Sunday, August 31, 2008

Momok?? Tomok??

Baru-baru ni aku pergi tengok abang aku perform kat satu cafe di Setiawangsa. Kebetulan salah sorang dari band Newyboyz pon ajak aku pergi sana untuk tengok diorang perform. Kata dia, newboys sekarang dan makin matured dan muzik pun dah makin mantap. Jadi, aku yang memang agak anti newyboyz dari dulu lagi nak jugak la tengok perubahan-perubahan yang dah diorang buat. Sambil-sambil aku boleh tengok abang aku perform sekali, aku pon boleh la tengok kumpulan newboyz tu. Matlamat utama tetap nak tengok abang-abang aku la. Takkan newboyz pulakkan??

Nak dijadikan cerita, sampai je kat Setiawangsa, aku pergi dengan angah, Pak Ngah dan Abang Ryo.Kitorang tak sempat nak tengok abang aku perform sebab diorang perform first sekali. Kitorang terlepas nak tengok diorang perform. Tapi takpe lah sebab newyboys tak perform lagi. Aku pun tengok jugak lah kan sebab kawan aku yang satu band dengan newboyz ni dah beria-beria sangat ajak aku tengok. Aku duduk dengan kawan-kawan abang aku yang lain. Sambil-sambil tu sempat tengok sekeliling. Eh! Aku nampak Tomok! Tomok pon pandang aku. Lepas tu aku pandang depan, aku pandang Tomok balik. Tomok pun pandang aku balik. Aku pandang depan balik, lepas tu aku senyum sikit. Aku bukan teruja tengok Tomok tu, tapi aku rasa nak tergelak sangat bila aku tengok rambut dia yang memang takde stail langsung, dengan pakaian serba hitam siap ada rantai besi yang digantung kat pinggangnya. Mesti dia ingat aku ni salah satu peminat nombor satu dia kan? Sebab aku pandang dia tak berkelip-kelip. Tak pun mesti dia rasa yang fesyen dia sekarang memang RARE gila kalah lelaki-lelaki lain yang ada. Yang best tu, bukan dia sorang je yang pakai, tapi satu grup dia termasuklah dengan kawan aku ni jugak.

Tapi aku cool lagi. Sampai la tiba time diorang nak perform. Aku duduk depan sekali. Cewah! Konon-konon memang support gila la ni. Aku pandang je Tomok. Beberapa kali dia betulkan rambut dia yang agak menggelikan mata aku untuk tengok. Sampai lah lagu Sejarah Mungkin Berulang yang telah diorang berikan nafas baru dalam bentuk Jazz. Aku pun tak tahu kenapa diorang bagi nafas baru, tapi aku tetap tak boleh terima. Mungkin faktor suara Tomok yang terlalu sengau untuk aku ke, lirik lagu yang terlalu mendayu-dayu ke atau aku memang tak boleh blah lah dengan lagu ni. Senang cerita. Lepas tu, ada la satu lagu yang diorang bawak tu ala-ala J-Rock. Memang sebijik la macam J-Rock! Kalau aku nyanyi lagu J-Rock tu, kiranya sama macam aku nyanyi lagu Newboyz. Cuma aku kena ambik lirik lagu Newboyz, lepas tu aku nyanyi dengan muzik J-Rock. Memang sama!

Lepas je diorang habis perform, aku tepuk tangan jugak la. Konsep nak jaga hati lagi. Tapi banyak jugak perempuan yang tergila-gilakan Newboyz ni. Tersengih-sengih aku tengok diorang bila Newyboyz perform kat stage. Lepas je habis diorang perfom, aku lepak dengan abang aku dan kawan-kawan abang aku yang lain kat Ampang. Alis kata dia teruja sangat dapat nombor telefon Tomok.(Aku tahu abang aku tu memang suka buat lawak). Tapi yang paling best nya, bila kitorang tengah lepak-lepak, lepas tu alis cerita pasal Tomok kat kitorang.

Tomok : Kau nak tau tak Lis. Kitorang sebenarnya nak buat lagu Newboyz ni lain daripada yang lain! Sebab tu kitorang tukar lagu Sejarah Mungkin Berulang tu jadi Jazz. Kitorang sebenarnya banyak influence J-Rock. J-Rock ni memang ramai gile orang yang tak kenal diorang! Kau kenal tak J-Rock tu siapa Lis?
Alis : Hah?? J-Rock. Isk..Takkan la aku tak kenal Tomok. J-Rock tu memang dah lama wujud kat Malaysia ni. Aku tak rasa orang tak kenal. (seolah-olah Alis nak cakap, Nenek aku pun kenal J-Rock tu siapa!)

Tomok senyap je bila dengar Alis cakap macam tu. Tak tahu la dia malu ke ape. Kalau lah aku berada kat tempat alis, mungkin aku akan cakap kumpulan J-Rock tu, kat karaoke pun kita dah boleh nyanyi lagu dia. Kita dah boleh kenal dia siapa. Kalau aku memang betul-betul ada depan Tomok sekarang, aku dah nyanyi dah lagu J-Rock tu. Sebijik aku nyanyi macam yang lagu dia buat tu. Biar dia tahu yang kitorang ni takde la bodoh sangat sampai tak tahu J-Rock tu siapa dan kitorang memang dah tahu dah berkurun abad kumpulan J-Rock ni wujud. Seolah-olaj dia nak perbodohkan abang aku, tapi sebenarnya dia tengah memperbodohkan diri sendiri. Haha. Kelakar.. kelakar…

Tomok ingat abang aku ni mungkin budak-budak kecik yang tak tahu apa-apa pasal muzik. Padahal abang aku ni, setiap kali karaoke akan nyanyi lagu J-Rock. Punya la dia gilakan J-Rock tu. Memang salah orang la bro nak cakap. Aku pun cari jugak malam tu apa perubahan-perubahan yang dah diorang buat. Baik dari segi pemakaian ke mahupun lagu-lagu diorang ke. Aku sendiri tak tahu apa yang diorang nak perjuangkan. Kesian pun ada. Tapi, lepas ni mungkin Alis akan jadi kawan baik Tomok dan mungkin aku akan jadi sebahagian daripada supporters2 kuat Newboys. Hahaha.

17 comments:

Anonymous said...

aku nak buat icon gelak yg tergolek2 macam kat ym tu tapi tak boleh!anyway, tomok mmg cute dgn potongan rambut terbaru ala-ala bulu ayam yg telah dicukur separuh..dan rantai pengikat besi dikocek seluarnya yang sekarang jadi trend mat indon dan mat bangla serta rempitan-rempitan sedunia..malam tu aku rasa nak maafkan dia sebab aku dah terlalu lama benci dia, tapi lepas kau tulis entry ni dan lepas alis citer benda tu kat kita, aku rasa sampai keturunan aku yg ke berapa pun, aku akan pangkah diorang..jahatkan aku!!kalau mungkin tomok akan datang berbuka puasa rumah kita sebab dah jadi kwn baik alis, masa tu nanti aku akan bisik kat telinga dia : please grow up tomok! dunia dah nak berakhir dah ni, takkan tak sedar2 lagi...hehe

salam ramadhan utk tomok dan new boys, maafkan hamba.

CikAjune said...

hehehehe.
salam maaf untuk Tomok dan rakan2 juga.
maafkan saye. =p

Anonymous said...

huhu...bila adik beradik bergabung menjadi satu...Maka Terciptalah...PermaiSuri Laserr...kikiki...takper2 malam ni last Laser...esok Da Pose.....huuh...MemandaNgkan gua tak jadik pergi..(frust gak..melepas nak berkenalan ngan gaDish..:P) tapi gua dapat merasakan yang akan melakukan tindakan yang sama Oleh PermaiSuri Laser ni..huhuhu.....Akhir kata...Majulah TomOk UntuK SemUa...hahahaha..
SElaMat PuaSa....

BintanG BirU....

CikAjune said...

mane de gadis hot.
kitoang je yang plg hot time tu.
hahaha.

Anonymous said...

aku sokong joe...
hmm, tomok n newboyz hidup lagi rupanya, ingat dah lame menyepi tu dah terkubur la, rupanya dorang bangkit dari kubur balik,ish3...
nyusahkan si tukang gali tu aje...
haha

Anonymous said...

terima kaseh atas kutukan tersebot..
bagus la tu ea,time bulan puase mengutuk orang..
tahniah..
anda mmg tak tau nak hayati erti sebenar Ramadhan..
dan memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan..
aku taknak ar memaki orang..

sekian,time kaseh..

iamstradust said...

tomok comel!!!!

*suka tgk rambut br abg tomok

~herfizul akma nasaruddin~ said...

bukan mengutuk anonymous..tu namanya kritikan terbuka.

klu tatau nak bezakan mana kutukan mana kritikan tak yah nak citer erti sebenar ramadhan..

puasa tetap puasa..tapi yang jahil depan mata takkan nak diamkan aje.

kan ajun?
sapot ajun..

dan hidop alis!!!!hahahaha..(tak lama lagi alis akan jadik kawan baik tomok!!!)

~herfizul akma nasaruddin~ said...

klu betul2 berani nape tak letak nama sendiri.
ni anonymous la..
apa la..

org yang berani kritik adalah org yang jujur.berhati mulia.tidak bermuka-muka..

CikAjune said...

wah.apekah ini.
perang di blogkah??
hehe.
jangan sampai berbalas2 pantun sudah lah ye. =)

Anonymous said...

mmg nak tuleh name..
tapi takleh dol..
ntah ape problem..

la..kritikan sampai menjatuhkan owg tu bagus la ea??

Anonymous said...

whoa..
bagus2

~herfizul akma nasaruddin~ said...

adoyai..
lawak seyh..

sudah-sudah la.
klu tak leh nk terima kritikan jadi je katak bwh tempurung!!!

Anonymous said...

sempena dah nak raya nie..
buang la yg keruh amik la yg jernih..
setiap org ade kelemahan
tak de manusia yg sempurna..
tp kami sekeluarga s.alam mmg tak suka tomok!!
ahaks!! rambut style yer..caya la!!
hahaha..go tomok go!! salam ramadhan..no cheating!!

p/s:kepada tomok ku
sempena raya neh ubah la penampilan anda demi diri anda jua. your image can describe your natural attitude...ahaks!!
selamat hari raya

-mann-

Anonymous said...

Tomok a.k.a TOMBONG..

dulu aku kenal tomok pasal die memang sengau.. skang aku kenal tomok sbb die budget rockers..suda la wehh..hak2..

mane gi newboyz nyer pembaharuan? x nmpk pon??
stakat nk ubah style ambot..pastu pakai rantai besi sangkut kt suar...??
alaaahhh..besepah rempit begaye mcm tuh la weh..!!! tolong laa...
x bleh blah seyhh..

-kuku-

Anonymous said...

pasal blog ni tomok menang sejuta..

MomTom said...

haha