Sunday, August 10, 2008

The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor

Filem paling baru yang aku tonton adalah The Mummy. Rasa semangat untuk ke panggung agak berkobar-kobar sebab selalunya filem The Mummy tidak mengecewakan aku. Baik The mummy yang pertama dan yang kedua agak menyeronokkan untuk ditonton kerana aku masih lagi mampu mengikut jalan penceritaannya hingga ke akhir. Tetapi berlainan dengan The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor, kurang menyengat hati dan seperti sudah tahu apa kesudahannya.

Aku pergi menonton bersama Epul, Boy dan Afiq di Pavillion. Malam tu pun tak ramai sangat orang yang menonton sekali. Opening sequence pada filem ini kelihatan menarik tetapi agak lama sampai aku pun keliru. Betul ke ni filem The Mummy? Aku pun terus je tengok. Untuk permulaan, plot penceritaan boleh dikatakan menarik, dengan penceritaan tentang sejarah tetang raja cina pada zaman dahulu yang kejam serta visual yang menarik.
Bak kata boy dan afiq, kenapa pelakon perempuan tu bukan Rachel Weisz, kenapa dah tukar orang? Seolah-olah filem The Mummy berubah corak dan konsep. Dialog yang dibuat dengan nada yang berbentuk kelakar tetapi tidak kelakar pula bagi aku. Begitu juga babak-babak aksi dan perang yang membosankan dan tidak masuk akal. Filem The Mummy sudah boleh aku ramal plot penceritaannya. Hero mempunyai seorang anak dan mereka tidak rapat dengan anak mereka. Begitu yang seringkali terjadi pada filem orang putih dan seperti yang aku ramal pada pengakhirannya mereka kembali rapat dan berbaik semula. Seolah-olah sudah tidak ada modal lain untuk dibuat. Begitu juga babak anak kepada Hero dilakonkan oleh Luke Ford kemudiannya jatuh cinta kepada seorang wanita dilakonkan oleh Isabella Leong iaitu anak kepada Michelle Yeoh yang ingin menghapuskan segala sumpahan serta kejatahan yang terdapat pada Raja Dinasti Cina yang dilakonkan oleh Jet Li. Seperti sudah boleh diramal bahawa pada pengakhirannya mereka tetap akan bersatu dan hidup bahagia ke akhirnya. Seperti bukan filem epik yang dikatakan menarik dan agak membosankan untuk ditonton.

Sehinggakan Epul menanyakan aku soalan, "Ajun, tadi apa jadi ye? Kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu?" Seolah-olah Epul hilang fokus dan aku membuat andaian bahawa Epul bukan tak nak tengok tapi Epul rasa filem ni bosan. Terlalu banyak lawak-lawak slapstik yang tidak kelakar. Keluar sahaja dari panggung, masing-masing buat muka tak puas hati. Aku pun pelik kenapa Epul boleh hilang fokus. Dia kata kat aku, "Aku hilang fokus kejap tadi sebab dah terlalu mengarut sangat la filem ni. Lain betul dengan The Mummy yang 1st dengan yang 2nd. Aku rasa pengarah ni dah takde idea kot." Lepas tu Afiq sambung, "tu la! Dah la pelakon perempuan dia tak cun! orang lain plak tu!" Nampaknya Afiq masih mepersoalkan tentang pelakon wanita yang tiba-tiba sahaja bertukar rupa dan menjadi isteri kepada hero. Aku sudah biasa melihat filem-filem macam ni yang balik-balik parents diorang tak ingat anak-anak sebab sibuk berkerja dan at the end diorang akan berbaik balik dan kalau anak lelaki hero tidak perlu bercinta dengan perempuan itu pun, masih plot penceritaan tetap boleh berkembang. Mungkin akan jadi lebih menarik dan tidak cliche.

9 comments:

Anonymous said...

haha...
ko dah buat spoiler pada filem ni kat aku jun, tapi tape, pas aku dgr ulasan ko, aku pun dah malas nak tgk...
tgh tunggu cerita met dave lak...hahaha

*weh, WAYANG bila nak ditayang kat umum ni?

CikAjune said...

betul beb.
aku tak tipu.
hehe.
kalau kau rasa nak tgk jugak, pegi la.at least, kau sure ada pendapat yang lain dengan aku. =)

WAYANG rasanya tak tayang lagi. aku pun tak sure bile.aku sendiri tak tengok lagi.

amer zaman said...

tonton national treasures 2,
tonton indiana jones in kingdom of skull,

premis sama.

anak yang tak baik ngan bapak pergi cari masalah.
dibantu dengan ibu.

Anonymous said...

ajune...
mmg dh dinyatakan dalam cinemaonline pun bahawa watak utama tidak akan dilakonkan oleh wanita yang sama sbb minah tu ada masalah keluarga dan xnak berjauhan dgn keluarga... itu alasan yang diberi...

perempuan baru tu not bad la...
dari segi efek pun not bad la....
just not bad la....
lol

CikAjune said...

amerzaman : owh.ye ke? nnt gue tgk. =)

roy :maybe aku lebih tgk pada plot penceritaan. bagi aku tak berapa nak menjadi.

Anonymous said...

hai ajun....kenal ker..kalau tak kenal..saya lah johari kikiki...nice to meet u

CikAjune said...

hehehe.
okay2.
kenal dah.
nice to meet u too! =)

azri abu hassan said...

marilah boikot filem hollywood!

CikAjune said...

hehe. bukan semua kene boikot. yang best, kite tgk! =)