Tuesday, August 26, 2008

Understanding

Dulu aku pernah ada boyfriend. Pastu, aku break dengan dia. Bila aku break, aku tanya dia, apa reason dia. Dia kata sebab kita jauh dan kita tak pernah ada sefahaman. Mula-mula aku tak dapat terima yang sefahaman tu. Aku tak paham. Kenapa dia cakap aku takde sefahaman. Penting sangat ke sefahaman tu dalam sesebuah hubungan? Sampai satu hari tu, aku cerita dengan mak. Mak kata memang salah aku. Aku terkejut. Aku kata kenapa. Mak cakap sebab aku suka paksa-paksa orang. Masa tu aku agak kecewa bila dengar mak cakap macam tu, tapi bila mak cakap cuba kaji balik apa masalah aku ni. Kenapa aku selalu sangat dikecewakan. Bila aku dengar mak cakap tang selalu dikecewakan tu, aku baru fikir relevannya dan mak aku cakap lagi, “mak bukan kenal ajun setahun ke dua tahun ke tapi dah lama june. Takkan la mak tak faham-faham lagi anak mak”. Ye tak ye jugakkan. Apa yang mak aku cakap semua tu aku cuba kaji dan aku betulkan balik. Mungkin betul, aku suka paksa orang. Aku tak selalu faham orang.

Tapi, ada sekali tu, aku lepak dengan angah. Angah bawak kawan dia. Kawan dia ni memang aku kenal dah lama dan rapat dengan kitorang. Dia tanya aku kenapa break. Aku cakap la sebab jauh dan tak sefahaman. Tiba-tiba dia cakap, “Ajun, percintaan tu sepatutnya tak boleh ada masalah dengan jauh.Sebenarnya cinta dia tak cukup strong untuk Ajun.” Aku senyap. Diam seribu bahasa. Yang aku tahu, tiba-tiba airmata ni jatuh je kat pipi tak henti-henti. Ayat dia sangat bagi impak kat aku sampaikan lepas tu aku mula terfikir tentang understanding dalam sesebuah perhubungan.

Cinta tu akan jadi kuat bila kita lebih memahami pasangan kita. Aku mula percaya pada understanding sebab aku rasa dalam perhubungan kita harus berkongsi apa sahaja dan kita boleh cakap apa sahaja yang kita mahu. Sebab bagi aku, sesebuah perhubungan perlu motivasi yang tinggi samada seseorang tu sanggup berubah untuk terus mempertahankan sesebuah hubungan atau tidak. Bila kita tidak ada motivasi, mungkin kita tidak akan berubah dan tidak akan pernah cuba untuk berubah. Dan lebih menyedihkan, bila aku dah tak ada apa-apa dengan dia, aku tak boleh jadi kawan dia macam biasa. Aku pun tak tahu kenapa. Nak jugak aku tanya dia, tapi aku rasa selagi dia ada hak untuk tidak berkawan, aku pun tak kisah la. Mungkin dia ada alasan yang lebih kukuh untuk buat macamtu.

Aku tak rasa bila cinta kita jauh, kita akan mudah untuk break. Alasannya sebab pasangan kita tak duduk dekat dan susah untuk kita jumpa. Bila kita jauh, kita perlu ada sefahaman. Dan bila kita ada sefahaman maka perhubungan kita akan jadi indah-indah sahaja. Tapi bila tidak ada lagi sefahaman dalam diri masing-masing, perkara paling baik yang boleh kita lakukan adalah berbincang dan kita decide samada kita masih boleh meneruskan perhubungan atau kita hentikan sahaja sesebuah perhubungan itu. Gibran ada berkata, “Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya.”

9 comments:

Anonymous said...

darling,
kamu tidak keseorangan, dan tak mungkin akan keseorangan..

senyumlah jika kita punya cuma cinta.. :)

CikAjune said...

sebab tu saya baik2 aja.
saya tau saya tidak akan keseorangan. =)

TAPA OTAI said...

Ever has it been that love knows not its own depth until the hour of separation.

Kahlil Gibran (1883 - 1931)

Cik-MeGa said...

"pergilah mana kau nak pergi, aku takkan kejar kau lagi"

+ ROSYAM NOR-BERLARI KE LANGIT +

senyum!

Anonymous said...

hai...emmm...sesekali kiter berkongsi pengalaman enak juga kan...

apapun ajun...awak antara orang yang paling beruntung punya orang disekeliling yang teramat sayang pada ajun....so just put ur smile on ur face k....

CikAjune said...

hehehe.
kamu pon dah jadi sebahagian dr saya.
cewaaahhh!!!!

saat omar said...

Nice post..i like the road pic. it really present the whole subject.

CikAjune said...

hehe.
sejak saye blaja visual art,
saye praktik tuk guna gamba2 yang tak ditonjolkan secara nyata. =)

Anonymous said...

sometimes susah lps break nak kekal kawan...ntah la..maybe sbb kapel tu kire dah upgrade relationship..pastu tetibe turun grade lak..sorry, bhase pasar..hahaha..