Wednesday, May 13, 2009

Taklimat Sepagi bersama Cik Ajune

Saya dan Shasha. Before taklimat.
Aku, shasha dengan bf shasha ke sekolah menengah Ijok hari ini. Kami kena beri taklimat pada budak-budak sekolah yang berminat untuk jadi pelakon tambahan bagi feature filem AMAN tak lama lagi. Aku dan shasha dah dapat kuasa ‘veto’ oleh en syahrul untuk mengambil alih taklimat tersebut. Ini kali kedua aku dan shasha ke sekolah tu. Tapi kali ini agak berlainan kerana aku harus beri taklimat kepada budak-budak sekolah tersebut.

Aku sempat pesan pada shasha sebelum masuk ke bilik yang penuh dengan puluhan pelajar yang tengah menunggu kehadiran kami. Aku pesan, “Asha, kalau budak-budak sekolah tu tanya kau macam-macam, kau jawab je dengan muka yang sangat-sangat happy. Macam kau betul-betul mengalu-alukan kedatangan diorang time shooting kita tu nanti tau.” Asha tergelak-gelak bila dengar aku cakap macam tu, tapi aku tahu dia faham maksud aku. Alah, kami pun pernah jadi macam diorang jugak dulu-dulu. Mungkin tak ada masalah sangat... kot?

Aku pun start lah bagi taklimat.

“Adik semua, AKAK....

Aku dengar ada budak lelaki kata, “Akak ke??”

Aku buat muka confius. Aku jawab. “Aah, Akak la. Saya tak kahwin lagi.”

Budak-budak semua menjerit gatal seolah-olah meraikan status aku yang masih tidak berkahwin sambil mata mereka menjeling-jeling ke arah cikgu disiplin yang duduk di sebelah aku. Cikgu itu pula, dengan rotan di tangan, buat-buat ambil rotan dan cuba tenangkan keadaan. Padahal malu lah tu dengan aku. Eeeuuuwww...

Aku mula bercakap balik.

“Adik-adik, nanti kita akan adakan shooting pada bla....bla....bla...bla... Kita provide makanan dan minuman bla...bla...bla..bla.... kalau ada ibu bapa yang berminat TOLONG lah bawa bersama..... bla...bla....bla...bla... hari sukan mesti ada ibu dan bapa kan... bla..bla..bla...bla... cakap dekat mak dengan bapa korang ada macam-macam....bla...bla...bla...bla....pakai baju macam hari sukan ye bla....bla...bla...bla.... ada banyak artis-artis yang best-best macam bla...bla...bla...bla... Ada soalan tak setakat ni?”

Semua senyap. Tak ada seorang pun yang angkat tangan.

Aku cakap. “Okay...sekarang semua boleh beratur bagi nama dekat kakak Shasha.Senang kami nak call korang semua.”

Diorang pun beratur. Lepas tu, ada sorang budak lelaki ni datang kat aku.

“Akak, kalau mak dengan bapak saya tak nak pergi, boleh tak?”

Aku rasa aku dah bagitahu detail tadi. Takpe...aku jawab.

Ada pulak sorang budak India datang kat aku.

“Aka...kalau saya tak boleh bawak itu mak dangan ama saya..tak apa ka?”

Aduh! Dia tanya lagi soalan yang sama. Aku jawab. Dengan senyuman selebar-lebarnya.
Datang pula budak perempuan sorang.

“Kak, saya rasa mak dengan abah saya tak dapat pegi lah kak. Camne ar kak?”

Aku pandang lama budak tu. Nak marah kang, dia tak nak join pulak shooting nanti. Aku senyum. Aku pun jawab lah soalan dia.

Dan soalan-soalan tu berlarutan sampailah aku keluar daripada sekolah tu. Sampai aku nak balik! Bagus sangat lah tu. Aku suruh shasha yang sabar kalau diorang bagi soalan macam-macam, tapi aku pulak yang diorang tanya macam-macam.

By the way...ini adalah experience yang sangat Best! Kalau aku sebaya dengan diorang pun, aku mungkin akan banyak tanya soalan jugak macam diorang kan? Shasha cakap, “Ni baru taklimat, dah banyak soalan ni Jun. Kau tunggu time shooting nanti macamana. Mampuslah kita!!!!”
jangan tgk depan. belakang banyak Melayu.hehe
'Kakak' Ajun memberi taklimat


14 comments:

Anonymous said...

lol..ajune?beri taklimat...
pembaharuan..hahaha
dh membesar kite ek..

CikAjune said...

prince: haha.tu la.dah makin MEMBESAR!!=)

saat omar said...

wow...tahniah.

azri abu hassan said...

anda boleh jadi pakar motivasi memberi taklimat shooting setiap sekolah-sekolah di seluruh malaysia

amscreamo said...

hak hak....
aku tak leh bayang macam mana time scene hari sukan nanti..huru hara....

CikAjune said...

en saad: haha.blum tahniah lagi ni en saad.blum start shooting pon lg.hehe

aah: urrgghh..tak sanggguuuupp...

am:tau takpeeeee....dengan adanya kuasa veto cik ajun, cik shasha mintak2 lah dorang dengar cakap. dengar cakap ke?hehe

Unknown said...

"Akak" Ajune....
HaHAHA...
Wah,mesti budak2 tu x tahu kan yang akak yang bagi taklimat kat diorang ni adalah artis...
Wah!artis # Budak Melayu bagi taklimat oi...
dengarlah puncak...
HahAhA...

By tHe waY,selamat menjadi rakan blogger...

Kenal saya x???juniOr Ajune gak...
hEhE...

CikAjune said...

sarjan : kah kah kah.artis lah sangat.alamak..tak kenal lah dik.takde gamba pon.

Cik-MeGa said...

"kak, klu mak dgn ayah saya nk ajak adik-beradik dorang skali bole?"

++good luck for AMAN++

CikAjune said...

MEGA: dialu2 kan.haha.mmg tgh mencari extra untuk parent ni.

fyra said...

saya shanu a/p raj:
''kaka,boleh ka saya mau pakai baju biasa saja?''

hahah..kalau ade yg tnye ni..bg die penampa trus..hahah

CikAjune said...

fyra: kalau awak ada kat sini, ajun ajak awak skali jadi xtra.haha.senang sket.

SAMPAH said...

"akak ajune kalau atok saya nak ikut jugak macam maner ek"


hahahaha

CikAjune said...

wizard: kalau atok awak sehat tubuh badan dan tak mendatangkan masalah..dialu2kan.hahaha