Friday, December 26, 2008

Perempuan lebih Pentingkan Diri Sendiri dan Tamak tetapi lelaki lebih Ego

Disebabkan aku seorang obsever, jadi aku telah mendapat satu kajian baru tentang kaum perempuan dan kaum lelaki yang wujud di muka bumi ini. Dan selalunya bila ada kawan-kawan yang datang meminta pendapat tentang lelaki mahupun perempuan,  aku selalu akan memberikan jawapan yang termaktub pada entry di atas ini.

Selalunya kawan-kawan lelaki aku mempunyai masalah cinta yang lebih kurang sama. Contohnya seperti dialog di bawah ini:

Kawan aku: June, aku frust betullah dengan minah ni. Dia suka main tarik tali dengan aku. Dia layan aku punyalah baik gila, macam dia memang betul-betul suka kat aku la. Tapi sekarang ni aku tengok dia kuar dengan lelaki lain beb! Dah lah tak hensem lelaki tu. Aku memang jauh lagi hensem dari dia lah! Tapi, kenapa dia tak pilih aku June?!

Aku: Kau tanya dia tak kenapa tiba-tiba je dia pergi kat lelaki lain dan tak pilih kau?

Kawan aku: Dia kata sebab aku takde kereta…Dia je yang selalu call aku, selalu belanja aku. Dia tak sanggup nak bersusah-susah dengan aku sebab aku ni takde apa-apa.

Aku: Kalau aku jadi perempuan tu pun aku tak nak kat kau beb.

Lepas aku cakap macam tu, kawan aku terus merajuk tak nak layan aku dah. Hehe. Persoalan aku dah terjawab pun sebenarnya. Perempuan kadang-kadang perlu jadi selfish untuk dapat yang terbaik dan kadang-kadang perempuan sanggup tinggalkan lelaki yang tak berusaha memberikan sumber kewangan lalu memilih lelaki yang mampu memberikan kesenangan kepada mereka. Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu. Walaupun masih ada perempuan yang tidak kisah tentang lelaki yang tidak mampu memberi kesenangan tetapi lambat laun kaum perempuan akan berfikir semula.. takkan lah lelaki kena duduk kat rumah dan kaum perempuan kena kerja pulakkan?

 

Perempuan selalunya tamak. Itu adalah kenyataan yang sebenar dan aku sendiri kadangkala tamak dalam membuat pilihan dan apabila sudah kehilangan, kita akan rasa seperti di’reject’ dengan begitu sahaja. Contohnya seperti situasi di bawah.

Kawan aku: Beb, kau nak tau tak? Fairuz (bukan nama sebenar) sekarang dah ada gf tau. Aku frust lah!

Aku: Ye ke? Baguslah tu. Bukan kau pun tak suka dia ke? Selama ni korang kawan je kan. Takde apa-apa hubungan kan?

Kawan aku: Memang lah. Tapi dia dah lama suka kat aku. Sekarang ni, bila dia dah ada gf, aku rasa macam kehilangan lah beb. Dah takde orang nak mesej or call aku macam dulu lagi, dah tak boleh nak lepak sama-sama… Aku malas lah nak kacau dia dengan gf dia tu.

Aku: Laa…kenapa pulak tak boleh? Korang still kawan macam dulukan? Lagipun kau kan banyak skandal lain. Buat apa pulak nak rasa kehilangan. Dulu dia beria nak kat kau, kau tak nak. Sekarang ni, bila dia dah ada gf, barulah kau rasa kehilangan pulakkan.

Kawan aku: Entahlah. Mungkin aku ni tamak kot beb?

Sebenarnya itu perkataan yang aku nak cakap kat kawan aku ni tapi sebab tak nak dia kecik hati, aku tak cakap lah. Tapi, bila dia dah cakap dulu, aku percayalah yang dia sedar dia tamak. Perasaan tu bukan ada kat dia je, aku percaya banyak kaum perempuan yang sama keadaannya seperti kawan aku ni. Termasuklah aku. Hehe.


Lelaki selalunya lebih Ego. Aku selalu sinonim dengan kaum lelaki yang ego dan pada kaum lelaki jangan sesekali mengatakan bahawa anda adalah lelaki yang tidak ego. Aku dah bertembung dengan bermacam-macam lelaki yang egonya tinggi. Kesian kat kaum perempuan kadang-kadang kan. Macam kes kawan aku kat bawah ni lah.

Kawan aku: U…perlu ke I pujuk dia balik ek? I rasa macam malas je nak pujuk dia.

Aku: Hello cik abang…Masalahnya salah u tau. Bukannya salah gf u ok!

Kawan aku: Ala..memang la salah I. Tapi I tau. Lambat laun dia mesti datang kat I balik. Tak payah pujuk pun takpe lah.

Aku: No! I kata u kena pujuk, I nak u pujuk jugak. Bagilah dia bunga ke, coklat ke, nampak la u tu sweet sikit.

Kawan: Bunga?? Please babe…! I takkan kot buat macam tu.

Aku: Bagus lah tu. Ego sangat!

Aku pulak yang tiba-tiba jadi emosional masa tu. Bagi aku, lelaki tak perlu ada ego untuk orang-orang yang mereka sayang. Sebab tak pergi kemana pun ego orang lelaki ni. Kadang-kadang bila kita terlampau ego, kita susah nak memiliki orang-orang yang kita sayang. Masa tu, kalau pasangan kita dah ada orang lain pun kita dah tak boleh nak menyesal sebab kita yang memilih untuk berkelakuan begitu.

Entry kali ni untuk mengingatkan diri aku juga sebenarnya. Hehe. Dan entry kali ini adalah kenyataan yang sebenar berlaku. Kaum perempuan kadangkala perlu menjadi tamak dan selfish semata-mata untuk memenuhi kesenangan masa hadapan mereka dan apa yang perlu dilakukan oleh kaum lelaki adalah meyakinkan kami bahawa korang semua mampu memberi kesenangan serta kegembiraan terutamanya pada hidup kami. Dan bagi kaum lelaki, kadangkala kita perlu ego tetapi perlu mengikut situasi juga. Ego yang terlampau-lampau kadang-kadang boleh buat orang menyampah dan malas nak layan. So guys, try to be a loveable person! 

15 comments:

'jenny' said...

agak setuju!
;)

afrohead said...

bercakap dari pengalaman sendiri.
aku tak tau pulak pasal lelaki lain.
ini pengalaman aku..

sebenarnya kalau lelaki dah sayang,
dia akan buang segala ego dia.
dia akan campak jauh2 maruah dia.
semuanya sebab perempuan yang dipuja.

dan bila dia tersedar yang selama ini dia dipermainkan.
dia akan rasa menyesal.
menyesal kerana buang ego dan maruah dia hanya kerana seorang perempuan.
dia akan terasa bodoh..
dia akan ambil masa untuk pulih..
dan kembali berdiri dengan penuh ego.
:)

a.b geldofg said...

tapi saling mmerlukan

Kristal Media Group said...

setuju sangat dengan anas afrohead!

tapi kan ajun, for me, perempuan bukanlah pentingkan diri...
memang realiti perempuan yg masuk ke fasa matang akan memikirkan keadaan kewangan dan sikap si lelaki itu... itu harus dan perlu... sebab perkahwinan bukan sekadar cinta kepada pasangan, tapi perlukan cinta kepada diri sendiri dulu... so, cintai diri sendiri dgn memilih yang mampu memimpin dan memberi kehidupan yan bukan mewah, etapi yg secukup adanya...

Fasyali Fadzly said...

aku lelaki yang ego..

Anonymous said...

aku pula lelaki yang tamak!
hahaha!!
(martial riff)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Memang perempuan perlu tamak n kadang2 perlu juga sedikit pentingkan diri. sbb zaman skrg bkn cm dulu suma perlu bergntung pd lelaki. zmn skrg perlu berdiri d ats kaki sndiri beb!

laki mmg ego. kdng2 terlalu ego smpai xpeduli prasaan perempuan. ego perlu tp bertempat la...

tp, setiap manusia baik lelaki mahupun perempuan ada kelebihan dan kekurangan masing2 cuma kita yg perlu berusaha utk menjadikan diri kita yg terbaik utk pasangan kita...

Dewi'Dania said...

btw kekadang lelaki pun tamak gak ajun..
ada setengah kenalan d nie.
ada gf,tapi nak skandal dengan d..then nak searching ag...last2 agak x dapat nak angin dengan d dengan gf dia..cam cipet..hahahah..
so senang ceriter.semua sama je..hahahah x gitu?

amer zaman said...

apa boleh buat...

kalau tak....

tak mencabar...

Fasyali Fadzly said...

apa-apa pun semua manusia terlalu bergantung kepada fizikal dan material. lelaki suka perempuan cantik dan perempuan suka lelaki kaya.

CikAjune said...

anas: hehe.kamu pernah lalui?

ab: yes...i agree that!

semut kecil:ye lah..tp lelaki kena selalu ingatkan dia jugak.sebab kdg2 diorang selalu lupa dengan tanggungjawab sendiri.

vitamin: ye ke?

gadis kampung: yep. semuanya ada pro & kontra.

dewi: lelaki tamak jarang saya jumpe.=)

amerzaman: kalau tak, lelaki tak berkerja keras. =p

Dewi'Dania said...

hah..skang d banyak jmpe lelaki tamak..x cukup sorang .da ada gf tapi nak skandal.x cukup skandal dia pasang gundik..hahahahah gile pelik.
kekadang diri terasa dianiaya la ajun..hoho..

Anonymous said...

laki + pompuan = sama

freak_done

Anonymous said...

i setuju gegila yg lelaki ego tahap dewa.
i ade kwn.die dh break dgn ex gf die 3 years but still xdpt forget ex gf die.mula la citer ngan kwn2 yg die slalu t'mnpk ex die kt college la,tgk ex die dari jarak jauh dh cukup la..bla bla n bla.tapi bila sruh gi call or sms xmoh.ckp xnk layan dh but slalu gak curi2 tgk.hell!sanggup siot pendam dlm hati lama2 drpd nk jumpe atau say hi kt ex.now,badan pun dh kurus mcm lidi.i think makan dalam laa~ego tinggi mcm klcc!

zack said...

sket2 laki2 je yg sll yg di katakan Ego ak x fhm btol laa