Sunday, August 31, 2008

Momok?? Tomok??

Baru-baru ni aku pergi tengok abang aku perform kat satu cafe di Setiawangsa. Kebetulan salah sorang dari band Newyboyz pon ajak aku pergi sana untuk tengok diorang perform. Kata dia, newboys sekarang dan makin matured dan muzik pun dah makin mantap. Jadi, aku yang memang agak anti newyboyz dari dulu lagi nak jugak la tengok perubahan-perubahan yang dah diorang buat. Sambil-sambil aku boleh tengok abang aku perform sekali, aku pon boleh la tengok kumpulan newboyz tu. Matlamat utama tetap nak tengok abang-abang aku la. Takkan newboyz pulakkan??

Nak dijadikan cerita, sampai je kat Setiawangsa, aku pergi dengan angah, Pak Ngah dan Abang Ryo.Kitorang tak sempat nak tengok abang aku perform sebab diorang perform first sekali. Kitorang terlepas nak tengok diorang perform. Tapi takpe lah sebab newyboys tak perform lagi. Aku pun tengok jugak lah kan sebab kawan aku yang satu band dengan newboyz ni dah beria-beria sangat ajak aku tengok. Aku duduk dengan kawan-kawan abang aku yang lain. Sambil-sambil tu sempat tengok sekeliling. Eh! Aku nampak Tomok! Tomok pon pandang aku. Lepas tu aku pandang depan, aku pandang Tomok balik. Tomok pun pandang aku balik. Aku pandang depan balik, lepas tu aku senyum sikit. Aku bukan teruja tengok Tomok tu, tapi aku rasa nak tergelak sangat bila aku tengok rambut dia yang memang takde stail langsung, dengan pakaian serba hitam siap ada rantai besi yang digantung kat pinggangnya. Mesti dia ingat aku ni salah satu peminat nombor satu dia kan? Sebab aku pandang dia tak berkelip-kelip. Tak pun mesti dia rasa yang fesyen dia sekarang memang RARE gila kalah lelaki-lelaki lain yang ada. Yang best tu, bukan dia sorang je yang pakai, tapi satu grup dia termasuklah dengan kawan aku ni jugak.

Tapi aku cool lagi. Sampai la tiba time diorang nak perform. Aku duduk depan sekali. Cewah! Konon-konon memang support gila la ni. Aku pandang je Tomok. Beberapa kali dia betulkan rambut dia yang agak menggelikan mata aku untuk tengok. Sampai lah lagu Sejarah Mungkin Berulang yang telah diorang berikan nafas baru dalam bentuk Jazz. Aku pun tak tahu kenapa diorang bagi nafas baru, tapi aku tetap tak boleh terima. Mungkin faktor suara Tomok yang terlalu sengau untuk aku ke, lirik lagu yang terlalu mendayu-dayu ke atau aku memang tak boleh blah lah dengan lagu ni. Senang cerita. Lepas tu, ada la satu lagu yang diorang bawak tu ala-ala J-Rock. Memang sebijik la macam J-Rock! Kalau aku nyanyi lagu J-Rock tu, kiranya sama macam aku nyanyi lagu Newboyz. Cuma aku kena ambik lirik lagu Newboyz, lepas tu aku nyanyi dengan muzik J-Rock. Memang sama!

Lepas je diorang habis perform, aku tepuk tangan jugak la. Konsep nak jaga hati lagi. Tapi banyak jugak perempuan yang tergila-gilakan Newboyz ni. Tersengih-sengih aku tengok diorang bila Newyboyz perform kat stage. Lepas je habis diorang perfom, aku lepak dengan abang aku dan kawan-kawan abang aku yang lain kat Ampang. Alis kata dia teruja sangat dapat nombor telefon Tomok.(Aku tahu abang aku tu memang suka buat lawak). Tapi yang paling best nya, bila kitorang tengah lepak-lepak, lepas tu alis cerita pasal Tomok kat kitorang.

Tomok : Kau nak tau tak Lis. Kitorang sebenarnya nak buat lagu Newboyz ni lain daripada yang lain! Sebab tu kitorang tukar lagu Sejarah Mungkin Berulang tu jadi Jazz. Kitorang sebenarnya banyak influence J-Rock. J-Rock ni memang ramai gile orang yang tak kenal diorang! Kau kenal tak J-Rock tu siapa Lis?
Alis : Hah?? J-Rock. Isk..Takkan la aku tak kenal Tomok. J-Rock tu memang dah lama wujud kat Malaysia ni. Aku tak rasa orang tak kenal. (seolah-olah Alis nak cakap, Nenek aku pun kenal J-Rock tu siapa!)

Tomok senyap je bila dengar Alis cakap macam tu. Tak tahu la dia malu ke ape. Kalau lah aku berada kat tempat alis, mungkin aku akan cakap kumpulan J-Rock tu, kat karaoke pun kita dah boleh nyanyi lagu dia. Kita dah boleh kenal dia siapa. Kalau aku memang betul-betul ada depan Tomok sekarang, aku dah nyanyi dah lagu J-Rock tu. Sebijik aku nyanyi macam yang lagu dia buat tu. Biar dia tahu yang kitorang ni takde la bodoh sangat sampai tak tahu J-Rock tu siapa dan kitorang memang dah tahu dah berkurun abad kumpulan J-Rock ni wujud. Seolah-olaj dia nak perbodohkan abang aku, tapi sebenarnya dia tengah memperbodohkan diri sendiri. Haha. Kelakar.. kelakar…

Tomok ingat abang aku ni mungkin budak-budak kecik yang tak tahu apa-apa pasal muzik. Padahal abang aku ni, setiap kali karaoke akan nyanyi lagu J-Rock. Punya la dia gilakan J-Rock tu. Memang salah orang la bro nak cakap. Aku pun cari jugak malam tu apa perubahan-perubahan yang dah diorang buat. Baik dari segi pemakaian ke mahupun lagu-lagu diorang ke. Aku sendiri tak tahu apa yang diorang nak perjuangkan. Kesian pun ada. Tapi, lepas ni mungkin Alis akan jadi kawan baik Tomok dan mungkin aku akan jadi sebahagian daripada supporters2 kuat Newboys. Hahaha.

Saturday, August 30, 2008

Congrats Republic!

Tahniah kepada korang semua sebab dah berjaya menyemarakkan suasana di Rantai Art Event bersama-sama kawan-kawan yang lain. Walaupun ada yang nampaknya lupa skrip dan hilang fokus, tapi korang tetap mampu menarik ramai orang yang tengok. Mungkin environment kurang sesuai kerana golongan-golongan elit yang memang tak tahu hargai seni, memekak dan buat bising time korang tengah perform. Tapi orang-orang seni macam kita yang tengok dan memahami apa itu erti kemerdekaan, masih menonton dan mendengar luahan-luahan hati kalian. Aku gembira bila angah dapat sampaikan mesej kepada masyarakat lain. Tahniah! Dan terima kasih juga kepada Nad selaku organiser dan Akim yang menjemput kami untuk persem bahkan monolog di event ini.
Sebelum show bermula

Republican Mereka-mereka performAngah & boboi saya

Thursday, August 28, 2008

Rantai Art Event MERDEKA

Laungkan MERDEKA bersama! Republic Theatre akan mengadakan monolog pada 30 ogos 2008, jam 8.30 malam. Segala-galanya ada di event ini. Dijemput rakan2 mampu hadir.

Tuesday, August 26, 2008

Understanding

Dulu aku pernah ada boyfriend. Pastu, aku break dengan dia. Bila aku break, aku tanya dia, apa reason dia. Dia kata sebab kita jauh dan kita tak pernah ada sefahaman. Mula-mula aku tak dapat terima yang sefahaman tu. Aku tak paham. Kenapa dia cakap aku takde sefahaman. Penting sangat ke sefahaman tu dalam sesebuah hubungan? Sampai satu hari tu, aku cerita dengan mak. Mak kata memang salah aku. Aku terkejut. Aku kata kenapa. Mak cakap sebab aku suka paksa-paksa orang. Masa tu aku agak kecewa bila dengar mak cakap macam tu, tapi bila mak cakap cuba kaji balik apa masalah aku ni. Kenapa aku selalu sangat dikecewakan. Bila aku dengar mak cakap tang selalu dikecewakan tu, aku baru fikir relevannya dan mak aku cakap lagi, “mak bukan kenal ajun setahun ke dua tahun ke tapi dah lama june. Takkan la mak tak faham-faham lagi anak mak”. Ye tak ye jugakkan. Apa yang mak aku cakap semua tu aku cuba kaji dan aku betulkan balik. Mungkin betul, aku suka paksa orang. Aku tak selalu faham orang.

Tapi, ada sekali tu, aku lepak dengan angah. Angah bawak kawan dia. Kawan dia ni memang aku kenal dah lama dan rapat dengan kitorang. Dia tanya aku kenapa break. Aku cakap la sebab jauh dan tak sefahaman. Tiba-tiba dia cakap, “Ajun, percintaan tu sepatutnya tak boleh ada masalah dengan jauh.Sebenarnya cinta dia tak cukup strong untuk Ajun.” Aku senyap. Diam seribu bahasa. Yang aku tahu, tiba-tiba airmata ni jatuh je kat pipi tak henti-henti. Ayat dia sangat bagi impak kat aku sampaikan lepas tu aku mula terfikir tentang understanding dalam sesebuah perhubungan.

Cinta tu akan jadi kuat bila kita lebih memahami pasangan kita. Aku mula percaya pada understanding sebab aku rasa dalam perhubungan kita harus berkongsi apa sahaja dan kita boleh cakap apa sahaja yang kita mahu. Sebab bagi aku, sesebuah perhubungan perlu motivasi yang tinggi samada seseorang tu sanggup berubah untuk terus mempertahankan sesebuah hubungan atau tidak. Bila kita tidak ada motivasi, mungkin kita tidak akan berubah dan tidak akan pernah cuba untuk berubah. Dan lebih menyedihkan, bila aku dah tak ada apa-apa dengan dia, aku tak boleh jadi kawan dia macam biasa. Aku pun tak tahu kenapa. Nak jugak aku tanya dia, tapi aku rasa selagi dia ada hak untuk tidak berkawan, aku pun tak kisah la. Mungkin dia ada alasan yang lebih kukuh untuk buat macamtu.

Aku tak rasa bila cinta kita jauh, kita akan mudah untuk break. Alasannya sebab pasangan kita tak duduk dekat dan susah untuk kita jumpa. Bila kita jauh, kita perlu ada sefahaman. Dan bila kita ada sefahaman maka perhubungan kita akan jadi indah-indah sahaja. Tapi bila tidak ada lagi sefahaman dalam diri masing-masing, perkara paling baik yang boleh kita lakukan adalah berbincang dan kita decide samada kita masih boleh meneruskan perhubungan atau kita hentikan sahaja sesebuah perhubungan itu. Gibran ada berkata, “Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya.”

Heart Broken

Aku tak tahu kenapa sekarang ni aku agak hilang fokus. Aku pegi kelas macam biasa, aku buat konon-konon aku faham bila lecturer ajar, aku buat-buat gelak bila kawan-kawan aku buat lawak, tapi aku sendiri sebenarnya tak tahu samada aku betul-betul dengar atau aku buat-buat dengar. Biasalah…konsep nak jaga hati semua orang tu, perlu ada dalam diri aku. Kawan-kawan aku tetiap malam selalu nyanyi lagu konon-konon nak bagi aku happy la. Hehe. Tapi kadang-kadang diorang nyanyi tu, diorang tukar dengan lirik sekali. Memang la aku gelak besar. Sekurang-kurangnya aku rasa lega sebab kawan-kawan selalu ada kat sisi aku.

Mamu yang orang tak suke tu pon tau macamane nak bagi aku happy. Orang selalu kata Mamu jahat, orang selalu pandang Mamu tu macam gangster besar, tapi aku tak pernah kisah semua tu sebab sejahat-jahat perangai dia tapi dia sangat baik bila bab kawan-kawan ni. Dia kata kat aku, semua orang kat dunia ni ada masalah. Aku sendiri ade masalah, tapi aku cuba senyum depan kau, aku cuba dengar masalah kau sebab aku rasa aku kena jadi kuat untuk kawan-kawan aku. Sebab aku tau bila diorang ada masalah, diorang memerlukan kawan-kawan jugak. So, kalau aku tak cuba dengar dan buat kau happy, siapa lagi yang nak dengar kan??

Hari tu, aku lepak dekat rumah diorang. Time tu aku memang tengah betul-betul jiwa kacau. Time tu kawan aku sorang ni baru je break dengan gf die. Tapi dia punye frust, memang teruk gile la. Sampai aku sendiri tak jadi nak ngadu apa-apa bila aku tengok keadaan dia lagi teruk dari aku. Aku tengok je dia time tu ngan Mamu. Dia tengah minum arak. Siap stoned lagi. Pastu, aku tetibe rasa nak tanya dia.

“Asal kau frust sangat ar???”
“Kau tak paham June. Aku dah lama beb dengan dia. Dah nak dekat 3 tahun. Tengok-tengok dia ada lelaki lain. Kau tau tak betapa hancurnya hati aku ni.” (dia cakap dengan gaya2 stoned)
“Tapi kenapa mesti kau amik arak, pastu kau nak rosakkan diri kau? Kau tau tak, perut kau tu makin buncit bila kau minum arak.” (memang perut dia time tu agak buncit pun)
“June…camni la. Kau tengah ada masalah kan? Aku pun ada masalah jugak kan? Kau buat je apa cara yang kau suka bila kau tengah ada problem pastu aku buat apa yang aku suka bila aku tengah ada problem. Boleh tak macam tu wahai cik ajune??”

Aah. Betul gakkan. Sukahati dia la dia nak buat apa. Yang aku ni sibuk nak advise dia buat apa. Tapi aku still tak puas hati lagi. Aku tanya.

“Tapi kan beb…kalau aku ada masalah selalunya aku solat. Sebab aku tak suka buat benda yang boleh buat aku lagi berdosa. Pastu, pasal perempuan lak tu ko nak frust. Kalau kau ada masalah family ke, kau sakit pastu betul-betul dah nak mati ke, aku tak kisah la sangat kot kalau kau ambik semua benda ni.”

Dia pandang aku. Gaya-gaya macam nak baling bantal kat aku je. Aku pun lari masuk bilik, gelak besar jugak la. Kadang-kadang aku tak faham bila manusia ada masalah, dia suka melalaikan diri dia dan cuba lari dari masalah. Padahal,lepas dia kembali ke dunia yang nyata, semuanya tetap sama dan dia still kena hadapi jugak. Memang betul la kata kawan aku tu, pegi mamposlah dia nak buat apa yang dia suka cuma kadang-kadang aku sendiri tak paham kenapa perlu arak..kenapa perlu stone..kenapa perlu dadah.

Aku bukannya orang yang baik sangat pun. Tapi bila aku makin besar, banyak benda yang buatkan aku berfikir sebelum buat sesuatu benda. Tak pulak bila aku ada masalah, aku sembahyang lima waktu atau aku baru lah nak teringat kat Tuhan. Tapi, ada banyak benda lain yang boleh kita buat selain daripada merosakkan diri kita sendiri kan?? Tak kisah la, nak pergi bersukan ke, lari dalam guni ke, main playstation ke, pergi karaoke ke. Seolah-olah bila kita ada masalah, kita hilang semua. Yang kita tahu, kita nak mati cepat je. Pelik je aku rasa.

Tapi aku percaya, lain orang lain caranya. Mungkin aku masih mahu teruskan hidup dan aku masih mahu mengejar semula kegembiraan-kegembiraan yang aku kecapi dulu. Jadi apa yang perlu aku buat adalah teruskan sahaja hidup dan aku sangat yakin orang-orang yang aku sayang selalu berada bersama aku. Go with the flow, and lets God decide.

Saturday, August 23, 2008

Ajun dan Sharpshooter

Saya dijemput untuk menyanyi bersama mereka. Menarik! hehe. Sebab semua adik beradik saya support walaupun pitching agak ke laut. =)

Bersama alut & kak yani

Shalala je..abang2 saya

Cheerleader saya.. =)Fav. pic.hehe
Pak ngah & Waziradik beradik yang saya sayang.

P/S :To built your confident, cuba la nyanyi depan orang ramai. Rasa lebih tenang dan yakin! hehe.

Friday, August 22, 2008

Three Little Birds lyric



'Don't worry about a thing,

'Cause every little thing gonna be all right.

Singin': 'Don't worry about a thing,'Cause every little thing gonna be all right!

'Rise up this mornin',

Smiled with the risin' sun,

Three little birdsPitch by my doorstepSingin' sweet songsOf melodies pure and true,

Sayin', ('This is my message to you-ou-ou:')

Singin': 'Don't worry 'bout a thing,

'Cause every little thing gonna be all right.

'Singin': 'Don't worry (don't worry) 'bout a thing,

'Cause every little thing gonna be all right!

'Rise up this mornin',Smiled with the risin' sun,

Three little birds

Pitch by my doorstep

Singin' sweet songs

Of melodies pure and true,

Sayin', 'This is my message to you-ou-ou:

'Singin': 'Don't worry about a thing, worry about a thing, oh!

Every little thing gonna be all right. Don't worry!

'Singin': 'Don't worry about a thing' - I won't worry!

''Cause every little thing gonna be all right.

'Singin': 'Don't worry about a thing,

'Cause every little thing gonna be all right' - I won't worry!

Singin': 'Don't worry about a thing,

'Cause every little thing gonna be all right.

'Singin': 'Don't worry about a thing, oh no!

'Cause every little thing gonna be all right!

Wednesday, August 20, 2008

Screen and Talk III

Jemput datang beramai-ramai ke RUMAH PENA, jam 8.30-11.00 MALAM bersama rakan-rakan yang lain. Kedatangan anda amat kami alu-alukan. -by Republic Production

Tuesday, August 19, 2008

The Lost Communication by Republic Theatre


AKhirnya, kami berjaya menyelesaikannya. =)

Angah : Merangkap Director. Walaupun kau nampak tension dan walaupun kita gaduh kejap time shooting tu, aku tetap respek kat kau. u're great sis! kau tau apa yang kau selalu buat dalam hidup and that's good babaeh! always love u.

Abah : Merangkap cameraman. walaupun abah agak tekanan angah gaduh ngan ajun kejap aritu tapi abah tetap maintain daddy cool.hehehe. Thanks cuz always support us! U're great cameraman and great Daddy!

Pak Ngah : Merangkap producer. Walaupun pakngah always aktif 24hour and selalu buat kitorang tergelak, tapi pak ngah memang best. Berjiwa Muda! Eceh! suka la tu! Thanks cuz blanje kami semua makan. =)
Asha : Merangkap make up & wardrobe. Walaupun kau kawan baik aku, tyme keje kalau marah tetap kene marah. hehe. thanks babe sebab sudi membantu. dan aku harap lepas ni kau akan join lagi shooting-shooting yang akan datang.

Ramat : Merangkap krew. Walaupun malam tu i tgk u dah penat giler, tapi u still tolong kami buat keje. jadi extra lagi pulak tu. thanks sangat2. i tau u sure boleh nye. hehe.
Pelakon : Korang semua memang Hebat! tak sabar nak tgk hasilnya. Hero nye sangat menghayati watak. i likeeeee... =) heroinnya bakal jadi mak ngah saya.hohohoho.

Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, Abang Ryo, Boi, Hazwan, Zul, Kak yani, Kak Lely, Intan, Bobby, Bob, kawan Bob dan tak ketinggalan jugak abang yang pakai baju hijau tu. Walaupun dia tak membantu, tapi dia dah penat berjalan ikut kami shooting seharian.hehehe.

(Macam akunye short film plak. heh. Bye the way, thanks guys! kamu semua mcm satu family buat saya)

Susuk

Hari ini aku telah menonton wayang lagi. Ingat kan nak tonton Zohan jugak, tapi kakak tu kata hari khamis baru keluar. Nampaknya bukan rezeki aku, aku pun tonton filem Susuk. Memang aku agak excited untuk menonton filem ni sebab untuk pertama kalinya aku mahu melihat hasil arahan Amir Muhammad kerana selama ini aku hanya menonton hasil-hasil filem pendeknya sahaja. Aku juga tertanya-tanya adakah filem ini sehebat filem-filem pendek yang dihasilkan olehnya dan untuk pertama kali nya aku ingin melihat sejauhmana filem ini mampu memberi kesan kepadaku.

Aku tidak mengetahui sejarah susuk dengan begitu mendalam tetapi melalui filem ini kebanyakkannya susuk digunakan oleh artis-artis kita untuk tujuan kecantikan dan menarik perhatian ramai. Mungkin ada sebab mengapa Amir Muhammad memfokuskan “artis” sebagai salah satu contoh mereka-mereka yang gemar memakai susuk. Bagi pendapat aku pula, memang tindakan pengarah meletakkan artis sebagai orang yang suka memakai susuk adalah satu idea yang bagus dan itu adalah kenyataannya. Walaupun kita tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya, tetapi kita boleh mengetahui sendiri melalui artis-artis kita yang wujud sekarang.

Plot penceritaan pada mulanya agak kabur dan membuatkan aku sedikit celaru. Terlalu banyak watak-watak yang wujud sehinggakan aku tertanya-tanya apakah kaitannya Ida Nerina dan Diana Rafar. Aku tahu yang mereka berdua ini ada kena mengena tetapi aku masih tidak dapat mencari dimanakah kaitannya. Sehingga ke akhiran cerita, pengarah telah memberitahu segala-galanya dan membuatkan aku berfikir sejenak dan terus mendapat jawapan. Aku menyukai filem ini kerana pengarah telah memberikan plot penceritaan yang berbeza dengan filem-filem tempatan yang lain. Plot penceritaanya tidak secara terus menerus tetapi plotnya banyak yang mengelirukan penonton. Sehingga ke pengakhirannya, barulah aku menemui jawapan.

Diana Rafar yang ingin memiliki kuasa susuk yang luar biasa dan terlalu taksub ingin menjadi seorang penyanyi telah menyebabkan beliau akhirnya terpaksa mengorbankan nyawa manusia lain untuk menjadi terus cantik. Diana Rafar telah berubah menjadi Ida Nerina dan terus menjadi penyanyi pujaan ramai. Tetapi, apabila anda menonton filem ini, anda akan keliru pada akhirnya apabila anda sendiri akan merasai bahawa Ida Nerina dan Diana Rafar adalah dua watak yang berbeza. Tetapi secara sahihnya, cuma satu sahaja watak yang diwujudkan oleh pengarah, yang berbeza cuma pengarah menggunakan dua pelakon. Hint-hint yang diberi oleh pengarah mampu dilihat pada filem ini sekiranya anda adalah seorang penonton yang teliti. Aku tidak mahu sentuh dari sudut lakonan tetapi aku merasakan ianya menarik pada plot penceritaan. Plot penceritaan yang agak mengelirukan tetapi pada pengakhirannya aku masih mampu menemui kesimpulan yang terdapat pada filem ini. Walaupun pada permulaan terlalu banyak pergerakan kamera yang perlahan dan nampak suram, tetapi jalan penceritaan masih mampu ditonton olehku. Dan susuk bukanlah satu filem yang seram tetapi lebih menekankan kepada isu-isu kritikal. Untuk Amir Muhammad, aku mengucapkan syabas bagi filem pertama arahan beliau ini.

Meet Dave

Minggu ni aku dah mula cuti. Masa-masa cuti aku habiskan sehari dengan menonton wayang walaupun aku masih sedar tugasan kerja bertambah-tambah, tetapi nafsu untuk menonton filem-filem baru di wayang kuat dalam diri. Kelmarin aku menonton filem Meet Dave. Kononnya nak tengok filem Zohan, tapi tak ditayangkan lagi. Jadi, aku pergi menonton Meet Dave yang dilakonkan oleh Eddie Murphy. Mula sahaja filem ini, aku dah pikir macam-macam. Filem ni ada kena mengena dengan angkasa lepas ke? Filem fiksyen ke? Tapi, bila muncul sahaja Eddie Murphy di dalam filem ini, aku sudah mula ketawa besar. Cuba korang bayangkan, Eddie Murphy melakonkan watak robot manusia dengan mimik mukanya yang selamba dan lakonannya yang sangat meninggalkan kesan padaku. Sememangnya Eddie Murphy seorang pelakon yang gila dan sangat kelakar. Karakternya berubah-ubah setiap masa dan meninggalkan kesan yang hebat padaku.

Menariknya mengenai filem ini kerana terdapat banyak kritikan-kritikan sosial yang ditonjolkan oleh pengarah, Brian Robbins. Seolah-olah aku menyamakan pengarah ini seperti Mamat Khalid sekiranya di Malaysia. Banyak kritikan-kritikan yang dapat dilihat melalui filem ini. Seperti di dalam filem ini, Eddie Murphy adalah ketua dari planet yang muncul ke bumi bersama-sama yang lain untuk mengambil semula bola api yang terjatuh di muka bumi daripada seorang kanak-kanak lelaki. Mereka telah membina robot manusia yang menyerupai Eddie Murphy untuk mengambil kembali bola api itu. Semua anggota badan Eddie Murphy dikawal oleh konco-konco nya dan yang mengetuai adalah Eddie Murphy sendiri. Menariknya apabila berada di bumi, keadaan yang mereka rasai berbeza sekali di planet yang mereka diami. Pada mulanya mereka merasa diri mereka tidak sama dan jauh berbeza dengan makhluk-makluk yang ada di muka bumi tetapi lama-kelamaan mereka mula menyedari bahawa mereka juga adalah sama seperti manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta boleh melakukan apa sahaja yang mereka sukai dalam kehidupan sehari-hari.

Perbezaannya dapat dilihat apabila makhluk dari planet lebih prihatin dan lebih tahu cara menghormati manusia lain daripada mahluk di muka bumi. Robot Eddie Murphy yang direka, membuatkan makluk di planet ini dapat merasai keadaan di muka bumi dan mereka turut mengutuk manusia-manusia di muka bumi ini yang selalu membuat hal sendiri, tidak prihatin dan sebagainya. Sepertinya, pengarah telah menonjolkan seorang pengemis yang memberi tempat tidur untuk ditumpang oleh robot Eddie Murphy dan pengemis itu turut memberi selimut kepadanya. Dan ketika itu, makhluk di planet yang menyaksikan kelakuan pengemis itu berkata lelaki ini adalah lebih baik daripada manusia-manusia yang lain di muka bumi. Bermakna, masih lagi terdapat orang-orang yang baik dan suka menolong orang. Kita dapat melihat bahawa sedangkan makhluk dari planet lain lebih prihatin berbanding dengan makhluk-makluk di muka bumi sendiri. Itu yang menariknya pada filem ini walaupun disampaikan dalam bentuk yang kelakar tetapi masih memberi mesej yang berkesan kepada penonton. Aku pulang dengan rasa gembira kerana aku masih terbayang-bayang hingga kini watak yang dilakonkan oleh Eddie Murphy sangat menggelikan hati.



Sunday, August 10, 2008

The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor

Filem paling baru yang aku tonton adalah The Mummy. Rasa semangat untuk ke panggung agak berkobar-kobar sebab selalunya filem The Mummy tidak mengecewakan aku. Baik The mummy yang pertama dan yang kedua agak menyeronokkan untuk ditonton kerana aku masih lagi mampu mengikut jalan penceritaannya hingga ke akhir. Tetapi berlainan dengan The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor, kurang menyengat hati dan seperti sudah tahu apa kesudahannya.

Aku pergi menonton bersama Epul, Boy dan Afiq di Pavillion. Malam tu pun tak ramai sangat orang yang menonton sekali. Opening sequence pada filem ini kelihatan menarik tetapi agak lama sampai aku pun keliru. Betul ke ni filem The Mummy? Aku pun terus je tengok. Untuk permulaan, plot penceritaan boleh dikatakan menarik, dengan penceritaan tentang sejarah tetang raja cina pada zaman dahulu yang kejam serta visual yang menarik.
Bak kata boy dan afiq, kenapa pelakon perempuan tu bukan Rachel Weisz, kenapa dah tukar orang? Seolah-olah filem The Mummy berubah corak dan konsep. Dialog yang dibuat dengan nada yang berbentuk kelakar tetapi tidak kelakar pula bagi aku. Begitu juga babak-babak aksi dan perang yang membosankan dan tidak masuk akal. Filem The Mummy sudah boleh aku ramal plot penceritaannya. Hero mempunyai seorang anak dan mereka tidak rapat dengan anak mereka. Begitu yang seringkali terjadi pada filem orang putih dan seperti yang aku ramal pada pengakhirannya mereka kembali rapat dan berbaik semula. Seolah-olah sudah tidak ada modal lain untuk dibuat. Begitu juga babak anak kepada Hero dilakonkan oleh Luke Ford kemudiannya jatuh cinta kepada seorang wanita dilakonkan oleh Isabella Leong iaitu anak kepada Michelle Yeoh yang ingin menghapuskan segala sumpahan serta kejatahan yang terdapat pada Raja Dinasti Cina yang dilakonkan oleh Jet Li. Seperti sudah boleh diramal bahawa pada pengakhirannya mereka tetap akan bersatu dan hidup bahagia ke akhirnya. Seperti bukan filem epik yang dikatakan menarik dan agak membosankan untuk ditonton.

Sehinggakan Epul menanyakan aku soalan, "Ajun, tadi apa jadi ye? Kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu?" Seolah-olah Epul hilang fokus dan aku membuat andaian bahawa Epul bukan tak nak tengok tapi Epul rasa filem ni bosan. Terlalu banyak lawak-lawak slapstik yang tidak kelakar. Keluar sahaja dari panggung, masing-masing buat muka tak puas hati. Aku pun pelik kenapa Epul boleh hilang fokus. Dia kata kat aku, "Aku hilang fokus kejap tadi sebab dah terlalu mengarut sangat la filem ni. Lain betul dengan The Mummy yang 1st dengan yang 2nd. Aku rasa pengarah ni dah takde idea kot." Lepas tu Afiq sambung, "tu la! Dah la pelakon perempuan dia tak cun! orang lain plak tu!" Nampaknya Afiq masih mepersoalkan tentang pelakon wanita yang tiba-tiba sahaja bertukar rupa dan menjadi isteri kepada hero. Aku sudah biasa melihat filem-filem macam ni yang balik-balik parents diorang tak ingat anak-anak sebab sibuk berkerja dan at the end diorang akan berbaik balik dan kalau anak lelaki hero tidak perlu bercinta dengan perempuan itu pun, masih plot penceritaan tetap boleh berkembang. Mungkin akan jadi lebih menarik dan tidak cliche.

Beauty with ‘no brain’

Malam kelmarin birthday kawan baik aku. So, aku nak wish happy birthday untuk dia. Malam kelmarin gak kitorang dah buat surprise kat dia ramai-ramai. Before nak buat surprise tu, aku, shasha dengan yaya pergi kedai kek, nak buat surprise kat dia. Balik je dari beli kek, yaya dah start borak-borak dengan kami. Yaya cakap dia slalu kuar g clubbing dengan Zayana. Aku tanye dia, Zayana tu sape? Dia kata yang dalam filem Kami tu. Aku pun mengangguk, dalam hati Zayana yang comel tu. Yaya asyik cerita pasal Zayana dengan dia termasuk bf dia yang selalu gi clubbing, lepas tu Zayana tu mabuk tak ingat dunia. Mula-mula nampak macam menarik, aku pun dengarkan je la cerita dia.

Bila habis cerita pasal Zayana, tetiba lak masuk cerita pasal Sazzy. Yaya kate, Sazzy tu sepupu pada Zayana. Kaitannya dengan dia, bf si yaya ni kiranya “uncle” diorang. Aku pun buat-buat paham je la. Aku cakap la kat yaya, Sazzy tu cantik. Yaya pun angguk-anggukkan je. Cerita punye cerita, yaya cakap kat aku ngan Syasya,

Yaya : Ajun nak tau tak? Sazzy tu gile tau!
Aku : Nape plak?
Yaya : Ade ke dia marah kat kawan dia sorang ni sebab kawan dia nie dah ade bf. Dulu kawan dia ni kira naughty la. Suka minum arak. Tapi bila dah nak kahwin, kawan dia kata nak stop minum. Sazzy tiba-tiba marah pastu kata, girl, u tak patut berhenti minum semata-mata sebab lelaki! I tak boleh terima semua tu!” (dengan penuh perasaan yaya cerita)

Aku pandang shasha. Shasha senyap je. Aku nak je cakap kat yaya, Sazzy tu bodoh ke ape? Tapi gadis urban macam yaya tu mungkin tak boleh terima apa yang aku cakap. Makin lama yaya cerita tentang benda-benda yang bosan untuk aku dengar, makin aku leka dengan telefon di tangan. Pelik. Bukan aku nak buruk-burukkan kaum aku sendiri, tapi kenyataannya jelas. Rata-rata lelaki kat dunia ni lagi ramai yang bijak walaupun tak hensem dari perempuan yang cantik tapi bodoh. Padahal purata perempuan yang ada kat Malaysia ni lagi ramai dari lelaki, lagi ramai yang masuk Universiti. Tapi perempuan tetap nampak bodoh dalam sesetengah aspek dan kebodohan mereka tu jelas ditonjolkan pada khalayak.

Aku pernah borak perkara ni dengan Shasha. Time tu kitorang takde kerja nak buat. Shasha pun setuju dengan aku. Dia kata kesian jugak kalau kita observe orang cantik ni. Nak kawan dengan semua orang yang hot-hot belaka, yang ada kereta besar, berduit dan boleh pergi clubbing selalu. Senang kata yang nampak urban. Tapi cuba kalau kita borak dengan diorang pasal isu-isu semasa, pasal filem, pasal seni, pasal teater, benda-benda yang nampak kritikal. For sure diorang lah orang yang paling senyap dan takkan berkata walau satu pun patah perkataan. Tak percaya? Cuba la buat.

Tapi cuba la bukak pasal artis RnB ke, pasal club-club kat Malaysia nie ke, pasal muzik-muzik techno ke, fesyen ke, dengan rancaknya mereka akan bersuara. Aku tak tahu lah kalau mereka-mereka ni kurang ilmu di dada atau terlalu obses dengan segala kemodenan-kemodenan yang ada. Kadang-kadang jadi kesian pun ada. Muka dah cantik… tapi otak kurang cantik.

Itu je lah keistimewaan orang yang cantik. Dia cantik. Fullstop. Memang ada yang cantik dan ber’otak’, tapi sangat jarang untuk aku jumpa. At least, ada jugak lah topik-topik yang menarik untuk diborak selain daripada lelaki kaya, kereta mewah, duit, fesyen dan clubbing. Macam tu la yang aku dan shasha rasa muak bila dengar Yaya bukak cerita pasal semua-semua tu. Nasib la dia tu kawan kitorang. Dengar je la. Jaga hati kawan. Aku penah tanya kawan lelaki aku.

“ Aku bagi kau pilihan. Kau pilih cantik tapi dia agak bodoh ke tau kau pilih perempuan yang kureng cantik tapi dia boleh berborak macam-macam dengan kau. Senang cerita nampak brilliant la.”
“ Kalau aku la kan June, of course la aku pilih perempuan yang cantek. Bila jalan dengan dia, rase bangga beb. Nak pandang pun rasa comfortable je. Kalau dia bodoh pun bagus! Aku senang nak tipu dia. Betul tak??”
“ Heh.Hopefully bukan kau la yang ‘terkena’ tipu dengan dia nnt.”
“ Bodoh tu blakang nye cerita. Kita boleh ajar dia. Yang penting, dia kena cantik!”
“ Aah. Kau pun lebih kurang sama gak. Handsome with no brain.” (istilah baru aku)

Sunday, August 3, 2008

Layar Tanchap

Semua dijemput hadir. Layar Tanchap terbesar julung-julung kalinya sebelum puasa bermula. Republic Theatre juga akan menyampaikan monolog pada hari tersebut.