
Dari segi wanita pula, aku pernah tanya juga. Dia kata dia suka wanita melayu. Dan aku pernah tanya pada dia, kalau-kalau satu hari nanti dia memang sudah serius bercinta dengan wanita melayu, macamana pula dengan penerimaan family dia. Dia kata kat aku, kemungkinan besar susah. Samada wanita tu sanggup memilih agama nya atau dia tidak akan menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut sehingga ke tahap yang serius. Faktor utama kerana mereka kuat berpegang dengan agama mereka.
Satu perkara yang menarik tentang dia adalah persahabatan. Aku dah lama kenal dia. Aku mula kenal dia daripada sekolah rendah lagi. Tapi, masuk darjah 3 dia pindah sekolah. Dan aku tak pernah jumpa dia sampailah aku tingkatan 5. Aku masuk olahraga dia pun masuk juga. Kebetulan dia nak kenal dengan aku. Padahal dia terlupa yang aku dah kenal dengan dia lama daripada dia darjah 2 lagi. Start daripada perkenalan aku dengan dia sampailah sekarang kami sangat banyak berkongsi macam-macam. Walaupun satu masa aku pernah jauhkan diri daripadanya tapi kami tetap bersahabat sehingga sekarang. Kerana bagi aku tidak ada sebab untuk aku menjauhkan diri daripadanya dan sekiranya aku berbuat begitu adalah kesilapan paling besar dalam hidup kerana kehilangan dia.
Kami sangat terbuka. Kami boleh berbicara apa sahaja. Aku boleh bertanya tentang agama nya dan dia juga begitu. Kadang-kadang ada perkara di dalam agama aku yang dia tidak setuju selalunya dia akan persoalkan kepada ku. Aku sangat suka bila ada kawan seperti dia kerana aku boleh jadi orang yang sangat terbuka bila berbicara tentang apa sahaja. Kadang-kadang dia tanya aku tentang puasa, solat, arak, hukum halal dan haram dan aku rasa selesa bila bersama dengannya. Dia selalu cakap yang aku adalah kawan baiknya. Dan dia tidak suka sekiranya aku tiba-tiba berubah menjadi aku yang dia tidak kenali lagi.
Untuk Koh, berkawan dengan u adalah perkara paling menarik dalam hidup i. Walaupun kita lain bangsa, tapi kita selalu hormat satu sama lain. U cakap u seorang yang memilih wanita. I tak rasa yang u memilih tapi u nak yang betul-betul boleh buat u bahagia untuk jangka masa yang panjang. Satu hari nanti, u akan jumpa. Wanita melayu atau cina... itu i tak pasti. =)
2 comments:
Wah...yO tuMPAng baNGGa....
Cina Kelantan tuu...
hEhE...
Berkawan biar beribu,bercinta biar satu...
Ajune,kawan tidak mgenal bangsa mahupun agama,yg pnting keikhlasan awak...
Koh,cinta awak bukan untuk dipermainkan kan?jadi,awak memang patut memilih ionsan terbaik untuk menerima cinta awak...
bh malay story gae
fk
Post a Comment