Tuesday, May 26, 2009

Truth or Dare??

Korang pernah main tak game ni? Actually bukan nya games yang seronok untuk dimain pun. Tapi kelebihannya kau lebih mengenali kawan-kawan atau pasangan kau dengan lebih mendalam sekiranya kau betul-betul jawab dengan jujur dan pandai cover sekalipun kau menipu. Truth mewakili jawapan-jawapan yang perlu untuk kau jawab dengan jujur pada soalan-soalan yang kawan kau beri dan Dare pula sekiranya kau tak mampu untuk menjawab persoalan-persoalan kawan-kawan kau maka kau akan memilih Dare sebagai denda. Denda tersebut wajib untuk dilakukan kepada pemain yang mengajukan soalan dan tidak mampu dijawab oleh indivu itu.

Aku sangat jarang main Dare. Selalunya aku memilih untuk main truth sahaja. Mungkin sebab aku suka mengenali orang yang aku baru kenal dengan lebih dekat. Seronoknya bila kita sebenarnya boleh saja bercakap bohong tapi selalunya kita memilih untuk berkata benar. Pelikkan? Dan kalau kita ada percubaan untuk menipu sekalipun, selalunya kawan-kawan kita boleh tahu yang kita sedang menipu. Ajaib juga lah. Melainkan pemain tu betul-betul pelakon hebat selalunya dia akan terselamat lah. Dan paling aku suka bila game ni kadang-kadang boleh buat kita gelak sama-sama, menangis sama-sama, bergaduh sama-sama dan melahirkan perasaan cinta juga sama-sama.

Ada juga kawan-kawan aku yang kata game ni tak best. Tak menguji minda. Tapi aku tak kisah. Bagi aku, ada perkara kadang-kadang yang kita tak tahu mengenai kawan atau pasangan kita akan kita tahu. Mungkin dari soalan-soalan kawan baik kita atau mungkin juga dari soalan pasangan kita sendiri. Kadang-kadang kita sendiri tak boleh nak jangka soalan-soalan tersebut. Lebih seronok bila kita habis saja main, kita tidak ada rasa sakit hati atau jadi lebih emosi. Sebaliknya kita menganggap mungkin begini saja cara yang paling berkesan untuk kita berkomunikasi dengan orang lain daripada kita simpan di dalam hati.

Tips nya, kalau nak main mulakan dengan soalan yang bangang-bangang dulu. Contohnya, Kau suka warna apa? Kau pernah bercinta dengan siapa? Kau dulu tomboy ke lesbian? Lebih kurang macam tu la. Lepas tu baru lah mula soalan-soalan yang lebih mendalam. Lagi best kalau dalam group korang tu ada pasangan yang baru-baru nak berputik ke, tak pun ada secret admirer yang memang dah lama tunggu jejaka/gadis idamannya ke, ataupun korang tak puas hati dengan kawan korang mungkin dengan cara macam ni je yang boleh membantu korang. Contohnya, dalam banyak-banyak lelaki kat bulatan ni, siapa yang paling u suka? Takpun, awak tau tak selama ni ada lelaki yang suka kat awak? Atau, kau ada tak rasa tak puas hati dengan aku tak selama kita berkawan ni?

Bestkan?? So.. selamat mencuba!!!

2 comments:

Unknown said...

Ajune...xpernah main la...tapi nak gak rasa main truth n dare tu sekali...

fyra said...

hehh..fyra kat sni..kalau tk de ckgu..mesti dorg ajak men...and time fyra kene..mcm2 soklan dorg acukn..sbb fyra bdk bru..hahaah...penah gak try dare..nsb bek dorg tk bg yg susah2..hahah..mmg best men truth or dare..=)