Monday, June 29, 2009
Rindu-rindu 'an'
Aku: (tersedak) Haaa??!
Alis: Okay la Jun. Kita ikut dari bawah. Selalunya yang sulung kahwin dulu kan. Kali ni kita buat yang bongsu kahwin dulu.
Aku: Boleh. Tapi masa tu umur Angah dengan Along dah 50 lebih. Kau dengan boboi dah 40 lebih.
Alis: Takpe lah Jun. Aku paksa Along dengan Angah kahwin dulu!
Mak: Err..mak pun setuju!
Friday, June 26, 2009
JPJ oh JPJ!!
Abang : Jun, kita belajar 3pointer, bukit dengan side parking dulu k?
Aku: Baik!
12.45 tgh hari
Abang: Kenapa hari ni bukit asyik tak lepas je Jun?
Aku: Sakit Perut la bang.
Abang : Oh... hari pertama ye?
Aku : Aah.
1.00 tgh hariAbang: Hari ni kita nak belajar on the road pulak. Jun tengok abang tunjuk jalan nya dulu ye.
Aku: Baik!
1.15 tgh hari
Aku: Abang, nak tanya la sikit.
Abang: Apa dia Jun?
Aku: Kalaulah tiba-tiba saya sakit perut time nak ujian dengan jpj nnt, boleh tak saya tak nak ambik?
Abang: Mana boleh jun. Kita dah daftar nama. Mesti kena ambik.
Aku: (Pandang muka dia)
Abang: (Pandang muka aku. Senyum.)
1.45 tgh hari
Abang: Sekarang ni, jun bawak pulak kereta ye. Ingat jalan yang abang dah terang tadi tau.
Aku: Ok!
Abang: Before tu, cek dulu apa yang patut.
Aku: Abang, kalau cermin side ni dah ok saya tak pegang boleh kan? Kira dah okay la cermin ni.
Abang: Tak boleh. Kena cek jugak walaupun jun rasa dah ok.
Aku: Ye ke? Mengada-ngada betul la jpj ni. (Mengeluh)
1.50 tgh hari
Aku: (dekat simpang) Abang, boleh jalan ek?
Abang: (tengah sms) Boleh. Jalan je.
Aku: (Kereta belok. Ada lori hon. Hon lama pulak tu)
Abang: (Pandang lori.Buat bodoh je.)
Aku: Kecoh je lori ni!!! (padahal memang salah aku pun)
2.00 tgh hari
Abang: Jun, dah habis belajar. Jom balik. Jun bawak sampai rumah.
Aku: Baik! Er..abg. Boleh saya bawak laju sikit tak? Tadi praktis je kan?
Abang: (Senyum tanda setuju)
2.30 tgh hari
Aku: Abang, nak tanya lagi boleh?
Abang: Apa dia jun?
Aku: Err..saya rasa tak confident lah nak ujian jpj.
Abang: Laaahh! Tak confident pulaaak?? (Gelak)
Aku ada lagi 4 jam nak belajar.
Abah aku dah bayar full tau.Jangan la fail.
Kena belajar jadi seorang yang confident.
Kalau sakit perut,jangan bawak kereta.Tak ada mood betul rasa.
Tunggu sampai tak ada kereta, baru jalan. (advise dr alis & abah)
Kalau boleh,mengorat jpj.Senang sikit.Hehe.
Tuesday, June 23, 2009
Kepuasan di harijadi saya
Birthday party saya untuk tahun ni sangat touching. First nya saya dah lama sangat tak makan dekat seoul dan dah lama saya kempunan nak makan kat sana. Kekasih hati yang baik hati bawa saya makan dekat Seoul. Terasa sangat romantik pulak. Hehe.
Dan kekasih hati saya booking karaoke (aktiviti-aktiviti fav saya). Malam tu ada surprise untuk saya. Angah perform puisi berduet nyanyi dengan kekasih hati saya. Itu sangat touching. Dan kawan-kawan tercinta saya semua datang.
Angah, thank u untuk puisi itu. Aku tak kisah kalau kita berkongsi lelaki yang sama. Asalkan aku akan bersama dengan kau sampai bila-bila.
Kawan-kawan, thanks for coming. Malam tu sangat best dan happening.
Faliq, thanks cuz planning semua ni. Aku tak kisah nak kenalkan kau dengan bestfriend aku. Sebab aku percaya kau akan bahagiakan dia. Itupun kalau dia nak kau la.
Epul & a.is, bagus jugak effort korang tu. Boleh buat birthday girl menangis.
Abg zaidi, kek choc mud tu sangat sedap. Hehe.
Kekasih hati, thank u untuk semua. Seoul sangat sedap walaupun chopstick kamu jatuh. Lagu yang kamu nyanyi dengan Angah sekarang dah jadi lagu fav. saya. Dan tempat karaoke tu sangat best sebab diorang bagi aiskrim coklat dengan present lagi. =)
Untuk semua, terima kasih tidak terhingga.
Dan untuk insan-insan yang saya sayang, cinta bangat sama kamu.
Friday, June 19, 2009
Happy father's Day & Happy Birthday To Me
Kehadapan abah ku yang tercinta,
Pertamanya, ajun nak minta maaf sebab ajun terpaksa post entry ni awal. For ur information, father’s day sama dengan birthday anak abah ni. Tapi ajun nak pergi pesta malam Indonesia and sunday already my birthday, so takut-takut kalau tak ada masa nak post. Nak sambut birthday la konon-konon kan.
Keduanya, minta maaf sebab ajun tak bagi by hand dekat abah. Abah tak tahu ke? Ajun lah anak abah yang paling pemalu bila bab-bab nak tunjuk kasih sayang ni. Ye lah. Nanti adik beradik lain cakap ajun ‘poyo’ pulak kan. So, ajun decide untuk post dekat blog ajun. Ini first time ajun buat benda sweet-sweet untuk abah. Malulah!
Ketiganya, minta maaf sebab ajun tak ada hadiah untuk abah. Ini je yang mampu ajun buat. Maklumlah, saya kan masih belajar. Dan untuk birthday ajun kali ni, cukup lah lesen kereta as birthday present ajun. Tapi kalau nak bagi hadiah jugak, ajun terima dengan hati yang TERBUKA.
Keempatnya, actually video ni mewakili semua anak-anak abah dan emak. Ajun tolong wakilkan untuk buat. Diorang ada pesan jugak kat ajun. Diorang kata, jangan nangis tengok video ni. Gelak je sampai habis. Sebab video ni bukan video sedih. Ingat pesan anak-anak abah ni ye.
Akhir kata,
We love u abah.
Wednesday, June 17, 2009
NL Ibah and Sons
Besok nya, boboi suruh mak buat 50 bungkus. Aku tolong lah mak. Tolong kupas telur je lah. Hehe. Pon habis juga orang beli. Siap ada yang suruh jual dengan air lagi. Sebab kebanyakkan diorang students yang malas nak keluar beli makanan. Tadi aku ada kelas driving. Aku balik je dari kelas, aku tengok mak dah beli air kotak. Abah pula bawa mineral 3 kotak. Tu semua nak jual malam ni. Alis suruh mak buat lebih sebab nak jual kat Haji Tapah. Owner Haji Tapah pun dah bagi green light. Tapi mak kena buat lebih la. Aku cakap kat mak, jangan risau. Aku ada. Selain daripada kopek telur, aku boleh potong timun. Boleh juga lah kurangkan beban dia. Hehe.
Aku cakap kat abah dengan mak. Lepas ni boleh lah kita buat bisnes sendiri. Kalau nasi lemak mak dah popular. Buka restoran. Nama restoran tu Ibah ...... (aku dok fikir nak bagi nama apa)
Sunday, June 14, 2009
panji-panji ulu yam
1. Ramai sangat yang kata nak pergi, tapi tiba-tiba tak jadi. Ayam sangat banyak dan over budget lah! Tapi, kak yani kata takpe lah. Pergi pun nak enjoy-enjoy.
2. Tema nya mesti pakai baju warna merah, hijau dan kuning. Konon-konon reggae la kan. Hampeh! Berapa orang je yang ikut tema kot.
3. Ulu yam tak ada line! Terpaksa cari coverage di merata-rata tempat!
4. Angah sesat. Ini paling best. Sebab tak ada line lepas tu macam mana nak bgtau Angah jalan kan? Last sekali, pegi ambik dia kat tempat yang senang nak cari. Angah, aboy kata, sebaik la Angah yang sesat. Hehe.
5. Air kat sana sejuk yang amat. Aku basah kepala je. Badan tak basah pun. Hehe.
6. Kak yani dengan Alis kene pacat. Sebaik aku tak sempat nak kena.
7. Ayam habis walaupun tak ramai yang datang. Itu paling menarik. Haha.
8. Balik rumah, makan ubat demam, ubat batuk dengan sakit tekak. Dah tau demam, lagi nak mandi. Degil!
9. Faliq kata nak diet. Tapi banyak jugak ayam yang dia makan ek? haha
10. Kalau nak gambar, masing2 pergi ambik kat facebook ye!
Thursday, June 11, 2009
Delete! Erase! Buang! Padam!
Aku online facebook malam tadi. Aku tengok, kat list orang yang online ada dia yang sangat aku kenal.
Aku pun click pada dia, aku tulis, hye u! Aku enter.
Lama sikit, aku baru nak sambung tulis, .... is Offline!
Aku tiba-tiba jadi marah! Rasa nak mencarut pun ada gak time tu.
Aku baru je nak ucap congrats sebab dah habis degree. Ada ke patut dia terus offline!
Tak tahu la sebab takut girlfriend dia tu marah ke, girlfriend ada kat sebelah dia tengah merajuk ke.
Atau aku ni terlalu bagi kesan yang mendalam dalam hidup dia ke sampai aku balas terus offline?
Aku pun pikir-pikir balik.
Bukan sekali je pernah jadi macam ni kat aku. Ada juga beberapa kali dia buat macam ni.
Salah ke aku nak cakap congrats walaupun dulu aku ni ex girlfriend kau?
Habis tu, facebook ni wujud untuk add kau lepas tu buat bodoh je ke?
Samalah dengan, aku buang kau dari friend list aku, kau tak payah nak sibuk-sibuk bukak page aku dan kau tak payah nak offline setiap kali aku cuba nak berborak dengan kau.
Aku tak rugi apa-apa pun.
Entah kenapa aku rasa buang masa.
Aku pergi kat ‘friends’, aku cari nama dia.
Aku delete dia dari friend list aku.
Aku cari kot-kot ada lagi ke nama dia.
Dah tak ada.
Aku senyum.
Aku rasa puas!!
1; Aku bukan terhegeh-hegeh, tapi salah ke kalau aku nak berkawan?
2; Aku bukan gergasi yang hodoh lah! Nampak aku je nak offline!
3; Kalau takut girlfriend jelous, buang aku awal-awal dulu dari friend list kau.
4; Aku dah ada boyfriend lah!
5; Lepas dah break, memang tak boleh kawan dah ke?!
Girls, siapa lagi yang tak profesional sekarang ni? Lelaki ke perempuan?
Tuesday, June 9, 2009
Old-friend Conversation
4.50 pm
Jumpa kawan lama.
Aku : U apa khabar?
Dia : Great! Macam dulu juga la...
Aku : Kenapa u makin kurus? Banyak masalah?
Dia: Memang i kurus dari dulu kot.
Aku : Tak la. Ini makin kurus dari i. U tipu i kan? U tak happy?
Dia : (Senyap)
Aku : Sometimes u kena berdepan dengan realiti sebab Tuhan tu sayang kan u. Dia nak u jadi more stronger dalam hidup!
Dia: I just rindu i yang dulu. Kadang-kadang i tengok gambar lama-lama, i senyum sorang-sorang. Tak sangka itu i! I nampak happy sangat. I rindu semua tu...
Aku : Kenapa? Sekarang u tak boleh jadi happy macam dulu ke?
Dia : I cuba... but tak macam dulu lagi. Everybody changed! Environment pun dah berubah juga babe...
Aku : Study macam mana? Efek u tak?
Dia: Selalunya tak efek. Kalau ada problem, i malas nak fikir. I buat je kerja i.I dah mula rasa penat. Dah banyak sangat yang Tuhan uji i. Sampaikan i dah tak tahu nak buat apa lagi u. Semuanya dah jadi. Kita tak boleh nak ubah lagi. I just boleh go with the flow je.
Aku : (Diam)
Dia: U ada apa-apa advise tak yang boleh buatkan i jadi orang yang strong sikit?
Aku: Herm.. I bukan nya hebat sangat kalau nak advise orang. Sebab i pun tak boleh nak lari dari masalah-masalah macam ni. Tapi, u jangan la cuba buat benda-benda yang negatif. If u feel stress, u kena cari somebody yang boleh dengar masalah u. Jangan simpan dalam hati. Itu tak baik.
Dia : I sayang diorang semua u. (Pegang tangan aku. Kuat.)
Aku : I tahu. Kalau u tak sayang, u tak jadi macam ni kan? Sebab u banyak fikir sangat. U fikir untuk kebaikan semua. I tahu macam mana rasanya kalau i kat tempat u. U cuba untuk buat semua orang happy walaupun u tak happy. I tahu macamana rasa sakit tu.
Dia: (Masih pegang tangan aku. Airmata mula mengalir.)
Aku: (Datang dekat pada dia. Peluk.)
Dia: Thanks babe. I rasa lega bila i dapat cerita dekat u. (Masih menangis)
Aku: No problem. U kena bersyukur sebab Tuhan nak u jadi Kuat! (Tak berkata-kata lagi. Airmata turut mengalir.)
1; aku boleh jadi kaunselor
2; aku tak suka tgk kawan aku sedih
3; ye! aku mengaku! aku memang senang menangis!
Monday, June 8, 2009
8 BIG mistake
1. Aku pernah ponteng sekolah. Kantoi masa nak lari, beg sekolah tertinggal. Hehe. Petang tu takut nak balik rumah. Sampai je rumah kena leteran pedas. Lepas tu, aku taubat tak ponteng lagi! Menyusahkan parent je aku rasa.
2. Aku pernah terjun bangunan sekolah dari tingkat 2. Semua pagar kat sekolah tu berkunci. Aku cakap kat kawan aku leh terjun sebab tak tinggi. Lagipun bawah tu rumput. Confirm selamat! Lepas terjun, resultnya kaki aku bengkak. Tangan aku pun sama. Along urut sampai aku menangis tak keluar suara. Sakit! Disebabkan aku terjun, pertandingan netball yang aku masuk, aku dapat nombor 3. Sebab aku lari pun dah terhincut-hincut.
3. Aku terjatuhkan handphone kawan aku. Aku kena ganti. RM200! Melalak gak lah masa tu. Sampai angah bagi duit kat aku. Shasha pun sanggup pinjamkan duit kat aku. Kesilapan besarnya sebab masa tu aku nye diploma showcase acting. Stress yang amat!
4. Aku gaduh dengan kawan aku. Aku tak boleh terima dia tak nak kawan dengan aku lagi sebab teman lelaki dia. Frust sangat aku masa tu. Sebab bukan sekali aku terkena macam ni dengan dia. Tapi berulang-ulang kali. Tapi, bila tak berkawan dengan dia lagi, aku rasa lain. Aku rasa aku hilang kawan yang aku sayang.
5. Aku suka kat sorang laki ni. Tapi aku tak bagitahu kat dia yang aku suka dia. Macam loser pulakkan? Haha. Aku tak kisah pun kalau dia suka kat aku atau tak. Yang penting aku bagitahu kat dia. At least, aku berani begitahu kat dia kan?
6. Aku tak berani nak nasihat orang-orang yang aku sayang walaupun ada diantara diorang yang dah banyak berubah. Sampai sekarang aku masih tak berani. Adakah aku terlalu menjaga hati atau aku tak nak ada hati yang akan terluka kalau-kalau aku cakap?
7. Aku pernah hilang handphone. Aku menangis macam orang gila masa tu. Macam lah tak boleh ambil balikan nombor tu. Mungkin sebab aku yang terlalu careless buatkan aku jadi marah dengan diri aku sendiri.
8. Aku buat parent aku risau pasal aku. Ini adalah kesilapan paling besar yang sangat aku rasa kalau-kalau aku ada buat silap dengan parent aku. Sebab aku sangat susah nak cakap sorry kalau aku ada buat salah.(melainkan Hari Raya) Kadang-kadang, kalau aku buat salah, 24jam aku terfikir-fikir pasal salah aku tu. Tapi abah selalu kata, learn from your mistakes and don’t u ever do it again!
Kadang-kadang, kesilapan yang besar boleh buat kita jadi lebih aberhati-hati dengan sesetengah situasi.
Every great mistake has a halfway moment, a split second when it can be recalled and perhaps remedied.
-Buck, Pearl ne¤ e Sydenstricker
Wednesday, June 3, 2009
Cinta Antara Kita
Faliq BUZZ aku
Epul BUZZ aku
Angah BUZZ aku
Aboy pun BUZZ aku
Wah! Terasa meriah pulak ym hari ni.
Aku tak tahu nak layan macam mana.
Lambat reply sikit epul dah bising-bising.
Aku tulis kat Faliq.
Aku suruh dia buat chat box.
Senang sikit nak borak.
Faliq pun invite lah semua.
Aku turut serta JOIN the club!
Aku rasa aku tak sempat nak tulis apa-apa kot.
Cukup lah faliq, boy dengan epul yang chat sama-sama.
Aku dengan Angah cakap sikit-sikit je.
Padahal yang dah lama tak jumpa aku.
Faliq, epul dengan aboy satu rumah.
Angah, epul dengan bf aku pula satu tempat kerja.
Jadinya, buat apa buat chat box?
Tapi semalam buat aku rasa tiba-tiba rindu.
Rasa dah lama tak duduk borak sama-sama.
Aku sempat ambil gambar melalui webcam.
Epul kata aku seksi semalam.
Aaaaww!
Tuesday, June 2, 2009
Bilik saya yg Berwarna Warni
Pagi tadi aku bangun aku terus masuk bilik aku.
Bersepah!
Serabut!
Abang aku siap boleh tidur lagi kat katil aku!
Hish! Mengeluh.
Aku mandi.
Aku online.
Aku tulis kat shout out, ‘sedang serabut tengok bilik yang serabut’.
Abang aku dah bangun.
Aku ambik plastik hitam besar kat dapur.
Aku mula kemas baju-baju.
Banyak nya baju-baju aku dengan Angah!
Mana yang tak pakai aku letak kat dalam plastik.
Senang nanti mak aku nak bagi kawan-kawan dia yang ada anak perempuan.
Saving sikit kan?
Rak almari pertama habis aku kemas.
Laci barang-barang ‘dalaman’ pun aku habis kemas.
Almari sebesar alam aku dah gantungkan semua baju-baju.
Almari kecik aku susun semua baju-baju dan seluar.
Laci yang ada aku letak segala macam pakaian-pakaian yang ada.
Skirt, baju renang, topi, singlet semua aku letak dalam laci.
Aku tengok buku-buku bersepah-sepah!!
Aku keluarkan semua buku-buku, aku kemas satu-satu.
Ada yang aku buang ada yang aku simpan.
Barang-barang Angah yang aku rasa bernilai, semuanya aku simpan.
Dvd-dvd yang kami borong kat Penang juga semua aku kemas.
Aku tengok cadar.
Aku rasa dah lama sangat cadar tak bertukar.
Aku pergi bilik mak.
Aku ambik cadar dengan lapik bantal sekali.
Aku ambil warna kuning!
Aku ambik plastik hitam tadi, aku letak semua baju-baju yang aku rasa dah tak muat nak pakai.
Aku ambik lagi plastik hitam, aku buang segala sampah-sampah yang menyemak dalam bilik ni.
Aku sapu sampah.
Aku susun kasut-kasut.
Aku ambil shieldtox.
Aku spray satu bilik.
Abang aku kata bilik aku boleh kena gatal-gatal sebab semak sangat.
Aku nampak ada poster 3 budak melayu.
Ada poster Sorry.
Ada poster Seseorang yang Terkenal.
Dan ada gambar aku pergi mines dengan angah dan abang farid.
Aku tampal kat dinding.
Malam-malam bila aku rasa sunyi, aku akan tengok poster-poster ni.
Mesti syokkan?
Aku online balik.
Aku tulis kat shout out, ‘rasa best tengok bilik dah kemas!’