Tuesday, August 19, 2008

Meet Dave

Minggu ni aku dah mula cuti. Masa-masa cuti aku habiskan sehari dengan menonton wayang walaupun aku masih sedar tugasan kerja bertambah-tambah, tetapi nafsu untuk menonton filem-filem baru di wayang kuat dalam diri. Kelmarin aku menonton filem Meet Dave. Kononnya nak tengok filem Zohan, tapi tak ditayangkan lagi. Jadi, aku pergi menonton Meet Dave yang dilakonkan oleh Eddie Murphy. Mula sahaja filem ini, aku dah pikir macam-macam. Filem ni ada kena mengena dengan angkasa lepas ke? Filem fiksyen ke? Tapi, bila muncul sahaja Eddie Murphy di dalam filem ini, aku sudah mula ketawa besar. Cuba korang bayangkan, Eddie Murphy melakonkan watak robot manusia dengan mimik mukanya yang selamba dan lakonannya yang sangat meninggalkan kesan padaku. Sememangnya Eddie Murphy seorang pelakon yang gila dan sangat kelakar. Karakternya berubah-ubah setiap masa dan meninggalkan kesan yang hebat padaku.

Menariknya mengenai filem ini kerana terdapat banyak kritikan-kritikan sosial yang ditonjolkan oleh pengarah, Brian Robbins. Seolah-olah aku menyamakan pengarah ini seperti Mamat Khalid sekiranya di Malaysia. Banyak kritikan-kritikan yang dapat dilihat melalui filem ini. Seperti di dalam filem ini, Eddie Murphy adalah ketua dari planet yang muncul ke bumi bersama-sama yang lain untuk mengambil semula bola api yang terjatuh di muka bumi daripada seorang kanak-kanak lelaki. Mereka telah membina robot manusia yang menyerupai Eddie Murphy untuk mengambil kembali bola api itu. Semua anggota badan Eddie Murphy dikawal oleh konco-konco nya dan yang mengetuai adalah Eddie Murphy sendiri. Menariknya apabila berada di bumi, keadaan yang mereka rasai berbeza sekali di planet yang mereka diami. Pada mulanya mereka merasa diri mereka tidak sama dan jauh berbeza dengan makhluk-makluk yang ada di muka bumi tetapi lama-kelamaan mereka mula menyedari bahawa mereka juga adalah sama seperti manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta boleh melakukan apa sahaja yang mereka sukai dalam kehidupan sehari-hari.

Perbezaannya dapat dilihat apabila makhluk dari planet lebih prihatin dan lebih tahu cara menghormati manusia lain daripada mahluk di muka bumi. Robot Eddie Murphy yang direka, membuatkan makluk di planet ini dapat merasai keadaan di muka bumi dan mereka turut mengutuk manusia-manusia di muka bumi ini yang selalu membuat hal sendiri, tidak prihatin dan sebagainya. Sepertinya, pengarah telah menonjolkan seorang pengemis yang memberi tempat tidur untuk ditumpang oleh robot Eddie Murphy dan pengemis itu turut memberi selimut kepadanya. Dan ketika itu, makhluk di planet yang menyaksikan kelakuan pengemis itu berkata lelaki ini adalah lebih baik daripada manusia-manusia yang lain di muka bumi. Bermakna, masih lagi terdapat orang-orang yang baik dan suka menolong orang. Kita dapat melihat bahawa sedangkan makhluk dari planet lain lebih prihatin berbanding dengan makhluk-makluk di muka bumi sendiri. Itu yang menariknya pada filem ini walaupun disampaikan dalam bentuk yang kelakar tetapi masih memberi mesej yang berkesan kepada penonton. Aku pulang dengan rasa gembira kerana aku masih terbayang-bayang hingga kini watak yang dilakonkan oleh Eddie Murphy sangat menggelikan hati.



No comments: