Minggu ni mak dah mula buat nasi lemak. Memang dah lama perancangan mak dengan boboi nak jual nasi lemak. Mak pun tak buat apa-apa kat rumah. Selain tambah pendapatan, dapat juga mak isi masa lapang. Mak akan buat malam hari je. Boboi dengan kawan dia yang akan jual rumah ke rumah. Hari pertama mak jual 30 bungkus. Nak cuba je dulu. Tengok laku atau tau. Kawan boboi yang tolong jualkan sebab boboi demam hari tu. Memang tak sia-sia lah mak buat. Kawan boboi habis jual semua nasi lemak tu. Aku tengok mak happy je.
Besok nya, boboi suruh mak buat 50 bungkus. Aku tolong lah mak. Tolong kupas telur je lah. Hehe. Pon habis juga orang beli. Siap ada yang suruh jual dengan air lagi. Sebab kebanyakkan diorang students yang malas nak keluar beli makanan. Tadi aku ada kelas driving. Aku balik je dari kelas, aku tengok mak dah beli air kotak. Abah pula bawa mineral 3 kotak. Tu semua nak jual malam ni. Alis suruh mak buat lebih sebab nak jual kat Haji Tapah. Owner Haji Tapah pun dah bagi green light. Tapi mak kena buat lebih la. Aku cakap kat mak, jangan risau. Aku ada. Selain daripada kopek telur, aku boleh potong timun. Boleh juga lah kurangkan beban dia. Hehe.
Aku cakap kat abah dengan mak. Lepas ni boleh lah kita buat bisnes sendiri. Kalau nasi lemak mak dah popular. Buka restoran. Nama restoran tu Ibah ...... (aku dok fikir nak bagi nama apa)
Abah jawab. Ibah and sons!
Ibah and sons??!!!
Abah gelak. Mak gelak. Aku pun gelak.
Maknanya, pekerja-pekerja dekat restoran mak semuanya anak-anak dia lah kan? So, tugas aku tetap sama. Kupas telur dan potong timun. Haha.
Gambar ini khas untuk kakak saya yang dah lama tak balik.
Jangan nangis tengok gambar ni ye.
Kepada yang berminat untuk beli nasi lemak mak saya, boleh datang ke Bandar Seri Putra untuk beli ye. Kita tidak sediakan penghantaran dari rumah ke rumah. Budget sangat sikit. =)
11 comments:
Nasi lemak puncak lagi comel...hEhE...gOOd Luck eK...smoga murah rezeki...
Meh le bawak sebungkus dua Sabtu ni.
haha.
datang rumah je.x payah bawak.
lg senang.
Good luck ekk..usaha sungguh2 sentiasa doa agak berjaya apa dinyatakan demi kebahagian bersama-sama jangan sekali-kali putus asa...Ini satu permulaan perniagaan..
):
aku ambik cuti minggu depan.
nak rasa la mummy punye nasi lemak..
patut la semalam kat studio jamming semua dok sibuk2 nasi lemak..nasi lemak kat boboi..rupenye mummy buat bisnes..
**mummy masak ape pon sedap..air tangan seorang ibu mmg rase lain sbb ibu masak dgn penuh kasih sayang..kalo kite yg masak...? (sila jawab..)
anon:=) thanks!
angah: ballliiikkk!!!!
k.yani: kalau i yg masak,mmg tak masak la jawab nya.sebab tu tugas i kupas telur n potong timun je.haha.
ape?..Nasi Lemak!!!!
hahaha..klau kedai nasi lemak nie da bukak...maka, tugas aku adalah 'tukang makan wajib' hahaha..
nnt aku dtg rase..aku tau ni sume adalah rancangan ajun utk menghalang proses pengurusan aku hehe..
gudluck =D
-mr F
hahaha!!
well! sy ni kann anak yg rajinn, nasi lemakkk! nasi lemakkk ;)
usaha tangga kejayaan nokz! jgn maLasssssssssss! hehe!
faliq:haha.ko jangan dtng umah aku.nnt kau lg gemuk!
boboi: hish.sekejap ada blog.sekejap takde.nyampah i tau!
Anonymous 1 pada June 17, 8:21pm sama dengan masa dan tarikh komen oleh Fazleena.
- Cina
Post a Comment