Dah lama rasanya aku tak dapat rehat yang secukupnya macam hari ni. Rasa betul-betul dapat luangkan masa yang cukup setelah sekian lama penat berkerja. Barulah sekarang aku sedar apa yang Angah cakap benar-benar belaka. Kerja dengan CiptaAsia memang memerlukan tenaga yang secukupnya. Dalam seminggu ni aku tidur tak pernah betul dan aku selalu sahaja letih. Hari minggu pun kena kerja juga terasa seperti kalau sehari tak masuk ofis..pelik semacam je perasaan ni.
Result dah keluar. Semester ni aku dah boleh jangka result aku akan turun. Aku bagitahu kat abah semalam, abah macam marah juga dengan aku. Tapi aku harap abah faham aku ada masalah besar yang kadang-kadang masalah itu turut menganggu pelajaranku. 2009 tidak menjanjikan apa-apa. Aku tidak mempunyai sebarang azam kerana setiap kali aku berazam, azam itu akan jadi suatu perkara yang sia-sia dan aku lupakan begitu sahaja. Jadi, aku lebih suka sekiranya tahun 2009 lebih menjanjikan perkara-perkara yang menggembirakan dan sekiranya ada masalah, aku mampu mengatasi semuanya dengan tenang dan matang.
Aku juga bakal ke dunia pelajaran kembali dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun hati sudah minat berkerja dan sudah banyak menimba pengalaman, tetapi pelajaran tidak sepatutnya aku cuba untuk abaikan. Abah suruh aku sambung Master lepas selesai degree, tapi aku pula terasa nak berkerja. Aku masih belum fikir lagi keputusan yang patut aku buat.
31 dis ini, hari terakhir aku dan kawan-kawan akan menamatkan kerja kami. Aku sangat suka berkerja dengan semua orang-orang di dalam CiptaAsia. Mereka sangat sporting dan friendly. Walaupun kami semua berkerja hampir 24 jam sehari, tetapi kami tetap enjoy. Semoga tahun 2009 menjanjikan sesuatu yang lebih membahagiakan untuk aku serta keluarga. Amin.
1 comment:
masa belalu terlalu laju...ada masa gembira dan ada masa sedih...ada naik dan ada turun...yang penting kita dpt belajar dari semua yg telah berlaku... :)
Post a Comment