Saturday, September 13, 2008

Q & A

Aku dah muak, bosan dan lali dengan soalan-soalan yang sering kali orang tanyakan pada aku lepas je aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke jurusan Diploma Seni Lakon. Lepas tu, aku sambung degree, dalam jurusan filem, orang turut tanyakan aku soalan yang sama. Agak-agaknya bila orang akan berhenti bertanya soalan-soalan ni ekh.

Q : U ambik course acting? Ape je u boleh buat bile dah habis blajar nanti?
A : Erm..macam-macam i boleh buat. I boleh buat event, lighting, audio, i boleh jadi SM for mane-mane event. I pon boleh jadi lecturer kalau i nak. Jap, U tau tak SM tu ape?(Jawapan jaga hati)
A : Ek eleh kau ni. Kau ingat kau ambik course doktor, kau nak berlagak ngan aku cakap pasal course acting lak. Ingat aku amik acting, aku blaja acting je ke.Macam-macam la yang aku blaja. Lain kali ambik tahu jugak sikit2 pasal bidang2 arts ni, jangan asyik nak ingat formula-formula dalam Sains je.(Jawapan dalam hati)

Q : Kamu ambik Seni Lakon? Hehe. Nak jadi pelakon la ni?
A : Isk...takde la pakcik.(sambil senyum sinis) Saya mana suka glamour-glamour ni. Kalau saya nak jadi pelakon, saya tak payah ambik diploma2 ni semua pakcik. Erra Fazira, Fasha Sandha tu semua mana ade diploma masa nak jadi artis.Buang masa je kalau saya ambik diploma sedangkan kalau saya tak ambik diploma pun saya boleh jadi artis.Idak gitu? (Jawapan jaga hati)
A : Pakcik...saya malas sebenarnya nak terangkan kat pakcik. Tapi apakan daya, saya kena jugak.Kenapa lah pemikiran pakcik ni tak jauh ke depan?Kesian lecturer-lecturer saya yang ajar macam-macam pasal arts ni. Pasal visual art la, kritikan dalam teater la, financial la(financial pon saya belajar tau), macam-macam lagi lah.Kalau cakap pun pakcik tak faham. Sekurang-kurangnya hargai sikitlah bidang art macam ni.(Jawapan dalam hati)

Q : Kau ambik Degree in Film? Ape je yang kau blaja beb?
A : Macam-macam. Aku belajar pasal pengarahan, pasal penulisan skrin, pasal storyboard, pasal MCP, pasal cinematography, pasal Iklan TV Commercial, research method, bla...bla...bla...(saje je aku guna course-course yang dia tak paham)
A : Kenapa kau tanya aku belajar ape? Aku tak pernah pun tanya kalau kau ambik course accounting, kau buat ape. Kalau kau ambik Kejuruteraan kau belajar ape ke. Sebab aku sendiri tak tahu nak tanya ape course macam kau ni. Kalau course aku ni benda-benda yang kau tau. Yang kau sendiri boleh paham. Tapi kalau kau tak minat, kau tak payah lah buat-buat tanye. Sebab aku pon tak berminat nak cerita.

Q : June, ambik bidang macam ni ni, boleh kaya ke?
A : Hah?! Bidang mane-mane pun same je kot. Kaya tak penting, yang paling penting i ambik course yang i minat. So, nak buat ape-ape keje pun i rase happy je. Tak pressure, cuz i buat benda yang i minat. (Jawapan yang paling ikhlas dari hati aku)

Memang aku rasa perkara paling sukar untuk aku elakkan adalah soalan-soalan begini yang berulang kali ditanya oleh orang. Tapi sifat manusia tu tetap nak jaga hati orang disekelilingnya. So, jawab je lah...

20 comments:

iamstradust said...

anehnya manusia selalu menilai pada keadaan fizikal..dan kita di judge mengikut nilai dan pandangan mereka secara membabi buta..

saya tak amik acting, tapi sy ada baca buku pasal acting..

tanya mereka yang menilai..

"duit boleh buat mereka bahagia?"

quotes dr angah yg sy akan ingat sampai bila2

"saya buat apa yang saya suka buat"

i love it

CikAjune said...

manusia kan semua lain2.
ye.
saye pon buat ape yang saye suke.
=)

Anonymous said...

kita selalu ada jawapan pd setiap perkara yg kita lakukan..

*saya memilih 'diam' jika soalan2 itu ditanyakan..we always know what we doing..

CikAjune said...

u know u sister well angah.
hehe.
aku always jawab soalan orangkalau susah pon, aku ambik course outline aku,then aku suh dorang bace terus.mane tau tyme tu dorang boleh tentukan masa depan aku ke.haha.

Fasyali Fadzly said...

nampak sangat manusia berubah. teori darwin sudah silap. manusia tidak berevolusi, tetapi sikap mereka yang berubah. duit dan material sudah jadi tuhan.

padu aku, derang tak hargai art. art sudah jatuh nombor ratus2. tetapi masih beli tv. huh. barang kat rumah nak yg cantik2. pandai plak.

aku nak jadi seorang Thespian.

kalau orang tanya aku apsal amek acting, aku cakap aku suka. berlakon ke tak itu belakang kira. tapi aku dah prove kat famili aku, orang kat kampung aku yg aku dah wat somthing. cuma belum dapat Datuk je lagi..

Cik-MeGa said...

small minded people~

ada jek kat mane2....

CikAjune said...

fasha: haha.bagus la kalau kau dah mula membuka mata orang kampung kau.

ungu: yep2.small minded ppl. =)

Anonymous said...

bagus cikajun..
study mane yg kite minat jew..
ape owg cakap biar lantak lew..

CikAjune said...

tu la kan.
mulut orang bukannye leh tutup.
hehe.

Anonymous said...

kalau org tanya lain kali jawab jer.. sbb kadang2 ader org yg tak tau teringin sgt nak tau.. tapi kalau org sajer tanya mcm nak mengutuk, menghina, atau nak memandang rendah, bagi jawapan yg setepek jer sbb ader segelintir manusia nih suka bangga diri dan pandang rendah kat org lain..

kalau dia org menghargai setiap insan kat muka bumi ni, tanggapan serong mcm tuh tak akan wujud.. tapi kalau yg betul2 tak faham dan cuba nak memahami, jelaskan pada mereka.. itu lebih baik daripada biarkan mereka buat tanggapan yg salah..

ibarat mcm belajar kat sekolah, kalau dah tak faham tuh mesti kiter nak tanya cikgu.. kalau cikgu marah makna nyer cikgu dah fedup dgn keje dia.. kalau anak murid diam diri dan buat tanggapan sendiri jer, itu yg rezult exam asyik dapat D jer.. huhuhu..

tapi kalau jumpa lagi org2 yg ego tak bertempat nih, yg tetap nak membodohkan kiter walaupun kiter dah explain kat dia org, biarkan jer.. yg penting kiter sgt suka keje kiter.. dan kalau boleh buktikan kejayaan kiter yg lebih baik dari dia org..

satu hari nanti ajun akan lihat kat mata dia org mcm ader cahaya yg berkilauan mcm nak nangis sbb dulu selalu hina kiter, tapi last sekali kiter sukses gaks.. saya dah buktikan benda nih dan ramai yg dulu suka sgt kutuk saya telah saya lihat genangan air mata mereka sbb dah malu giler.. yg paling best sekali biler dia tanya banyak kali setiap 5 minit kete saper yg kiter pandu.. padahal kiter dah jawab sampai dah bosan nak jawab.. pastuh dia org bertanya sesama sendiri soalan yang sama.. pada ketika itu sgt nampak kobodohan dia org.. hahaha..

moral nyer : respect laa kat semua org tak kira walaupun org tuh cuma keje tukang sapu kecuali penyamun, perompak, etc.. sbb manusia masih sgt berharga selagi mereka ada sumbangan terhadap masyarakat..

TAPA OTAI said...

Ajunk Darling,
Soalan2 mcm tu PkNgah dengar 40thun dulu semasa PkNgah join ITM (sekarang UITM) ambil diploma in graphic design.

"Besok kuar keje ape? Keje kat Central Market ke?"
"Besar ker gaji orang melukis?
"Melukis ni bukan ker satu hobby? Mana ade orang bayar gaji orang melukis?"
dan mcm2 soalan-soalan BANGGANG lgi.

Yang penting kita pilih benda yang kita suka dan apabila kita melakukan x adeler PRESSURE mcm muka-muka yang kita tengok pagi-pagi dalam LRT, bus, teksi dan lain-lain. Muka PETAK aje. Hahaha.

Anyway PkNgah will always support 'Art for art sake'

Good ideas alter the power balance in relationships, that is why good ideas are always initially resisted. Good ideas come with a heavy burden. Which is why so few people have them. So few people can handle it.

Hugh Macleod

CikAjune said...

ratno : thanks sebab bagi semangat kat saya.hehe.ajun slalu semat dalam hati, lain orang lain caranya dan lain orang lain pemikirannya.ajun tak nak tunjuk kehebatan pada siapa-siapa, cukuplah orang sekeliling kita tahu yang bidang-bidang seni ni bukan satu bidang yang dipandang ringan.

sebab orang-orang macam kita ni, memang susah nak bercampur dengan golongan-golongan orang yang terlampau formal dan terlalu mengikut peraturan.sebab kita terlalu kreatif.sebab tu jugaklah kita suka langgar je rules yang slalu dah ditetapkan. =)

tapa otai: saya banyak belajar dari kamu.saya pun dah lali dengar.kamu lagi la kan.hahaha.saya dah tak kisah sekarang ni pak ngah orang nak cakap apa.cuz saya tahu apa yang saya perjuangkan dan apa yang saya minat.dan saya tak pernah ada rasa malu dengan apa yang saya ceburi sekarang. =) my family always support me.abah dengan mak pon tak penah kisah saya nak ambik ape yang saya suka.so, saya tak pernah peduli kalau orang lain kisah dengan apa yang saya ambik. =)

Anonymous said...

senang jew..
kalau nak tutup mulut owg..
buktikan ar ape yg cikajun study tu bley wat cikajun idop..huhu!

(memandai jew saye nih..)

CikAjune said...

thats rite!
MMG SAYA TENGAH BUKTIKAN.
satu hari nnt kay. =)

SAMPAH said...

cik ajune... masih ada ke orang yang bertanya kan soalan tu pada kamu... dah lama saya tak dapat soalan macam tu...

Anonymous said...

hye ajun, lama betul tak singgah di blog kamu.sihat?


hurm, soalan macammni, kerap ditanya juga. biasalah, apapun goodluck in ur future.

CikAjune said...

wizard: masih lagi. seronoknye jd kamu sbb takde dah org tanye kamu. =)

coffeeholic: thanks

Anonymous said...

Saya sendiri masa student tak larat jugak nak jawab soalan-soalan macam ni dari macam-macam orang. Sampai sekali tu nyaris nak bergaduh dengan pakcik sendiri (My auntie's husband). Pakcik saya ni boleh saya kategorikan dari kalangan The Typical Poyo Pak Haji Orthodox Malay atau boleh disingkatkan menjadi (TYPHOM). Yang rasa cuma orang macam dia je yang akan masuk Syurga. Pada satu kenduri di rumah nenek saya, sebelum dia mulakan baca doa kononnya dia nak beramah mesra. So, sayalah yang mendapat perhatiannya untuk dijadikan pencetus topik.

TYPHOM: Kau buat apa sekarang?
SAYA: Belajar lagi.
TYPHOM: Kat mana?
SAYA: UM.
TYPHOM: Ambil apa?
SAYA: Teater.
TYPHOM: OHH... ni semua yang nak buat pesta seks macam kat Kedah dalam berita hari tu?.

Masa tu, saya serta merta naik darah. Nasib baik ayah saya ada kat sebelah. Dia pandang saya minta saya bersabar.

SAYA: Kenapa pakcik fikir macam tu pulak? (saya tinggi suara) Apa, tok Imam, ustaz semua baik sangat ke?

Semua yang ada kat situ terdiam. Termasuk mak, makcik-makcik kat dapur dan nenek saya. Si Typhom, saya tengok agak terkulat. Dia tak menjawab. Tapi dia cakap,

TYPHOM: Bagus jugak. Belajar betul-betul, mana tahu nanti jadi macam P.Ramlee.

Mula-mula dia kutuk, lepas tu dia nak harap saya jadi macam P.Ramlee pulak. Apa maksudnya kutukan dan harapan tu?

Positifnya, kejadian tu jadi satu motivasi pada saya. Sekarang ni, kalau terserempak dengan dia, saya akan buat macam biasa. Hormat dia sebagai manusia dan orang yang lebih tua. Kita tak akan boleh memaksa orang untuk mengubah perspektif mereka terhadap kita. Tapi, kita boleh buktikan sesuatu.

Sebenarnya, sampai sekarangpun saya masih berhadapan dengan soalan-soalan seperti ini.

CikAjune said...

en syahrul : haha. saye dapat cara bar bile baca ape yang en syahrul tulis ni.mmg orang yang tak faham bidang2 macam ni, kena cakap macam yang en syahrul buat ni kot?maybe lebih berkesan. =)

Anonymous said...

adeh..lebih kurang gak ngan my situation..
amik law, msti org ckp "nk jd lawyer la ni" or " student law pndai"..gile hape...result pun terkontang kanting...
msti ke amik law jd lawyer...?? berlambak keje grad law selain lawyer...sume kos yg blaja(acting xsure lak) ade blaja law, atleast 1 subjek....