Tuesday, August 19, 2008

Susuk

Hari ini aku telah menonton wayang lagi. Ingat kan nak tonton Zohan jugak, tapi kakak tu kata hari khamis baru keluar. Nampaknya bukan rezeki aku, aku pun tonton filem Susuk. Memang aku agak excited untuk menonton filem ni sebab untuk pertama kalinya aku mahu melihat hasil arahan Amir Muhammad kerana selama ini aku hanya menonton hasil-hasil filem pendeknya sahaja. Aku juga tertanya-tanya adakah filem ini sehebat filem-filem pendek yang dihasilkan olehnya dan untuk pertama kali nya aku ingin melihat sejauhmana filem ini mampu memberi kesan kepadaku.

Aku tidak mengetahui sejarah susuk dengan begitu mendalam tetapi melalui filem ini kebanyakkannya susuk digunakan oleh artis-artis kita untuk tujuan kecantikan dan menarik perhatian ramai. Mungkin ada sebab mengapa Amir Muhammad memfokuskan “artis” sebagai salah satu contoh mereka-mereka yang gemar memakai susuk. Bagi pendapat aku pula, memang tindakan pengarah meletakkan artis sebagai orang yang suka memakai susuk adalah satu idea yang bagus dan itu adalah kenyataannya. Walaupun kita tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya, tetapi kita boleh mengetahui sendiri melalui artis-artis kita yang wujud sekarang.

Plot penceritaan pada mulanya agak kabur dan membuatkan aku sedikit celaru. Terlalu banyak watak-watak yang wujud sehinggakan aku tertanya-tanya apakah kaitannya Ida Nerina dan Diana Rafar. Aku tahu yang mereka berdua ini ada kena mengena tetapi aku masih tidak dapat mencari dimanakah kaitannya. Sehingga ke akhiran cerita, pengarah telah memberitahu segala-galanya dan membuatkan aku berfikir sejenak dan terus mendapat jawapan. Aku menyukai filem ini kerana pengarah telah memberikan plot penceritaan yang berbeza dengan filem-filem tempatan yang lain. Plot penceritaanya tidak secara terus menerus tetapi plotnya banyak yang mengelirukan penonton. Sehingga ke pengakhirannya, barulah aku menemui jawapan.

Diana Rafar yang ingin memiliki kuasa susuk yang luar biasa dan terlalu taksub ingin menjadi seorang penyanyi telah menyebabkan beliau akhirnya terpaksa mengorbankan nyawa manusia lain untuk menjadi terus cantik. Diana Rafar telah berubah menjadi Ida Nerina dan terus menjadi penyanyi pujaan ramai. Tetapi, apabila anda menonton filem ini, anda akan keliru pada akhirnya apabila anda sendiri akan merasai bahawa Ida Nerina dan Diana Rafar adalah dua watak yang berbeza. Tetapi secara sahihnya, cuma satu sahaja watak yang diwujudkan oleh pengarah, yang berbeza cuma pengarah menggunakan dua pelakon. Hint-hint yang diberi oleh pengarah mampu dilihat pada filem ini sekiranya anda adalah seorang penonton yang teliti. Aku tidak mahu sentuh dari sudut lakonan tetapi aku merasakan ianya menarik pada plot penceritaan. Plot penceritaan yang agak mengelirukan tetapi pada pengakhirannya aku masih mampu menemui kesimpulan yang terdapat pada filem ini. Walaupun pada permulaan terlalu banyak pergerakan kamera yang perlahan dan nampak suram, tetapi jalan penceritaan masih mampu ditonton olehku. Dan susuk bukanlah satu filem yang seram tetapi lebih menekankan kepada isu-isu kritikal. Untuk Amir Muhammad, aku mengucapkan syabas bagi filem pertama arahan beliau ini.

4 comments:

Amir Muhammad said...

Terima kasih untuk komen anda :-)

CikAjune said...

u're welcome.
terkejut sekejap.
amir muhammad bg komen pada saya.hehe.
good job bro!

azri abu hassan said...

good job menulis review filem Susuk arahan Amir Muhammad. Ko nak aku komen positif ke atau negatif? daripada tulisan ko?

CikAjune said...

aku tak kisah.
kau kan selalu je jadi pengkritik hebat aku. heee..=p