan lar.. haha.. alonso lar kunun2.. kalo nak men putsel buleh dak saye pollow.. mail ah saye saplo182@gmail.com sangap weh.. dulu2 dok temerloh slalu ah men.. tapi dok kl neh cam takde geng je.. huhuh..

ynWA walk on walk on