Friday, May 29, 2009

Minggu Sedih Sedunia..

Saya rindu nak gaduh-gaduh dengan Shasha everytime kami handle talent2 dan extra's.
Saya rindu tengok En Syahrul bila dia stress.
Saya rindu dengan Puan Mas everytime dia akan call saya dan saya gelabah nak angkat telefon. Takut kena marah.
Dan saya sedih bila saya memberi harapan serta kata-kata palsu pada orang sekeliling yang dah excited dengan semua harapan yang dah saya berikan.
* Ada juga orang macam ni kat dunia... *

Tuesday, May 26, 2009

Truth or Dare??

Korang pernah main tak game ni? Actually bukan nya games yang seronok untuk dimain pun. Tapi kelebihannya kau lebih mengenali kawan-kawan atau pasangan kau dengan lebih mendalam sekiranya kau betul-betul jawab dengan jujur dan pandai cover sekalipun kau menipu. Truth mewakili jawapan-jawapan yang perlu untuk kau jawab dengan jujur pada soalan-soalan yang kawan kau beri dan Dare pula sekiranya kau tak mampu untuk menjawab persoalan-persoalan kawan-kawan kau maka kau akan memilih Dare sebagai denda. Denda tersebut wajib untuk dilakukan kepada pemain yang mengajukan soalan dan tidak mampu dijawab oleh indivu itu.

Aku sangat jarang main Dare. Selalunya aku memilih untuk main truth sahaja. Mungkin sebab aku suka mengenali orang yang aku baru kenal dengan lebih dekat. Seronoknya bila kita sebenarnya boleh saja bercakap bohong tapi selalunya kita memilih untuk berkata benar. Pelikkan? Dan kalau kita ada percubaan untuk menipu sekalipun, selalunya kawan-kawan kita boleh tahu yang kita sedang menipu. Ajaib juga lah. Melainkan pemain tu betul-betul pelakon hebat selalunya dia akan terselamat lah. Dan paling aku suka bila game ni kadang-kadang boleh buat kita gelak sama-sama, menangis sama-sama, bergaduh sama-sama dan melahirkan perasaan cinta juga sama-sama.

Ada juga kawan-kawan aku yang kata game ni tak best. Tak menguji minda. Tapi aku tak kisah. Bagi aku, ada perkara kadang-kadang yang kita tak tahu mengenai kawan atau pasangan kita akan kita tahu. Mungkin dari soalan-soalan kawan baik kita atau mungkin juga dari soalan pasangan kita sendiri. Kadang-kadang kita sendiri tak boleh nak jangka soalan-soalan tersebut. Lebih seronok bila kita habis saja main, kita tidak ada rasa sakit hati atau jadi lebih emosi. Sebaliknya kita menganggap mungkin begini saja cara yang paling berkesan untuk kita berkomunikasi dengan orang lain daripada kita simpan di dalam hati.

Tips nya, kalau nak main mulakan dengan soalan yang bangang-bangang dulu. Contohnya, Kau suka warna apa? Kau pernah bercinta dengan siapa? Kau dulu tomboy ke lesbian? Lebih kurang macam tu la. Lepas tu baru lah mula soalan-soalan yang lebih mendalam. Lagi best kalau dalam group korang tu ada pasangan yang baru-baru nak berputik ke, tak pun ada secret admirer yang memang dah lama tunggu jejaka/gadis idamannya ke, ataupun korang tak puas hati dengan kawan korang mungkin dengan cara macam ni je yang boleh membantu korang. Contohnya, dalam banyak-banyak lelaki kat bulatan ni, siapa yang paling u suka? Takpun, awak tau tak selama ni ada lelaki yang suka kat awak? Atau, kau ada tak rasa tak puas hati dengan aku tak selama kita berkawan ni?

Bestkan?? So.. selamat mencuba!!!

Friday, May 22, 2009

Launching di Finas dan Saloma Bistro

Di finas

Untuk apa?
Tayangan dan launching 3 budak Melayu. Saya lah pelakonnya. (bangga)

Perasaan?
Berdebar sangat bila kena duduk depan mengadap muka-muka wartawan. Senyum pun macam nak tak nak je..

Seronok ke?
Seronok! Sebab abah, mak dengan angah datang jugak!

Pengalaman?
Dapat rasa jadi ‘artis’ kejap. Terasa sangat menarik perasaan tu. Hahaha

Apa yang menarik?
Tengok pengarah bagi ucapan yang selamba dia je.

Lepas habis launching?
Kaki melecet! Teruk btol!
Di Saloma Bistro
Untuk apa?
Launching feature filem AMAN. Saya krew je.... (sha la la je...)

Perasaan?
Biasa-biasa je... (ambik hati sendiri)

Seronokke?
Aku jadi penyambut tetamu je kot tadi. Tapi ada rozita che wan. Terbaik ah!

Pengalaman
Artis salam aku tu! Ingat senang ke nak dapat! Susah kot!

Apa yang menarik?
Makanan kat situ sedap nak mampos!

Lepas habis launching?
Kaki aku melecet lagi. waaaaaa!!!!!!!

Sunday, May 17, 2009

Jawab Exam sampai 'L'ulus

Faliq kata,kalau ada kereta belakang yang nak potong kereta masa aku drive,aku kena buat apa.
Aku jawab, aku kena bagi laluan. So, aku kena ambik lorong ke kiri.
Faliq kata, Salah! Kalau ada kereta yang himpit kereta kau, kau maki je!

Boy kata, ni isyarat apa?
Aku jawab, Lintasan orang cacat lah.
Boy kata, Salah lah! Ni Faliq yang tengah melintas.
Mamu kata, kalau orang buta melintas kau kena buat apa?
Aku jawab, aku kena berhentikan kereta, bagi orang buta tu melintas.
Mamu kata, Tak payah berhenti. Kau langgar je!

Walau apa pun yang korang cakap, aku terima semua tu lepas aku dapat lesen P.
Dan walau apa pun yang korang cakap, aku tak peduli sebab aku dah LULUS exam!!
Muka tgh nervous. Tapi semua cover baik punyee...

p/s: tak sia-sia Angah belanja aku. Lihatlah dunia!! Haha

Friday, May 15, 2009

Cina 'Celup' Penuhi Hidup Saya

Nama dia Koh Joo Hin. Tapi nama glamour dia Koh. Kenapa? Tak percaya? Bila kawan-kawan aku jumpa mamat ni, aku selalu suruh diorang teka dia ni melayu ke cina. Tapi selalunya semua akan cakap yang dia ni melayu. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, muka dia sebijik macam melayu dan bila dia cakap melayu, tak ada satu perkataan pun yang pelat. Dia kata sebab dari kecik dia dah bergaul rata-rata semuanya orang melayu. Dan kawan-kawan dia pun semua adalah dikalangan budak-budak melayu. Lagi satu, alasan dia sebab dia kata dia ni cina Kelantan. Dekat rumah pun dia tak cakap cina. Dengan family selalunya dia akan speaking. Jarang sekali cakap bahasa cina. Mak dia pun suka tengok drama-drama melayu. Mungkin sebab tu lah faktor-faktor yang menyebabkan dia dah biasa dengan persekitaran melayu.

Dari segi wanita pula, aku pernah tanya juga. Dia kata dia suka wanita melayu. Dan aku pernah tanya pada dia, kalau-kalau satu hari nanti dia memang sudah serius bercinta dengan wanita melayu, macamana pula dengan penerimaan family dia. Dia kata kat aku, kemungkinan besar susah. Samada wanita tu sanggup memilih agama nya atau dia tidak akan menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut sehingga ke tahap yang serius. Faktor utama kerana mereka kuat berpegang dengan agama mereka.

Satu perkara yang menarik tentang dia adalah persahabatan. Aku dah lama kenal dia. Aku mula kenal dia daripada sekolah rendah lagi. Tapi, masuk darjah 3 dia pindah sekolah. Dan aku tak pernah jumpa dia sampailah aku tingkatan 5. Aku masuk olahraga dia pun masuk juga. Kebetulan dia nak kenal dengan aku. Padahal dia terlupa yang aku dah kenal dengan dia lama daripada dia darjah 2 lagi. Start daripada perkenalan aku dengan dia sampailah sekarang kami sangat banyak berkongsi macam-macam. Walaupun satu masa aku pernah jauhkan diri daripadanya tapi kami tetap bersahabat sehingga sekarang. Kerana bagi aku tidak ada sebab untuk aku menjauhkan diri daripadanya dan sekiranya aku berbuat begitu adalah kesilapan paling besar dalam hidup kerana kehilangan dia.

Kami sangat terbuka. Kami boleh berbicara apa sahaja. Aku boleh bertanya tentang agama nya dan dia juga begitu. Kadang-kadang ada perkara di dalam agama aku yang dia tidak setuju selalunya dia akan persoalkan kepada ku. Aku sangat suka bila ada kawan seperti dia kerana aku boleh jadi orang yang sangat terbuka bila berbicara tentang apa sahaja. Kadang-kadang dia tanya aku tentang puasa, solat, arak, hukum halal dan haram dan aku rasa selesa bila bersama dengannya. Dia selalu cakap yang aku adalah kawan baiknya. Dan dia tidak suka sekiranya aku tiba-tiba berubah menjadi aku yang dia tidak kenali lagi.

Untuk Koh, berkawan dengan u adalah perkara paling menarik dalam hidup i. Walaupun kita lain bangsa, tapi kita selalu hormat satu sama lain. U cakap u seorang yang memilih wanita. I tak rasa yang u memilih tapi u nak yang betul-betul boleh buat u bahagia untuk jangka masa yang panjang. Satu hari nanti, u akan jumpa. Wanita melayu atau cina... itu i tak pasti. =)

Wednesday, May 13, 2009

Taklimat Sepagi bersama Cik Ajune

Saya dan Shasha. Before taklimat.
Aku, shasha dengan bf shasha ke sekolah menengah Ijok hari ini. Kami kena beri taklimat pada budak-budak sekolah yang berminat untuk jadi pelakon tambahan bagi feature filem AMAN tak lama lagi. Aku dan shasha dah dapat kuasa ‘veto’ oleh en syahrul untuk mengambil alih taklimat tersebut. Ini kali kedua aku dan shasha ke sekolah tu. Tapi kali ini agak berlainan kerana aku harus beri taklimat kepada budak-budak sekolah tersebut.

Aku sempat pesan pada shasha sebelum masuk ke bilik yang penuh dengan puluhan pelajar yang tengah menunggu kehadiran kami. Aku pesan, “Asha, kalau budak-budak sekolah tu tanya kau macam-macam, kau jawab je dengan muka yang sangat-sangat happy. Macam kau betul-betul mengalu-alukan kedatangan diorang time shooting kita tu nanti tau.” Asha tergelak-gelak bila dengar aku cakap macam tu, tapi aku tahu dia faham maksud aku. Alah, kami pun pernah jadi macam diorang jugak dulu-dulu. Mungkin tak ada masalah sangat... kot?

Aku pun start lah bagi taklimat.

“Adik semua, AKAK....

Aku dengar ada budak lelaki kata, “Akak ke??”

Aku buat muka confius. Aku jawab. “Aah, Akak la. Saya tak kahwin lagi.”

Budak-budak semua menjerit gatal seolah-olah meraikan status aku yang masih tidak berkahwin sambil mata mereka menjeling-jeling ke arah cikgu disiplin yang duduk di sebelah aku. Cikgu itu pula, dengan rotan di tangan, buat-buat ambil rotan dan cuba tenangkan keadaan. Padahal malu lah tu dengan aku. Eeeuuuwww...

Aku mula bercakap balik.

“Adik-adik, nanti kita akan adakan shooting pada bla....bla....bla...bla... Kita provide makanan dan minuman bla...bla...bla..bla.... kalau ada ibu bapa yang berminat TOLONG lah bawa bersama..... bla...bla....bla...bla... hari sukan mesti ada ibu dan bapa kan... bla..bla..bla...bla... cakap dekat mak dengan bapa korang ada macam-macam....bla...bla...bla...bla....pakai baju macam hari sukan ye bla....bla...bla...bla.... ada banyak artis-artis yang best-best macam bla...bla...bla...bla... Ada soalan tak setakat ni?”

Semua senyap. Tak ada seorang pun yang angkat tangan.

Aku cakap. “Okay...sekarang semua boleh beratur bagi nama dekat kakak Shasha.Senang kami nak call korang semua.”

Diorang pun beratur. Lepas tu, ada sorang budak lelaki ni datang kat aku.

“Akak, kalau mak dengan bapak saya tak nak pergi, boleh tak?”

Aku rasa aku dah bagitahu detail tadi. Takpe...aku jawab.

Ada pulak sorang budak India datang kat aku.

“Aka...kalau saya tak boleh bawak itu mak dangan ama saya..tak apa ka?”

Aduh! Dia tanya lagi soalan yang sama. Aku jawab. Dengan senyuman selebar-lebarnya.
Datang pula budak perempuan sorang.

“Kak, saya rasa mak dengan abah saya tak dapat pegi lah kak. Camne ar kak?”

Aku pandang lama budak tu. Nak marah kang, dia tak nak join pulak shooting nanti. Aku senyum. Aku pun jawab lah soalan dia.

Dan soalan-soalan tu berlarutan sampailah aku keluar daripada sekolah tu. Sampai aku nak balik! Bagus sangat lah tu. Aku suruh shasha yang sabar kalau diorang bagi soalan macam-macam, tapi aku pulak yang diorang tanya macam-macam.

By the way...ini adalah experience yang sangat Best! Kalau aku sebaya dengan diorang pun, aku mungkin akan banyak tanya soalan jugak macam diorang kan? Shasha cakap, “Ni baru taklimat, dah banyak soalan ni Jun. Kau tunggu time shooting nanti macamana. Mampuslah kita!!!!”
jangan tgk depan. belakang banyak Melayu.hehe
'Kakak' Ajun memberi taklimat


Monday, May 11, 2009

Saya dan Depresi

Bila tdepresi selalunya kamu akan:
1. Makan
2. Tgk TV
3. Keluar dengan kawan
4. Marah siapa2 yang buat saya boleh bengang

Bila depresi siapa yang selalu kamu ingat:
1. Angah
2. Kekasih hati
3. Fav friend saya

Bila depresi kamu suka dengar lagu apa:
1. Hadapi dengan senyuman
2. 3 little birds
3. Masih tetap tersenyum

Bila depresi kamu akan rasa:
1. Bengang
2. Nak nangis
3. Kecewa
4. Rindu

Bila depresi kamu akan makan:
1. Coklat
2.Coklat
3. Dan Coklat

Bila depresi kamu tidak akan:
1. Cuba untuk membunuh diri
2. Cubaan memukul org lain (sebab marah sangat kan)
3. Bercakap

Wednesday, May 6, 2009

Kurikulum Pendidikan Pemandu

Aku kan ada tulis pada entry2 sebelum ni. 3 perkara yang masih lagi aku tiada dan aku hendak ada. Dan salah satu daripadanya adalah lesen memandu. Semalam aku ke ceramah 5 JAM untuk mendengar taklimat-taklimat yang diulang sama dengan buku yang aku dapat tentang pembelajaran pemanduan yang konon-kononnya perlu pemandu-pemandu ikut bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Nasib baiklah aku ada Alis. Sepanjang hari dia lah peneman setia aku walaupun satu hari dia tidak tidur sebab takut kalau-kalau terlajak. Tapi semalam dia gagahkan mata dia juga sampai selesai ceramah. Aku bangga dengan kau!

Beberapa kali juga lah kepala aku ni asyik fikir persoalan yang sama. Penceramah ni tak bosan ke ajar orang selama 5 jam? Aku tengok dah masuk jam yang ke 3, semua mata budak-budak ni dah mula ke bawah. Ada yang beberapa kali kena ‘sound’ sebabnya tidur tak reti nak cover line. Penceramah tu pun agak bengang bila ada budak-budak yang tidur. Alah...parent kitorang bayar kot. Kalau tak nak dengar, bukan masalah kau pun. Dah memang kau ajar pun sangat membosankan. Manalah budak tak tidur.


Penceramah pertama terbuka juga lah mata aku untuk mendengar. Banyak perkara-perkara yang aku tidak tahu, dia bagitahu. Tapi, penceramah yang kedua buat aku naik mual. Banyak kali jugalah aku mengeluh. Dah kata ajar pasal perkara yang berkaitan, tapi penceramah ni boleh pula cerita pasal latar belakang hidup dia, pengalaman masa dia jadi tentera. Aduhai. Mungkin dah terlalu bosan ajar benda yang sama setiap minggu kot. Itu yang jadi macam tu.


Yang paling utama sekarang, aku kena baca buku. Sebabnya, aku telah disponsor oleh Angah. Hehe. Kalau gagal, memang payah lah dia nak menyumbangkan duit lagi. Alis kata kat aku senang je. Hari ni pun kita boleh ambil exam komputer. Huh! Hebat betul abang aku ni. Dia kata ikut logik akal je. Itulah.. aku ni selalunya study hard. Bukan study smart. Tapi semangat berkobar-kobar tu tetap ada. Sebab ramai sangat yang nak tunggu aku dapat lesen ni. Susah kalau ramai yang kecewa kalau aku gagal nanti. Kalau dah lulus, bersiap sedialah untuk ceramah 6 jam pulak. Haih!

Sunday, May 3, 2009

Who will be Next??

Gambar ini khas untuk Angah. Soalan kau hari tu, aku jawab.

I tak kisah kalau u kahwin. I boleh duduk je rumah u nanti.

Pssst..actually, i tak sabar nak ada anak buah. Awwww!! Sweet kan i??? =p


Congrats Alyaa. Macam reunion pulak hari tu. Hehe